Rate

1

Romance Series 5458

Tan Sri Mukhriz keluar dari balai polis mini Missouri City dengan muka merah padam. Lelaki yang berusia 70an itu masih gagah berdiri memandang tepat ke wajah satu-satu cucunya Jefri Fitri Malek seperti hendak menelannya.

"Tak habis-habis kau dengan lokap ya?!" Tanpa mahu mendengar jawapan dia menampar kepala Jefri dengan kuat buat dia tersungkur ke tanah. Berdesis Jefri menerima hukuman itu.

Kereta mereka sampai dan membawa mereka balik. Tan Sri Mukhriz hanya membatukan dirinya. Dia mengusap janggut dan rambutnya yang memutih penuh. Di hatinya penuh kebimbangan ke manakah arah cucu tunggalnya itu.

"Atuk the weed ain't mine,"kata Jefri perlahan.

"In court it is not the question of being innocent but how to prove you're not!"tegas Tan Sri Mukhriz. Kulit dahinya sudah jadi kemerah-merahan dipijat oleh jemarinya.

Loghat Bahasa Inggeris mereka menunjukkan betapa mereka sudah tinggal lama di situ.

"Atuk ni dah tua. Masa sekarang ialah masa bonus yang diberi Allah untuk atuk. Arwah ayah kau mesti sedih dengan perangai liar kau begini."

"Atuk..."

"Company kita tiada pewaris yang mantap dan boleh memajukannya,"kata Tan Sri Mukhriz.

"Jefri kan ada,"jawab Jefri pantas. Atuknya tergelak besar. "Are you laughing at me?"balas Jefri jengkel.

"Well, I am laughing to the fact that you have never completed your degree, all you do is partying and maxing up your credit cards. Ada pernah tanya tentang syarikat? Atuk penat. Di usia begini atuk patut pencen dan beribadat." Jefri terdiam. Entah apa hukuman yang menantinya.

Mereka tiba di rumah dan disambut oleh ibu Jefri menantu Tan Sri Mukhriz.

"Son, are you ok?"tegur ibunya kebimbangan. Belum sempat Jefri menjawab, datuknya berkata.

"Pack up. We are going back to Malaysia,"tegas Tan Sri Mukhriz.

"What?! I don't like that place. Backward!"pantas jawapan Jefri. Tan Sri Mukhriz yang baru sahaja mengatur langkah di tangga berhenti dan memandang tepat ke wajah cucunya.

"Ok, I withdrawal your bail and you can spend the night with your weed buddies in jail,"selamba sahaja kata-kata Tan Sri Mukhriz. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mendail peguamnya. "Dale, withdrawal the bail we made just now."

Melompat Puan Kay meluru kepada Datuk Mukhriz. "Ayah, please give Jefri a second chance. Kami....When is the flight ?"dia memujuk ayah mertuanya. Jefri hanya terdiam. "Jeff, tunggu apa? Cepat!" Paksa ibunya. Dalam tiada kerelaan berat kaki Jefri melangkah. "See ayah. Kami ikut cakap ayah."

Tan Sri Mukhriz menulis mesej kepada peguamnya supaya membatalkan tindakan itu. "We leave in 2 hours,"katanya lagi. Dia terus naik ke bilik. Puan Kay menaik nafas lega.

"Berani Jeff membantah? Atuk has all the say tau!"bebel ibunya.

"Mama tahu kan kita balik Malaysia sebab apa?"

"I am sure she won't agree with your atok. Percayalah."

Fazreen masuk ke rumah tepat jam 10 malam. Tubuhnya penat tapi hatinya gembira projek membuat apartmen kos rendah di Ho Chi Minh bernilai berbillion ringgit menjadi milik Soleil Constructions Consortium. Syarikat ini bertaraf antarabangsa.

Datin Solehah dan Datuk Fazri sedang berehat di ruang tamu setelah habis usrah di rumah itu.

"Anak mama dah balik?"sapa ibunya yang sudah mencecah 62tahun itu. Ayahnya yang sebaya dengan ibunya turut memerhatikannya.

"Baru saja mama,ayah,"jawabnya tersenyum. "Cepat usrah habis malam ni?"soalnya spontan. Ibu dan ayahnya berpandangan.

"We know you're tired but we need to tell you something,"kata ayahnya pula. Fazreen meletakkan tas tangannya di anak tangga dan bergerak ke ruang tamu.

Dia duduk rapat dengan kedua orangtuanya.

"Kenapa mama? Mama rasa tak sihat lagi?"tanya Fazreen kepada ibunya yang sedang menjalani rawatan susulan kanser.

"Rawatan mama berjalan lancar. Tok Riz akan sampai esok dari US,"kata Datin Solehah sambil memandang wajah suaminya.

"Ayah pernah cakap Tok Riz minta tolong kan?" Lembut sahaja suara ibu dan ayah Fazreen berbicara. Fazreen mengambil nafas panjang. Baru beberapa bulan lalu Tan Sri Mukhriz berbual mengenai perkara ini.

"Tak ada cara lain ke? Macam tak masuk akal saja jika itu alasannya,"balas Fazreen.

"Tok Riz dah hilang akal cara nak didik Jefri. He is his only heir."

"Kenapa Reen?"tanya Fazreen lagi.

"Sebab hanya Reen dapat jadikan Jefri seorang pemimpin and a good CEO,"jawab ibunya. "And maybe he will turn out to be a good husband."

"Belajarpun tak lepas. Orang lain kalau bukan book smart dia akan cuba jadi street smart. Ni tidak,"balas Fazreen dengan hati yang membara.

"Reen. Selama ini mama tak pernah memaksa Reen dalam segala segi,kan?" Tanya Datin Solehah lembut. Fazreen mengalih pandangannya ke taman.

"Reen. Kami bukan mintak cucu. Ayah dan mama nak Reen tolong Tok Riz. Nikah sahaja dengan Jefri. Help Tok Riz help Jefri be a better man,"pujuk ayahnya pula.

Lama Fazreen terdiam memikirkan kata-kata ibubapanya.

"Baik dengan satu syarat. Jefri mesti datang bekerja di SCC di level yang paling bawah. Dia berjaya melakukan apa yang diarahkan,baru kami dinikahkan. After Jefri dah jadi orang, Reen nak kami berpisah,"tegas Fazreen.

"Reen..."ucap ibunya.

"Hanya itu syaratnya. He is 15 years younger from me ayah,mama. Reen tak mau orang bercakap yang Reen ni tak sedar diri anak dara lanjut usia," balas Fazreen.

"Reen,"tegur ayahnya pula. Dia memandang ke arah ayahnya pula.

"He is not even my type,"sambung Fazreen.

"Ayah terima syarat tu."

"Abang..."sampuk Datin Solehah.

"I trust she is making the best choices Leha,"jawab ayahnya.

"Terima kasih ayah mama. Reen penat Reen naik tidur dulu ya," kata Fazreen meminta diri. Dia menarik nafas panjang. 'I'm too old to deal with this kinda drama.'desis hatinya. Dia melangkah laju ke tingkat 2. Seluruh tingkat dua itu adalah seperti sebuah apartmen yang diadakan khas untuk Fazreen. Ada dapur mini beserta peti ais. Ruang santai dan satu bilik besar dan bilik air. Dia membuka pintu dan melangkah longlai ke dalam. Dia ke peti ais dan meneguk air sejuk bagi memadam kemarahannya.

"Kalau tak kerana permintaan mama dan kesihatan mama takkan aku peduli dengan usul Tok Riz itu,"katanya mengetap bibir.

Dia menekan interkom ke bilik Mak Teh.

"Assalamualaikum Mak Teh." Dia menunggu beberapa saat.

"Ya, Reen. Reen nak makan ke? Mak Teh siapkan."

"Sorry Mak Teh, kacau malam-malam ni."

"Tak kacau pun. Kenapa Reen?"

"Mak Teh, esok Reen ke gym tau. Lepas tu ke spa. Badan Reen perlukan rehat."

"Ok. Reen nak tinggal pesan ke?"

"Reen nak keluar dalam 6.30 macam tu. Mak Teh kejutkan Reen subuh awal boleh?"

"InsyaAllah. Itu je ke Reen?"

"Kalau mama ayah tanya, Mak Teh bagitahu ya. Kalau Tok Riz tanya kata Reen balik lewat."

Makcik Fatehah terdiam seketika. Dia sudah bekerja di situ sejak Fazreen dan adik-adiknya masih kecil. Dia dapat merasakan ada yang tak kena dengan Fazreen.

"Mak Teh! Mak Teh!"panggil Fazreen apabila Makcik Fatehah tidak menjawab interkomnya.

"Mak Teh baru nak masak masak lemak udang galah untuk Reen. Reen balik tau makan tengahari." Giliran Fazreen pula terdiam. Dia membuka pintu dan turun ke tingkat bawah menuju ke bilik makcik Fatehah.

"Reen...Reen." Senyap tiada jawapan. "Reen?"

"Ya!" Reen menyergah dari belakang. Terkejut Makcik Fatehah sampai terlompat sudahlah kuat melatah.

"Hah,ya..ya..ya!"kata Mak Teh atau Makcik Fatehah.

"Melenggang hai melenggang hai Mak Teh lenggang. Kalau baik hati memang Reen sayang." Fazreen menyanyi sambil mengajak Mak Teh kesayangannya berjoget. Apa lagi Fazreen menjual,Mak Teh yang melatah membelinya.

Berlegar-legar mereka menari di muka pintu. Fazreen ketawa besar melihat Makcik Fatehah. Reda melatah Makcik Fatehah menampar lengan Fazreen.

"Aduh Reen. Penat Mak Teh tau. Kenapa turun ni?"kata Makcik Fatehah mengambil nafas. Fazreen yang usai ketawanya terus memeluk wanita lewat 50an itu. Makcik Fatehah memeluknya kembali.

"Mak Teh jadi ke nak pencen balik kampung?"tanya Fazreen masih dalam pelukan Makcik Fatehah.

"Mak Teh dah tua. Nak berehat beribadat menghabiskan masa bersama cucu Mak Teh,"jawab Mak Teh mengurut belakang Fazreen. Tentu Fazreen begitu tertekan sehingga datang berjumpanya.

"Pencen di sini pun takpe. Reen cari new assistant. Mak Teh boleh duduk di sini." Makcik Fatehah mengurai pelukannya.

"You know what I mean right?" Balas Mak Teh berbahasa Inggeris. Banyak yang dipelajarinya di rumah ini. Termasuklah Bahasa Inggeris yang diajar oleh Fazreen. Fazreen ketawa.

"Hai...lah. Fazreen hilang tempat mengadu Mak Teh tak ada,"ucapnya tertawa kecil.

"Sekinchan dan KL ni dekat aje. Jenguklah Mak Teh di kampung. Tidur sana rasa suasana kampung. Makan durian,mandi air perigi."

"Bila Mak Teh nak berangkat?"

"Cukup bulan insyaAllah."

Fazreen memeluknya lagi. "Mama dan ayah minta Reen nikah dengan Jefri."

"Ada sebab mengapa datuk dan datin buat macam tu Reen."

"I don't like it a bit."

"Percaya pada takdir Allah, Reen."

"Tok Riz just wanted me to train him. Kenapa nikah? Reen tak faham."

Makcik Fatehah memimpin tangan Fazreen ke katilnya. Dia mengajak Fazreen duduk di sisinya.

"Jefri tu kehidupannya bebas. Tanpa ikatan ini, susah Reen nak bawa dia balik ke pangkal jalan."

"Tan Sri baik sangat orangnya. Dia juga banyak membantu Mak Teh selain datuk dan datin. Anak-anak Mak Teh berjaya alhamdulillah dengan bantuan mereka. Tan Sri bukan jenis meminta-minta sebab dia ni sangat pemurah dan ikhlas hatinya. Kalau dia meminta tolong dari Reen itu bermakna sudah tiada jalan lain."pujuk Mak Teh.

"Mak Teh ni dah berpakat dengan mama ya,"balas Fazreen cuba bergurau. "Reen tahu besar cabaran Reen ni. Reen tak mau kawin Mak Teh. Hati Reen sudah lama tertutup untuk lelaki," katanya seperti mengeluh.

"Reen, dah lama Shah meninggal sayang. Dah dekat 15 tahun,"kata Makcik Fatehah. Tunang Fazreen dahulu bernama Shah Zainal Shah Zain. Anak pemilik Shah Textile yang juga rakan sekelasnya di sekolah menengah.

"Hanya dia cinta Reen Mak Teh. Kalau Reen nikah jugak Reen rasa Reen belot pada perasaan Reen sendiri je." Makcik Fatehah mengusap kepala anak asuhannya yang sudah menjadi wanita hebat zaman ini.

"Allah itu Maha Pemberi, Maha Mendengar Maha Memahami. Solat banyakkan zikir. Baca quran tu sampai hati Reen tenang." Fazreen menarik nafas mendengarkan nasihat itu. Dia merehatkan kepalanya yang berserabut di ribaan Makcik Fatehah yang sentiasa dapat menyelami hatinya sedari dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience