BAB 1

Spiritual Completed 1128

Mataku ligat memandang pada lama Fac yang terpampang pada skrin komputerku. Mataku tertancap pada satu keratin akhbar yang dikongsi oleh seorang teman di akaun Facnya bertajuk,

‘Pelakon baharu dikritik Netizen gara-gara tidak hormati dress code!’

Wah serta merta keningku naik persis The Rock.

“Hek eleh sebab ni pun kecoh, elok je aku tengok. Apa nak jadilah orang zaman sekarang ni.” Omelku.

“Apa yang kau membebel tu Syura? Apa kena dengan orang zaman sekarang ni?” tanya kawan baikku Maisara yang sedang rancak menulis buku diarinya di atas katil.

Aku kalih pandanganku ke arahnya lalu merengus garang. Eh terlebih emo pulak aku. Tidak, aku emo bukan sebab aku minat kat pelakon lelaki tu. Tapi mentality netizen ni adakalanya pelik-pelik.

“Ni ha, aku tak faham betullah apa yang orang ‘jaman now’ ni fikirkan. Macam ni ada sorang artis lelaki ni pergi ke satu majlis amal yang dah ditetapkan dress code which is black tie, tapi artis lelaki ni tampil ringkas sahaja berbaju T-Shirt dan berseluar khakis namun netizen dan juga penganjur kecam katanya terlalu ringkas dan tak menghormati majlis yang dah tetapkan dress code, dahlah tak hormat majlis dikatakan berlagak walhal artis tu dah jelaskan dia baru balik dari shooting drama dan bergegas ke majlis tersebut, namun masih lagi dikecam.

Beria-ria ramai yang kutuk, habis tu yang artis perempuan show off ‘nasi lemak’, rambut dan aurat mereka dengan sarungkan pakaian macam tak cukup kain tak pula mereka bising, sebab apa? Sebab artis kesayangan mereka kah?” bentakku namun disambut dengan senyuman tenang olehnya.

“Itulah tandanya kita berada di dunia akhir zaman…” jawab Maisara, teman sebilik ku dari semester satu lagi.

Aku menelek jam pada skrin komputerku, aduh dah nak dekat jam 6 petang. Aku hampir terlupa yang malam ini ada study group.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience