Rate

6

Romance Series 5474

Fazreen turun ke ruang makan untuk bersarapan bersama ibubapanya.

"Assalamualaikum wrt mama,ayah!"ucapnya ceria.

"Waalaikumsalam wrt. Mari duduk. Anak mama tak pernah tak cantik,"puji mamanya.

"Cuma degil je," ayahnya mengusik.

"Ayah ni pagi-pagi nak cari gaduh,"berkerut dahi Fazreen merajuk.

Ayah dan mamanya ketawa.

"Macamana dengan hal Jefri dah settle?" Tanya ayahnya. Fazreen hanya mengangguk. Malas dia hendak komen apa-apa.

"Mama dah whatsapp Jefri jemput dia makan malam di sini hari ni,"beritahu Datin Solehah. Fazreen yang baru sahaja hendak menyuapkan makanan meletakkan camcanya kembali.

"Mama, dia dalam tempoh latihan. Fazreen nak elak orang tahu yang dia cucu Tan Sri Mukhriz dan juga ada kaitan persaudaraan dengan kita,"terang Fazreen. Hati menggelodak kembali.

"Mama tak faham kenapa mesti dirahsiakan identiti Jefri,"balas emaknya lembut. Dia menyudukan sedikit sambal ke atas nasi Fazreen.

"Supaya Jefri dapat belajar dari bawah tanpa ada prejudis dari mana-mana pihak," sampuk bapanya. Fazreen memandang ayahnya lalu tersenyum. Dalam hatinya bersyukur tindakannya ada yang memahami. "Tapi ayah mintak malam ni izinkan mama hendak menjemput Jefri ke sini,ok?"

Fazreen menghela nafasnya sambil meneguk milo panas di hadapannya.

"Mama kesian dengan dia. Dia jarang balik ke sini. Tak tahu selok belok kehidupan di tempat asing. Nak ikutkan dia dah jadi orang sana,"terang ibunya sambil makan. Bernanah telinga Fazreen mendengarkan rasa simpati ibunya. "Lagipun mak dah beritahu Fazrina dan Fazura suruh makan kat sini malam ni."

"Oh, malam ni Reen ada business dinner di Putrajaya. Smith & Co singgah dari Singapura. So mama dan abah jelah entertain Jefri ya?"katanya tersenyum kembali. Dia terus makan. "Wah sedapnya Nasi Lemak mama ni,"pujinya membeli jiwa.

"Kalau dah macam tu tak apalah. You carry on with your plans. Jefri will dine here tonight,"kata bapanya lagi.

"While we are on that. Nak tanya satu lagi. Rina memang dah berkeluarga. Zura baru habis master, kenapa tak Zura aje yang dijodohkan dengan Jefri?"tanya Fazreen. Ibubapanya bertukar pandangan. Soalan yang logikal daripada Fazreen.

"Sebab Tok Riz yang nakkan Reen biarpun mama dan ayah pernah cadangkan Zura,"jawab mamanya.

"Kes naya ni. Jefri 25 tahun, Zura 27 tahun. Cantik dan muda lagi. Setakat tua dua tahun itu biasa dalam perkahwinan,"kata Fazreen beria-ia masuk jarum. Melihat reaksi ibubapanya dia merasa gelihati.

"Dah lambat, kan? Pergi kerja nanti jem pulak,"kata mamanya tak semena-mena.

Fazreen bangun dan tersenyum. "Need not to hear that twice!"katanya sambil ketawa. Dia bersalaman dan mengambil beg tangannya dan terus berlalu.

"Apa nak jadi dengan si Reen ni?"tanya Datin Solehah perlahan.

"Awak tu pun sabarlah sikit. Bukan senang nak pujuk budak tu. Terlalu pahit pengalaman hidup dia tu," jawab Datuk Fazri memegang tangan Datin Solehah. Datin Solehah hanya mengangguk memahami suaminya.

Rahimi atau Remy nampak sibuk menguruskan acara pagi itu iaitu kemasukan tiga orang intern yang baru. Dia telah menyiapkan bilik mesyuarat bagi mengalu-alukan kedatangan intern yang baru.

Fazreen yang baru sahaja melangkah masuk ke ruang legar disambut oleh penyambut tetamu. Dia tersenyum dan meneruskan langkahnya ke dalam lif.

"Miss CEO ni cantik,kan?"tegur Emily salah seorang penyambut tetamu di situ.

"Saya setuju. Kalau dia nak saya setuju kahwin dengan dia," kata Roy Khan rakan sejawat Emily. Emily menampar lengan Roy.

"Tolong cakap perlahan-lahan nanti orang dengar  nak pulak Encik Remy you mati!"kata Emily sambil membuat isyarat mengerat leher kepada Roy.

"Kenapa? Encik Remy suka Miss CEO ke?"tanya Roy. "Itu gosip saja ma..." bicara Roy terhenti apabila melihat kelibat Remy di hadapannya.

"Ha...tau takut!"usik Emily ketawa. Roy hanya terdiam dan tidak menghiraukan kata-kata itu.

Remy mengejar Fazreen tetapi pintu lif telah tertutup jadi dia menaiki lif lain. Fazreen melihat jamnya tepat pukul 9. 'Another busy day at work,'fikirnya. Lif berbunyi di tingkat 15. Dia melangkah keluar dan melihat setiausahanya sudah berada di tempatnya.

"Morning Miss Fazreen," ucap Laila sambil berdiri.

"Morning Laila. Let's have a productive day today shall we," balas Fazreen sambil melangkah ke pejabatnya.

"Cik Fazreen!" Terdengar Remy memanggilnya dari belakang.

"Hah Remy. Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam," jawab Remy mengeluarkan tertawa kecil.

"Awak cari saya?"tanya Fazreen. Remy mengangguk. "Kalau macam tu kita bercakap di dalam sajalah. Laila, I tak sempat breakfast can you ask the cafe to bring up some toast and coffee now,"pinta Fazreen sopan.

"Yes, ma'am,"jawab Laila gadis genit bersanggul satu berskirt pendek.

Mereka masuk ke pejabat Fazreen yang mewah dan besar. Dia menanggalkan kot dan menyangkutnya ke kayu yang disediakan.

"Nampak macam urgent je? Apa hal?"tanya Fazreen duduk di tempat duduknya. Bilik yang berkonsepkan moden dan terkini itu teeasa segar dengan bauan aromatherapy.

"Cik Fazreen, perasmian internship program akan start jam 9.30,"beritahu Remy sambil memegang Ipadnya.

"Ok. Lepas tu?"

"Pada masa yang sama Janet Smith from Smith & Co will be here,"kata Remy.

"Dokumen dah siap?"

"Marketing department ada breakdown sabtu dan semalam. Hari ini baru mereka nak siapkan."

"Apa yang breakdown?"tanya Fazreen.

"Semua komputer masuk virus semua dokumen corrupt. The maintenance unit baru boleh selesai hari ni."

Fazreen menghela panjang nafasnya. "So she's on her way ke sini ya?" Tanya Fazreen untuk kepastian. "Berapa lama lagi ni dokumen nak siap?"

"Marketing dah berkampung di ofis sejak 6.30 pagi tadi."

"They did?"

"Yes, ni kan mega project,"jawab Remy kerisauan jelas terlihat diwajahnya.

"Bila boleh siap?"tanya Fazreen lagi

"Hampir siap but they need time recheck the numbers so mereka minta dalam jam 11.30 pagi." Fazreen menggelengkan kepalanya. Satu bala pagi-pagi ini.

"Laila, make a reservation at Seri Menanti for 5 people pagi ni. Use the vip card," kata Fazreen melalui speaker kepada Laila.

"Your breakfast ma'am?"

"Cancel it! Get me Janet Smith on the phone right now,"arah Fazreen.

"Seri Menanti?"tanya Remy.

"I heard a long time ago, she would want to try Malaysian breakfast. Luckily,Chef Amirul is at Seri Menanti. That will buy us time. Janjinya malam sekarang ni dipercepatkan. Mesti ada sesuatu ni," kata Fazreen meneka-neka.

Telefon di atas meja berbunyi. "Ma'am Miss Smith is on the phone,"manis sahaja kedengaran suara Laila.

"Put her through. Hello J! Good morning. Did you just touch down? Your secretary informed us this morning. Are you in a hurry?" Mesra Fazreen di talian. "That's awesome! Say would you like to go breakfast with me. We'll talk and we come to the office and sign the papers. Great! I'll send you the location it is not far from SCC. Ok see you!" Fazreen meletak telefon sambil mengurut dahinya. Tangannya lincah menekan speakerphone. "Laila the update please."

"It is booked and they will empty the cafe just for you Miss Fazreen,"jawab Laila. Speakerphone dimatikan.

Remy mengusap wajahnya dan memandang Fazreen kelegaan.

"Ask Tilla to meet me at the parking lot. You make sure dokumen siap diteliti before the signing,"arah Fazreen. Remy menundukkan kepalanya tanda memahami dan berlalu dari situ. Fazreen menggelengkan kepalanya. 'I am too old for this!'ucapnya dalam hati dan ketawa sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience