BAB 3

Spiritual Completed 1128

Lagi sekali tarbiah perli pulak yang dituturkan Maisara. Aku hanya memutarkan bola mataku ke atas dan memandang baju yang tidak jarang di dalam almari.

Setelah memberikan ucapan salam pada Maisara, aku keluar dari bilik. Tepat sangkaan Maisara. Macam Maisara pula yang boleh melihat masa depan. Memang ada lelaki yang lalu di kawasan gazebo.

Kecoh sedikit pelajar perempuan yang tidak bertudung bila ada lelaki masuk ke kawasan itu. Katanya ada pelajar yang pengsan. Ada ustaz tiba-tiba datang. Hati terus teringat pada Maisara.

‘Terima kasih Maisara ” Ucapku lantas mengukir senyum.

Aku mengerling jam di tangan. 4 pagi. Mata sudah tidak berdaya lagi. Mata rakanku yang lain juga sudah kuyu. Aku mengambil keputusan untuk naik bilik.

Aku menguak pintu bilik. Maisara pula sedang khusyuk melakukan tahajud. Sejuk hatiku sekejap. Tapi kenapa hatiku tak terbuka sepertinya? Aku menghempaskan tubuhku di atas katil. Sekejap sahaja lenaku sudah sampai ke London.

Meriah. Sangat meriah suasana di Dataran Cendikia di UiTM Shah Alam. Setiap hari ada sahaja khemah yang terpasang di situ.

Sebagai pelajar siswi pasti mata menjadi rambang untuk memiliki semuanya. Tapi tak bagi Maisara.

Aku kadang-kadang pelik dengan Maisara. Dia tidak seperti gadis yang lain.

“Tunggu kejap eh Syura ”

Langkah Maisara terhenti. Aku dah agak. Mesti dia nak jumpa budak lelaki yang tengah berpegangan tangan tu. Aku memerhati dari jarak dua meter.

Laju langkah Maisara menuju ke arah budak lelaki yang sedang duduk sambil berpegangan tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience