BAB 4

Spiritual Completed 1128

“Assalamualaikum. Dah halal ke ni?” Soal Maisara. Soalan yang biasa aku dengar. Aku hanya tersenyum. Kadang-kadang malu kerana Maisara selamba badak je nak tegur orang.

“Waalaikumsalam. Err. Kau sibuk kenapa?” Soal budak lelaki itu. Aku hanya mampu menghela nafas panjang. ‘Dah lah Maisara ’ Bisik hatiku.

“Oh… Belum halal. Kalau esok mati dah sedia nak jawab dengan malaikat dekat kubur?” Tarbiah sentap dari Maisara. Aku nampak muka lelaki tu berang je. Budak perempuan sebelah dia dah serbasalah. Maisara boleh rileks je.

“Asal kau nak sibuk? Lagipun aku muda lagi. Pergilah sana. Semak tengok muka kau!” Marah lelaki itu. Aku takut je si Maisara ni kena hempuk. Tapi Maisara boleh tersenyum pulak.

“Kalau awak berdua ni boleh jamin yang esok awak boleh bernafas dalam dunia ni, awak pegang lah tangan tu. Maafkan saya, sebab saya tak boleh jamin hidup saya walaupun sesaat. Allah boleh tarik nyawa saya bila-bila masa yang Dia nak. Kalau esok saya mati, saya harap di akhirat nanti awak tak akan cari saya sebab tak tegur awak masa dekat dunia ni. Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri. InsyaAllah. Assalamualaikum”

Maisara beredar dari situ lantas memberikan senyuman padaku. Aku perasaan wajah lelaki itu masih tidak berpuas hati. Aku hanya menggelengkan kepala. Maisara …Maisara …

Kami meneruskan perjalanan. Kali ini mata Maisara ternampak pulak seorang pelajar yang tidak memakai tudung.

Aku dah agak. Mesti Maisara pergi ke tempat budak tu.

“Assalamualaikum.” Tegur Maisara bersama senyuman. Aku nampak budak perempuan yang pakai tudung warna kuning tu menjawab salam. Maisara menarik tangan budak perempuan itu jauh sedikit dari rakannya. Takut malu kalau ditegur secara berdepan.

“Awak Islam kan?” Soal Maisara. Terpinga-pinga budak perempuan tersebut lantas mengangguk. Maisara memberikan senyuman lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience