Rate

2

Romance Series 5458

Keluarga Tan Sri tiba tepat jam 2 petang. Setelah semua dapat diuruskan mereka keluar dari KLIA dan terus ke rumah Datuk Fazri.

Seperti yang dirancang, Fazreen menghabiskan masa di gym,sauna dan spa bermalasan untuk pulang. Dia tidak mahu diganggu oleh apapun masalah.

"Cik Fazreen,"sapa Rahimi atau lebih dikenali sebagai Remy.

"Eh, Remy. Why are you here?"tanya Fazreen terkejut melihat setiausaha sulitnya berada di depan matanya.  Lelaki 30 tahun itu masih bujang dan segak orangnya. Sudah 6 tahun dia membantu Fazreen dengan urusan rasmi."Yang kau tercegat kat situ apahal?" Tegur Fazreen baru habis berspa dan lengkap berpakaian. Dia duduk di kafe menghirup jus yang dipesan.

"Sorang je? Cik Tilla mana?" Syatilla Pengarah Pemasaran yang juga rakan baik Fazreen.

"Amboi, rindu ka kat Cik Tilla?"usik Fazreen. Remy ketawa. 'Bukan dia yang kurindu tapi kau!'jawabnya di dalam hati. Remy menggelengkan kepalanya.

"Cik Fazreen dah lunch. I baru nak pergi lunch."

"That's a good idea. Jom. I belanja,"kata Fazreen bingkas dan mencapai beg gymnya. Fazreen tidak pernah perasan yang Remy sudah lama menaruh perasaan kepadanya.

"Nasi kandar?"tanya Remy.

"Boleh saja!"

"Naik kereta I. Nanti I hantar Cik Fazreen ke sini balik."

"Lead the way CS!" Jawab Fazreen cuba berbunyi ceria.

"CS?"

"Confidential Secretary-lah,"terang Fazreen ketawa. Wajah Fazreen yang tersenyum itulah yang membuat Remy masih bekerja di situ. Dia senang dengan cara bekerja Fazreen.

Mereka turun ke tempat letak kereta dan terus ke restoran nasi kandar yang popular di ibukota.

"Sedap makanan kat sini. You selalu datang ke?"tanya Fazreen selesai makan. Sedap sungguh lauk pauk di situ.

"Selalu jugak,"jawab Remy  mengesat mulutnya dengan tisu. Suasana orang ramai silih berganti.

"Baguslah kita jumpa hari ni. Ada perkara I nak bagitahu you." Serius nada suara Fazreen. Remy mengangguk dan menantikan sahaja penerangan CEO wanita unggul di KL. Yang cantik yang baik hati biarpun sudah 40 tahun, fizikalnya tak ubah seperti 30 tahun. "Jefri Fitri Malek, cucu Tan Sri Mukhriz Global I.T International our multimillion sister company will be our intern starting tomorrow."

"The JFM?" Sambut Remy terkejut.

"The JFM?"tanya Fazreen kembali.

"Kawan-kawan dia semua panggil dia JF."

"How do you know?"

"Sepupu saya pernah date dia beberapa kali di US," terang Remy. 'JF? What kinda nickname is that?'Fazreen mengomel di dalam mindanya.

"Oh...so it didn't work out?"tanya Fazreen lagi.

"Dia tu player. Cucu jutawan. Kacak bergaya. Manalah nak pilih Helena yang bapanya Inspektor polis tu."

"Wow, you memang rapat dengan sepupu you ya?"

"Hihi, adik saya yang rapat dengannya. Adik cerita kepada saya," jawab Remy tertawa.

"Rahsiakan identitinya. Jangan letakpun latarbelakang keluarga di dalam borangnya ok?"

"Kenapa tiba-tiba dia masuk ke syarikat kita?" Tanya Remy sambil meneguk Teh O Ais yang dipesan tadi.

"Dia bakal suami saya,"jawab Fazreen spontan. Tersedak kuat Remy mendengarkan kata-kata itu. Fazreen tergelak besar melihat reaksi setiausaha sulitnya yang setia susah senang bersama.

Dia menepuk-nepuk belakang Remy bagi meredakan keadaannya.

"Apa? Bakal suami?!"tanyanya masih terkejut.

"That is my family's plan. So, no choice. I am supposed to train him in handling a company so that G.I.T can be handed over to him."

"But why do you have to be his wife?"

"He is a wild horse and I need to turn him into a mule,"jawab Fazreen ketawa. Remy masih termangu dengan berita itu. Dia memandang Fazreen tidak berkelip. Fazreen memetik jarinya di hadapan muka Remy untuk mendapat perhatiannya kembali.

"So this is a secret?" Tanya Remy teragak-agak.

"Yes. Top secret. Siapapun tak boleh tahu if he is to train well." Remy tidak sukakan langsung idea tu.

"I am not sure whether he is going to make you happy..."kata Remy kecewa.

"This is just a contract marriage. Once he got his two feet on the ground and can lead a company, I will annul the marriage,"kata Fazreen penuh yakin. Remy hanya terpaku di situ. Dirasakan seperti langit runtuh di atas kepalanya.

6 tahun menyulam perasaan terhadap ketuanya dan hari ini dia dikejutkan dengan berita ini.

"Jom balik C.S.I."

"C.S.I?"soal Remy kembali.

"Confidential Secretary I,"jawab Fazreen tersenyum. Dia senang dengan Remy. Tanpa perlu menerangkan apa-apa selalunya Remy akan cepat memahami. Dia rasa sangat selamat dengan setiausahanya itu. Dia sudah menganggapnya seperti seorang adik. Dia terus ke kaunter membayar makanan. Remy hanya menurutinya dengan fikiran yang berkecamuk.

Keluarga Tan Sri disambut mesra oleh Datuk Fazri dan Datin Solehah. Mereka makan tengahari bersama-sama.

"Reen mana?"tanya Tan Sri sebaik sahaja duduk di meja makan. Lauk pauk beraneka meriah di meja. Jefri berkerut melihat nasi dan lauk-pauk yang asing baginya.

"Weekends mesti dia ke gym dan spa. Itu ja yang boleh buat dia relaks,"jawab Datin Solehah.

"Ada pula masa nak ke gym,"pantas Jefri menyampuk.

"Di pejabat pun ada gym. Bagi Reen kerja mesti kuat dan kesihatan mesti tip top,"kata Datuk Fazri. "Do you work out often Jefri?"

"I don't think I need it. Saya muda lagi. Reen dah tua. Mesti jaga kesihatan,"selamba Jefri menyindir Fazreen terang-terangan. Tan Sri Mukhriz merasa sungguh malu dengan kebiadapan Jefri.

"This is your first visit kan. You went to the US  masa Jefri umur 5 tahun dan Fazreen masa tu 20 baru masuk Harvard Business School. Where did you graduate?"tanya Datin Solehah sambil tersenyum. Mak Teh bersorak riang di dalam hatinya kerana merasa geram dengan kata-kata Jefri tadi.

Terdiam Jefri seketika. Nampaknya dia dah dikalahkan oleh Datin Solehah.

"He was in Brown tapi masa ayahnya sakit jadi he decided to quit,"jawab Puan Kay cuba bermegah.

"Tapi Malek dah meninggal 5 tahun dulu. Kenapa tak sambung?"tanya Datuk Fazri yang juga angin dengan kesombongan Jefri dan ibunya.

Terdiam semuanya. Apabila merasakan Jefri dan ibunya cukup dikenakan. Datin Solehah mengubah topik perbualan.

"Eh, kita ni asyik bersembang ja. Mari makan. Nanti sejuk tak sedap,"pelawa Datin Solehah.

"Sedap-sedap lauk ni,"puji Tan Sri Mukhriz tersenyum. Dia juga puas hati kerana keputusannya memilih  keluarga ini tepat. Jefri hanya memerhatikan sahaja lauk pauk melayu di hadapannya.

"Assalamualaikum wrt,"terdengar suara lunak memberi salam. Fazreen yang nampak tenang dan bersahaja baru pulang dari gym anggun berselendang serba pic lembut. Jefri terkejut melihat wanita tinggi lampai di hadapannya.

Fazreen bersalaman dengan Tan Sri Mukhriz dan ibu Jefri.

"You don't look like 40,"tegur Puan Kay.

"Really?"tanya Fazreen ketawa duduk di hadapan Jefri.

"Macam sebaya Jefri sahaja," puji Puan Kay yang sedikit terkejut.

"Thank you. I guess I got good genes,"kata Fazreen tersenyum. "Tok Riz apa tunggu lagi jemputlah makan,"ajak Fazreen. Jefri hanya memerhatikan saja gelagat Fazreen. Fazreen melayan semua di situ kerana dia sudahpun makan bersama Remy tadi.

Tan Sri makan dengan penuh berselera dan Puan Kay yang tidak mahu menjamah pun makan bertambah. Hanya Jefri sahaja yang makan agak sedikit.

Mereka bergerak ke ruang tamu untuk bersantai. Fazreen membuat minuman di dapur dan Jefri datang menjenguk.

"Ya, apa boleh kakak tolong awak?"tanya Fazreen sambil lincah mengatur cawan dan piring di atas dulang. Dia cuba bergurau.

"Aku tak mahu kawin dengan perempuan tua,"kata Jefri berterus-terang.

"Dan aku tak mahu bersuamikan orang yang tidak berpelajaran,"balas Fazreen memandang tepat ke mata Jefri. Jefri mengetap bibir.

"This marriage should never happen,"kata Jefri tidak puas hati.

"I agree. Meet me at Dome KLCC tonight. 8 sharp.We will discuss more. But now. I need to serve Tok Riz some kopi malaysia. Be there if you want your freedom,"kata Fazreen berlalu dengan dulang cantik meninggalkan Jefri. 'Who does she think she is? Mengarah aku ikut suka,'bentak hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience