BAB 2

Spiritual Completed 1128

Aku terus bangkit dari tempat duduk dan berjalan ke arah almari pakaian. Mataku melilau mencari pakaian apa yang harus ku kenakan malam ini.

Aku memilih blaus labuh warna peach lalu segera mencapai tiga fail yang terletak di atas meja belajar.

“Maisara, Aku keluar dulu ya.” Ujarku selamba.

“Syura, kau tak rasa ke baju kau tu bit transparent? Nak menggoda jejaka mana tu?” perli Maisara separa bergurau lalu dia menyambung semula menulis diarinya. Aku tatap pakaianku di cermin, ya aku akui ia sedikit jarang dan tipis.

“Alah study group kat bawah ni je, mana ada pelajar lelaki semua perempuan, lagipun tempat tu agak gelap dan tersorok pastu taulah aku cari tempat duduk yang tak dilihat dek orang sangat. Malas nak fikir baju apa, aku tarik je mana yang ada kat depan mata.”

“Amboi kau confident sungguh. Apa kau boleh lihat masa depan ke? Kau yakin memang g tak kan ada lelaki lalu dekat kawasan tu? Kau dapat ramal taka pa yang jadi pada kau, pada kita 5 minit akan datang? Misal katalah tiba-tiba ada lelaki yang ternampak tubuh kau dan dia mula berfikiran yang bukan-bukan macam mana? Apa yang perempuan nampak, tak sama dengan orang lelaki tengok. Di mata perempuan ia hanya sehelai pakaian tapi di mata lelaki, di dalam pakaian itu dia boleh membayangkan tubuh wanita.” Jawab Maisara lagi.

Aduh dah mula! Mula dah Ustazah Maisarah buat sesi tarbiah sentap dia. Sudahnya aku mampu memuncungkan bibir dan berhuhu sahaja.

Itulah Maisara, bukan dengan aku je dia ceramah sentap macam ni. Tak kisahlah dengan sesapa pun kalau Maisara rasa dia perlu cegah kemungkaran tu maka masa tu juga dia akan bagi kau sedebik kata-kata nasihat yang buat kau berfikir beratus kali dan ‘insof’!

“Yelah aku tukar baju. Hmm” Keluh ku sedikit.

“Jangan mengeluh dan tak payah nak muncungkan bibir kau tu, dah macam itik dah aku tengok. Kalau betul ada lelaki nanti, sekurang-kurangnya kau terselamat. Kalau esok kau mati, pastu malaikat tanya dekat kau‘Kenapa kau biarkan tubuh badanmu dipandang oleh lelaki ajnabi’Tak kan kau nak balas ‘alah jarang sikit je’…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience