Bab 3

Drama Series 2798

Semasa waktu balik, Lisa pulang dahulu manakala Riyana menunggu seseorang dihadapan sekolah. Seseorang yang dia selalu risaukan. Sedang Riyana sibuk melihat-lihat pelajar lain pulang, Edry pun mengejutkannya dari belakang.
"Bah!! ha! termenungkan siapalah tu!",kata Edry sambil ketawa terbahak-bahak melihat wajah terkejut Riyana.
"Haihh.. terkejut orang jelah! ni saya nak jumpa awaklah.", kata Riyana lalu berpeluk tubuh. serius.
"ha.. kenapa? mamat tuh kacau awak lagi ke?"
"Taklah. Nak tanyalah, apasal setiap kali mamat tuh kacau saya awak mesti ada berdekatan. Awak berkomplot eh dengan dia sebenarnya?", soal Riyana sambil menunjukkan wajah serius.
"haha, takdelah. Kebetulan jelah saya kat situ. Kenapa? Awak risau saya stalk awak ke?", Jawab Edry sambil tersengih.
"Eh! mana awak tahu ni? awak memang stalker eh?", kata Riyana lalu mereka tertawa bersama.
Sedang mereka berbual-bual, Riyana terasa seperti begnya ditekan lalu dia segera menoleh kebelakang. 'RAFIQ'. Riyana melihat teg nama lelaki itu.
"Kau pahal!", marah Edry melihat lelaki itu mendekatkan diri dengan Riyana. Rafiq tersenyum melihat reaksi Edry.
"Hai Riyana, kenapalah semakin hari.. semakin cantik? Tak senyum pun comel, kalau senyum lagilah.. haih..", Kata Rafiq lalu tersenyum memandang Riyana yang sudah kemerahan.
"ah.. kalau aku comel pun bukan ada kaitan dengan kau!", tegas Riyana lalu menjauhkan diri dari Rafiq.
"Kau pasti? jangan terlalu yakin Riyana. bye~", kata Rafiq kemudian berlalu pergi.
"awak okay tak, Riyana?", soal Edry yang risau dengan Riyana yang sedang tertunduk.
"umm.. aku balik dulu ye, Edry. bye." kata Riyana lalu segera berjalan kearah motornya.

-----------------------------------------------

Sebaik sahaja tiba dirumah, Riyana segera mandi dan mencapai telefonnya. Satu persatu mesej dibacanya, tak seperti remaja lain yang akan membuka instagram tetapi Riyana membuka aplikasi fac.
KLINGG!! Satu mesej masuk. Riyana segera membukanya. 'Royal Potter' merupakan sahabat pena Riyana dan juga seorang lelaki yang amat disukainya. Walaupun namanya berbahasa inggeris, namun di sebenarnya orang Malaysia. Dia menggunakan nama Potter kerana dia amat meminati cerita Harry Potter.
"Hai Riyana. buat apa tu?"
"Hai. Tak buat apa. Scroll post orang je."
"Dah makan?"
"erm! dah! awak..?"
"saya pun dah!"
"Awak, tadikan saya rasa hati saya berdebar sangat."
" ada sesuatu yang baik terjadi kah?"
"yup! saya rasa saya dilamun cinta!"
"wah!! Saya gembira untuk awak!"
"Tapi kan... dia selalu kacau saya tau! dia nampak macam budak nakal."
"Mungkin dia nakal dengan orang lain? tapi awak hati-hati jelah ye?"
"erm! jangan risaulah saya belasah dia kalau dia cari pasal dengan saya! hahahah"
"ya! itu sudah pasti! LOL"

selepas lama berbalas mesej, Riyana bangun untuk menukar seluarnya kepada seluar senam. Riyana memakai sedikit bedak dan lipbam lalu keluar selepas memberitahu ibunya yang dimahu ke taman.
Ditaman, Riyana berjoging sendiri sambil memakai earphone untuk mendengar lagu. Namun langkahnya terhenti apabila seseorang yang amat dikenalinya tiba-tiba mendepakan tangannya seolah-olah ingin memeluk Riyana.
"Hai! wahh joging ke?", Kata Rafiq sambil tersenyum memandang mata Riyana.
"Taklah tengah berenang. Blub! blub!", balas Riyana mengesat peluh dengan sapu tangan yang dibawanya.
"Eleh! Jual mahal konon! Awak tahu tak yang senyuman awak tu dah pikat hati saya?", kata Rafiq lalu menundukkan sedikit badannya itu melihat wajah Riyana dengan lebih dekat. Pipi Riyana sudah kemerah- merahan lalu Riyana segera memandang kearah lain.
"Sibuklah.", balas Riyana lalu beredar.
'Haih.. macam manalah aku boleh terpikat dengan kau, Riyana?', bisik hati Rafiq. Dia tersenyum sendirian.

Actually cerita ni berdasarkan kisah saya sendiri, saya harap para pembaca suka dengan cerita ni. thanks!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience