Rate

3

Romance Series 5458

Seperti yang dirancang oleh Fazreen, dia sudah terpacak di Dome tepat jam 8 malam ditemani oleh Remy.  Mereka memilih tempat duduk di suatu sudut terpencil.

Fazreen nampak mulus dengan serba biru lembut dari seluar panjang ke selendang. Remy yang sudah bersiap sedia dengan agenda malam ni segak bertshirt merah dan berseluar hitam.

"Cik Fazreen, do you think he will show up?"tanya Remy seraya membelek sampul surat A4 di tangannya.

Fazreen yang mencuri masa membaca emel di telefon bimbit menghela nafas panjang.

"He'd better be here if he wants to be a billionaire," katanya bersahaja.  Di dalam fikirannya berlegar-legar memikirkan cara paling efektif supaya semua pihak menang dalam situasi ini. Jefri menjadi pewaris dan CEO yang berkaliber dan dia meneruskan kehidupannya yang hanya berkisar tentang kerja dan keluarga besarnya. Dia menjeling masa di tangannya. Sudah 10 minit melepasi jam 8 malam.

Remy mengintai mesej-mesej di skrin telefon bimbitnya. "Semua..." belum sempat dia mengutarakan sesuatu kepada Fazreen, ada suara parau yang menyapa mereka.  Keduanya memandang ke atas dan terlihat Jefri sudah pun berada di depan mata. Jefri santai bertshirt tiada lengan dengan bermuda paras lutut dan berkasut sukan. Dia melengkapkan gaya amerikanya dengan topi besbol dan rantai-rantai berselirat di leher.

"What?!! Tak pernah tengok orang pakai macam ni?"tanya Jefri menjeling. Remy dan Fazreen bertukar pandangan. 

"Agaknya kalau orang tengok antara you dan Remy, rasanya siapa nampak lebih hebat?"sindir Fazreen.

"Hai dah jadi stylist ke?"perli Jefri. "I've said to atuk, this place, this whole damn country is so backward," katanya tersenyum dengan membuat bulatan dengan jari  telunjuknya. Fazreen membalas senyuman itu.

"This whole damn country which is backward to you will  decide your future whether you will be a malay guy from the ghetto or that guy who runs a multi billion company." Jefri terasa pahit dengan kata-kata Fazreen itu. "Have a seat. I don't intend to do a long meeting," arah Fazreen. Jefri  menarik kerusi dengan rakus tanda protes.

"I didn't know this is a formal meeting."

"Well, now you know. You don't think I am here to welcome you to this damn country right?"perli Fazreen berterusan. Sikap Jefri mengjengkelkan Fazreen sejak mula mereka bertemu tengahari tadi.

"What do you want?"tanya Jefri pantas.

"It is not what do I want. What are you going to do," balas Fazreen. Jefri dapat merasakan yang Fazreen bukan jenis wanita Melayu yang baginya tidak cerdik dan berkeupayaan. Dia masih menunggu apa yang Fazreen mahu katakan. "

"This is the key to your apartment. It is not that big and it is fully furnished and comfortable enough for you and your mother to live in," kata Fazreen meletakkan kunci itu di atas meja di hadapan Jefri.

"That is as big as my bathroom in the US," perli Jefri. 

"Good for you! But this is a backward country so your apartment is as big as your bathroom in the US. And, you didn't pay for your house or is it mansion in the US. Tok Riz does. F.Y.I," jawab Fazreen. Jefri terdiam dengan kata-kata itu. "Next, this is your car key. It is there at the parking lot. Not a new car but it is maintained very well by the owner," Fazreen menambah koleksi kunci di hadapan Jefri. "Your lifeline- kad kredit. Limit RM3000 and if you use it for any reasons you have to pay it from your pocket."

Jefri ketawa besar kerana merasakan dirinya diperkecilkan sebegitu. "Is this a joke?"soalnya jengkel.

"I don't have time to joke around especially with you. Tolong pindah secepat mungkin kerana kami tidak akan membayar kos penginapan di hotel atau teksi di sini," balas Fazreen dia menarik nafas menahan perasaan geram dengan sikap lelaki muda di hadapannya. "Remy the contract please,"minta Fazreen dan sampul surat itu dihulurkan oleh Remy. Fazreen meletakkan sampul surat itu ke atas meja dan menolak sampul surat itu kepada Jefri. Dengan wajah yang penuh syak wasangka  Jefri membuka sampul dan mengeluarkan kontrak yang didraf khas untuknya. Beberapa saat selepas membaca Jefri ketawa dan membaling kontrak itu ke muka Fazreen. Remy bangun hendak membalas tapi ditahan oleh Fazreen.

"This contract is an insult to my intelligence," bentak Jefri. Fazreen mengambil telefon bimbit menekan video dan meletakkannya di hadapan Jefri. "You think I am that stupid?" tambah Jefri lagi.

"Assalamualaikum, Jef. Atok ni. If you are watching this, it means you have read the contract and I just know how you would react...as usual..stupidly," suara Tan Sri tegas dan jelas di dalam video itu. "Atok yang buat kontrak ini. Fazreen hanya memastikan Jef memenuhi semua syarat-syarat.  "As an intern, you will be given RM40 for daily food allowance, RM20 for daily fuel and toll money. All in all, you would get RM1200 for food expenses, RM600 for fuel. The credit card don't use it if don't need to because I will not pay them for you. Do not get yourself fired because if you'd do, secara otomatik, your name will be deleted from my will. Faham?!" Tan Sri Mukhriz dengan tegas mengugut satu-satunya cucu harapannya.

Jefri terdiam dengan muka yang merah padam menahan kemarahan. Video itu terhenti di situ.

"From now, at 8.40pm, you are no longer Tan Sri Mukhriz's grandson. Awak ialah Jefri Fitri Malek. seorang biasa yang tiada latarbelakang,"tegas Fazreen. "You are not allowed to associate yourself with me or my family. Awak akan bekerja di SCC, Soleil Construction Consortium, just to remind you this is my company and GIT, Global I.T has no share whatsoever with us,"sambung Fazreen serius. "Mulai hari ini, awak akan memanggil saya Cik Fazreen dan ini Encik Rahimi. Whoever your boss can fire you. Termasuk saya dan Encik Rahimi," jelas Fazreen. "Ada soalan?" tanya Fazreen berdiri. Jefri menjeling ke tempat lain. "Saya bercakap dengan awak Encik Jefri," nada suara Fazreen lebih tinggi.  Jefri memandang tepat ke wajah Fazreen. "Awak berdiri sekarang," arah Fazreen. Jefri berdengus.

"Kalau saya tidak berdiri?"

"Then you are fired," jawab Fazreen.  Jefri terus memandang Fazreen dengan kebencian. "Stop wasting my time, you are-"

Jefri terus bangun segera. Fazreen mencebik gaya mengejek sikap ego Jefri. Fazreen meletakkan kontrak itu ke dalam sampul surat dan menutupnya. Dia melontar sampul itu ke muka Jefri dan mengenai hidungnya.

"Don't ever challenge me. I can accept you being stupid, but never rude. Understand?" kata Fazreen tanpa ada kemesraan di wajahnya. "Oh yes, to make this thing more fun, if you fail this 3 months challenge, your share in G.I,T will be transferred to me. Your atuk promised me. Jadi tolong hadam. Awak sudah tiada kuasa atau duit. Masa depan kau di tangan aku, faham?" tegas Fazreen dan terus berlalu meninggalkan Jefri yang masih lagi terkejut dengan semua yang terjadi kepadanya sekelip mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience