bab 1

Drama Series 2798

Riyana yang baru pulang dari makmal menuju ke kelasnya dengan tergesa-gesa kerana tidak mahu dimarahi oleh guru matapelajaran seterusnya kerana terlambat. Riyana tidak sangka dia akan terlambat disebabkan seorang lelaki yang tidak beradab yang ditemuinya di hadapan makmal tadi.
'Ni semua sebab mamat tulah! Sakitnya hati aku!!', desis hati Riyana kegeraman.
--flashback--
Sebaik sahaja selesai membaca doa dan bersalam dengan Cikgu Fauziah, Riyana segera keluar tanpa memandang ke kiri dan kanannya. Bukk!! Terkejut Riyana yang hampir terjatuh namun sempat dipaut seseorang yang juga lalu dihadapan makmal itu.
Menyedarinya keadaannya, Riyana segera melepaskan diri dari pautan lelaki yang membantunya itu. Namun pelukan itu segera dikemaskan oleh lelaki itu.
"Lepaskanlah! Saya BERTERIMA KASIH dekat awak sebab bantu saya. Tapi, tolonglah lepaskan saya!", ujar Riyana yang jelasnya tidak selesa dengan tindakan lelaki itu.
"Sekejaplah, dalam drama korea kan selalu ada babak ni? Kau takkan tak suka?", jawab lelaki tu sambil memandang mata Riyana lalu tersenyum manis.
"Diamlah!", Riyana yang mengetahui seni pertahanan diri segera menolak lelaki itu semasa dia lalai.
Sekali lagi dia hampir jatuh kebelakang namun segera dibantu rakannya, Edry.
"Hey, kau siapa nak tolong- tolong dia?", kata lelaki itu kepada Edry.
"Maaf dan TERIMA KASIH kepada awak ya!.", ucap Riyana sinis sambil melemparkan senyuman yang paling manis sekali. Lelaki itu terdiam memandang Riyana.
Riyana segera beredar dan Edry turut berjalan bersamanya. Rakan kepada lelaki itu cuba untuk mendapatkan Riyana kerana bersikap sebegitu dengan seniornya namun segera dihalang lelaki itu.
"Kenapa kau tak marah dia?! Kalau aku, aku tampar sekali muka dia.", seorang rakannya meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
Lelaki itu hanya berdiam diri lalu berjalan ke kelas mereka. Rakannya hanya menurut sahaja lelaki itu kerana mereka menyangka lelaki itu mempunyai rancangannya sendiri.
--flashback end--
Edry menemani Riyana hingga ke kelas. Sebaik sahaja tiba di kelas, Pn. Rozita iaitu guru matapelajaran matematik sudah pun tiba. Riyana meminta maaf di atas kelewatannya. Lalu, dia segera duduk apabila diizinkan Pn. Rozita.
Edry memandang Riyana lalu tersenyum. Edry mengambil sekeping nota kecil lalu menulis sedikit dan menghulurkannya kepada Riyana apabila Pn. Rozita tidak menyedarinya. Riyana yang membaca nota kecil itu turut tersenyum ceria.
Riyana segera menyimpan nota kecil itu didalam poketnya dengan hati yang terpujuk. Edry berasa gembira melihat reaksi Riyana yang cukup menyenangkannya. Nota kecil itu tertulis, "sejuknya mata melihat bulan, sejuk lagi hati melihat senyuman. Janganlah gundah jika tersalah, jagalah senyuman awak yang membuatkan orang terpanah.(^_^)"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience