Rate

7

Romance Series 5458

Penggera berbunyi tepat jam 6.30 pagi. Jefri bangun dan menggeliat tetapi masih berada di birai katil.
'My first day at work. I really hate her guts,'bisik hatinya. Dengan kemalasan dia membuat stretching dan bersenam selama 30 minit. Semua sudah bergosok kerana baru sahaja didobikan semalam.

Dia memilih kemeja berwarna biru cair dan berseluar panjang biru gelap. Tali leher bergaris biru kuning melengkapkan gayanya. Dia menarik nafas sambil memujuk hatinya supaya tidak terlalu gemuruh.

Dia masuk ke kereta kecilnya dan mengaktifkan waze untuk ke tempat kerja.

Tilla sudah pun berada di hadapan kereta Fazreen ketika Fazreen melangkah keluar.

"What's going on?"tanya Tilla pantas.

"Janet Smith is announcing her presence now,"jawab Fazreen sambil menekan alarm kereta.

"I thought it was supposed to be tonite,"kata Tilla sambil membuka pintu kereta.

"Well, we have a change of plans. Your department has better be ready. This is 2 billion dollar project," bertalu-talu soal jawab antara dua sahabat ini. Fazreen menghidupkan enjin dan terus laju menuju ke Seri Menanti.

"How many are reporting duty today?"tanya Roy Khan kepada Emily.

"3. One guy and two young ladies. Itu pun mereka. Wah! Datang serentak pulak tu," jawab Emily sambil menunjuk ke arah pintu. "Wow, kacukan mana lelaki tu. Tegap,tinggi, macho tu,"bisik Emily kepada Roy Khan.

"Wow, intern perempuan pun cute,"bisik Roy kembali. Emily mencubit Roy tidak puas hati.

"Kau tu, semua gadis kata cute!"perli Emily.

"Mana ada, aku tak pernah kata kau cute,"balas Roy selamba. Baru sahaja Emily hendak menegur tetapi disapa oleh Jefri.

"Hello,good morning. I'm here to report duty," sapa Jefri serius.

"Me too," kata gadis bercermin mata.

"Me three..."tambah gadis berambut panjang mengurai berskirt pendek ketat.

"We know...."jawab Roy dan Emily serentak.

"Encik Jefri Fitri Malek," panggil Emily.

"That's me," jawab Jefri.

"Irina Kang," panggil Roy pula.

"That would be me, the smart amd sexy intern,"jawab Irina menggoda. Semestinya seksi,berskirt ketat dan pendek, mekap yang tebal,rambut lurus yang panjang. Oh ya, kaki yang panjang persis model.

Roy tersenyum meleret terpesona.

"I am Aminah Hassan. I graduated from Nottingham tapi orang Kelantan," ceria gadis berkacamata ini.

"Good. Encik Remy minta I bawa anda bertiga ke bilik mesyuarat untuk induksi," terang Emily tersenyum. "Mari ikut saya," ajak Emily dan mereka mengikutinya berderetan.

Setelah menaiki lif ke tingkat 3, Emily berhenti seketika di suatu gambar.

"Ini CEO kita, Cik Fazreen. She is the magician here. Sejak dia memegang jawatan ini, syarikat kita berkembang pesat,"terang Emily. Mereka memerhatikan potret itu.

"Cik? She looks so pretty," kata Aminah Hassan sambil matanya terus memandang potret itu.

"She is single and this year she is 40."

"No.....!"terjerit Aminah and Irina.

"Ini gambar baru ke?"tanya Aminah lagi.

"Bulan lepas,"jawab Emily.

Jefri hanya membuat muka bosan. 'Lawa sangat ke? Bukan mat saleh pun. Cantik melayu tak ke mana,'ejek Jefri dalam hatinya.

"Oh,my how did she preserve herself so well?" Tanya Irina tak semena-mena.

"She works out everyday. She has a mini gym at her office floor. Untuk staf, gym ada di tingkat 7 ya. Nanti you guys pun boleh guna. It is so big and well-equipped, we don't have to go elsewhere. But the gym is closed at 10 pm."

"Seriously?"tanya Jefri.

"Yep, this company has been the company of the year for the past 15 years. One of Malaysia's finesse."

"Any other facilities here?"tanya Aminah.

"We are here," balas Emily membuka pintu dan menunjukkan kerusi-kerusi mereka. "You'll know soon. Jangan bimbang. Tunggu ya. Nanti HR akan brief you guys tentang peraturan dan kemudahan yang ada di sini," sambung Emily dan terus berlalu.

Bilik sederhana besar dan harum,sungguh nyaman dirasakan. Ada pokok-pokok berpasu yang menghijau.

"Hai,saya Aminah,"Aminah Hassan memulakan bicara. Dia menghulurkan salaman kepada Irina Kang.

"Irina. You graduated dari Nottingham?" Tanya Irina. Aminah mengangguk. "I am from Monash. Degree in International Business," sambung Irina menerima tangan yang dihulurkan.

"I graduated in Finance. Happy to meet you," ucap Aminah ceria. "Say, you are Jefri right?"

Jefri hanya mengangguk dan tanpa sepatah kata.

"Where did you graduate?" Tanya Aminah mesra.

"It is Narnia," jawab Jefri acuh tak acuh.

"Narnia what?"tanya Aminah lagi.

"None of ya business. You talk too much," kata Jefri selamba. Dia terus duduk dan tidak mempedulikan mereka. Dia tidak menghabiskan universitinya, itu ada rahsia besar yang mesti disimpannya kerana datuknya yang membuatkan dia berada si sini hari itu.

Kebanggaan mempunyai ijazah menjengkelkan Jefri. Aminah merasa termalu dengan kata-kata itu dan terdiam. Irina merasa menyampah dengan kesombongan Jefri.
'Muka macam hollywood, sombong macam apa je,'komennya dia dalam hati.

Mereka masing-masing mengambil tempat di meja bujur yang siap dengan mini mikrofon di meja. Jam menunjuk tepat jam sembilan setengah. Remy membuka pintu dan melangkah masuk dengan segak bersut kelabu. Irina dan Aminah berpandangan. Masing-masing tertanya adakah semua yang berada di sini segak-segak perawakannya.

Semua berdiri termasuklah Jefri. "Assalamualaikum wrt and a very good morning,"sapa Remy tenang dan berkarisma. "I am the CS to Cik Fazreen our CEO and I am here to welcome the three of you here. Please be seated,"jemput Remy dan dia pun turut duduk di situ.

"Ini ialah company profile. Awak semua boleh baca dan fahamkan sebab di akhir internship awak semua akan menduduki ujian dan temuduga sekali lagi untuk diserap ke syarikat ini," umum Remy dan Jefri membuat muka tidak peduli kerana tidak teringin hendak bekerja di situ.

'I will be a billionaire,'cemuh Jefri di dalam hati. Remy perasan akan reaksi Jefri itu dan cuba untuk bersabar.

"Good morning semua," ceria Sally Chen Penolong Pengurus HR masuk ke bilik. Semua mata tertacap kepada wanita berbadan gempal tetapi karismatik itu.

"Kenalkan ini Penolong Pengarah Sumber Manusia Sally Chen and she will personally be your mentor. Nak cuti, sakit tak boleh datang kerja mesti dilaporkan kepada Madam Chen, faham?" Kata Remy tersenyum. Mereka kembali berdiri tanda hormat.

"Thank you Remy. Ini satu-satunya lelaki tahun ini, Encik Jefri Fitri Malek?" Sapa Sally Chen memandang Jefri. Jefri menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan.

"Pleased to meet you," sapa Jefri pula. Sally Chen mengangguk dan menganalisa Jefri di hadapannya.

"I heard you came from the US," Madam Chen memulakan sesi perkenalan.

"Ya baru balik," jawab Jefri mengerling kepada Remy. Hanya Remy dan Fazreen yang tahu tujuannya ke sini.

"Cik Fazreen kata your sijil and documents hilang dalam perjalanan. Dah buat laporan?" Soalan Madam Chen buat Jefri tergamam kerana dia sendiri tidak tahu itu adalah alasan.

"Er..yes."

"Cik Fazreen informed us that it will take some time to have some duplicates. But you know what. Cik Fazreen has been very smart in judging character. Kalau dia kata awak layak berada di sini. Then, saya hanya bersetuju,"terang Madam Chen. Jefri hanya mengangguk tanda mengerti. "HR akan beri masa sampai hari akhir ujian dan penilaian intership untuk awak serahkan dokumen dan sijil yang diperakui," lancar sahaja Madam Chen menasihati.

"Yes, ma'am," balas Jefri. 'Perempuan ni boleh tahan jadi mastermind,'katanya di dalam hati merujuk kepada Fazreen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience