BAB 6

Spiritual Completed 1128

Suasana syahdu. Sungguh Syahdu. Tidak pernah aku melihat orang yang datang ke kubur Maisara sebegitu banyak sekali.

Sehingga jalan terpaksa di tutup. Dan kebanyakan semuanya adalah pelajar siswi. Tidak ada satu pun perkara buruk yang keluar dari mulut semua siswi.

Semuanya perkara yang baik sahaja. Padahal Maisara selalu mengeluarkan tarbiah sentap. Ye! Sangat sentap.

“Akak ni dulu, tiba-tiba datang dekat aku. Tak guna kalau adik belajar siang malam. Adik kejar pointer yang hanya berakhir di dunia. Cuba adik seimbangkan. Kejar saham akhirat yang sememangnya bawak adik ke syurga”

Aku terdengar seorang siswi mengulang kembali nasihat dari mulut Maisara aku tersenyum. Aku melihat jenazah Maisara dimasukkan ke dalam liang lahad. Airmataku sudah keluar tidak terhitung banyaknya.

Aku melihat ummi dan abah Maisara tersenyum saat anaknya dimasukkan ke dalam liang lahad.

Mereka seolah-olah sangat rela dengan pemergian Maisara. Burung-burung di atas awan sedang berkicauan.

Burung itu! Ye! Burung itu yang memberitahuku bahawa Maisara sudah tiada. Insan yang selama ini berdakwah secara sentap. Ayat-ayat yang keluar dari mulut Aiysah menerjah ketelingaku.

“Kau ni Maisara. Suka sangat bagi orang sentap. Diorang tu bukannya tak tahu bab-bab agama ni. Diorang yang tak nak ikut” Marahku. Maisara tersenyum lagi.

“Kalau memang dia tak tahu pasal bab agama tu? Kau rela di soal dengan malaikat? Kenapa kita yang tahu bab agama tak membantu yang benar – benar jahil?”

Maisara memulangkan soalan pedas. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Maisara. “Tapi sya, bahaya tau kau buat macam ni.” Aku berhujah lagi. Maisara masih lagi dengan senyumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience