BAB 8

Spiritual Completed 1128

Airmataku jatuh. Lagi sekali aku menangis tersedu sedan. Maisara …Maisara … Nama insan itu aku panggil. Namun hanya senyumannya yang terbayang dimindaku.

Sempat aku berfikir sejenak. Mungkin ada hikmahnya aku sebilik dengan Maisara. Mungkin Allah meminta aku untuk menyambung tarbiah sentap Maisara.

Tapi mampukah aku? Aku hanya manusia biasa. Aku menangis lagi. Mataku terpejam. Entah kemana lenaku pergi. Tiba-tiba Maisara muncul di hadapanku. Gadis itu tersenyum padaku.

“Aku juga manusia biasa. Sama seperti kau. Aku juga lahir di dunia. Sama seperti kau. Aku juga hanya mempunyai Allah. Sama seperti kau. Kalau kau mati esok. Jangan lupa ingatkan sahabat kita yang masih jahil di luar sana. InsyaAllah ramai kawan –kawan kita di syurga. Kekuatan apa lagi yang kau perlukan? Sesungguhnya Allah bersama dengan kita”

Berkali-kali aku menjerit memanggil nama Maisara. Tapi dia seakan tak dengar malah makin menjauh dan menjauh. Seketika kemudia Aku tersedar dari mimpi.

Aku tercengang seketika sebelum bangkit dari pembaringan dan teris menuju ke bilik air lalu mengambil wudhu. Aku solat tahajud penuh khusyuk di pagi hening ini.

Mimpi tentang Maisara itu ku kira satu asbab untuk aku mengerjakan solat di sepertiga malam ini.

Sudah tiga tahun Maisara bertemu penciptaNya, dan kini aku yang menyambung tugasnya.

Setakat ini semua berjalan dengan baik cuma masih belum kukuh seperti Maisara. Senyuman ku terukir kala membaca coretan terakhirnya.

‘Maisara … andai esok aku sudah tiada.. Aku harapa kau dapat memimpin tanganku untuk masuk ke Jannah Allah.’ Doaku di dalam hati.

Airmataku bergenang tanpa henti, rasa yang pelbagai menjentik sanubariku namun aku bersyukur dapat bertemu dan berkenalan rapat dengan Maisara. Malah aku bangga dapat menjadi sahabatnya di dunia ini. Dunia nyata berbeza tanpa insan mulia sepertinya, aku merasa kekosongan yang sukar diganti namun ku biarkan ia kerana kekosongan itu membuatku semakin dekat pada Allah.

Sesungguhnya sahabatku bernama Maisara ini sentiasa menjadi kawan yang baik, sentiasa membuatku mengingat Tuhan dan meski jasadnya sudah tiada di dunia.

Aku amat merindukanmu Maisara.

“Nilailah seseorang dengan temannya. Ini kerana seseorang hanya berteman dengan orang yang satu jenis dengannya.” - Sayidina Abdullah bin Mas'ud

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience