BAB 7

Spiritual Completed 1128

“Tapi apa? Sentap tu akan hilang? Kalau dia sentap tu bermaksud masih ada iman di hatinya untuk dia berubah. Aku memang berharap yang mereka akan sentap. Sebab aku yakin. Di padang mahsyar nanti, mereka akan ucap terima kasih pada aku. sebab nasihat sentap aku menyedarkan diorang masa diorang tengah jahil”

Aku tersedar dari lamunan. Ye Maisara ! Betul apa yang kau cakap. Tidak perlu tunggu di padang mahsyar. Semua yang menangisi pemergian kau dah pun bagi ucapan terima kasih.

Termasuk aku. Tertutup sudah jenazah Maisara dengan tanah. Semua yang pernah mendengar tarbiah Maisara pasti akan insaf.

Mati itu pasti. Dan Maisara telah membuktikan kata- katanya. Allah telah memilih Maisara untuk membuktikan kebenaran kata-kata Maisara. Airmataku mengalir lagi.

Masih terletak cantik semua buku-buku Maisara di atas meja. Aku mendapat permintaan dari ummi dan abahnya supaya mengemaskan barang Maisara. Masih lagi ku ingat wajah ibu bapa Maisara yang tersenyum memandangku.

Aku memberanikan diri membuka diari Maisara. Allah! Aku menjerit kecil. Diari yang selama ini dikatakan oleh Maisara adalah tafsir Al-Quran.

Sungguh merendah diri. Aku bangga dapat kawan macam Maisara. Aku menyelak tafsir Al-Quran itu satu persatu. Kut-kut ada terselit nota. Ye! Memang ada. Ada nota kecil terselit di dalamnya.

‘Kalau kamu mencintai kehidupan di dunia, maka hanya dunia yang kamu dapat. Tapi? Sekiranya kamu mencintai kehidupan akhirat semasa di dunia, maka akan berbahagialah kamu di akhirat. Sesungguhnya akhirat itu adalah yang sebenar-benar kehidupan. Ya Allah, aku rindukan syurgamu. Layakkah aku untuk masuk ke dalam syurgamu ini sedangkan masih ada ramai sahabat-sahabatku yang masih jahil? Berikan aku kekuatan untuk melawan kejahilan di muka bumi ini Ya Allah. Berikanlah saudara seislamku juga merasa nikmat mengejar syurgaMu. Aku cintakan Mu Ya Allah. Aku sayangkan sahabatku. Andai aku insan terpilih untuk masuk ke syurgaMu, izinkan aku menarik semua tangan sahabat-sahabatku untuk bersama denganku’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience