Rate

4

Romance Series 5458

Jefri pulang ke Mandarin Oriental dengan perasaan marah yang membuak-buak. Sampai hati atuknya melayannya begitu. Lagi difikirkan lagi berserabut terasa fikirannya.

"Son,you're back!"sambut ibunya di muka pintu presidential suite itu. Jefri masuk tanpa berkata apa-apa. Dia terus ke tingkap besar bercekak pinggang
"Jef,kenapa ni?"

"Kita kena keluar dari hotel ini,mom,"kata Jefri mendatar. Puan Kay sangat terkejut mendengar kata-kata itu.

"But why?"soalnya hairan.

"Atuk dah sediakan apartmen untuk kita. Esok orang dari SCC akan ambil kita berpindah,"katanya masih memandang ke luar jendela besar.

Puan Kay menepuk bahu anaknya dan memeluknya.

"Bersabar ya. Atuk gives this as a challenge. Err...mommy rasa mommy balik ke US la. Atuk tak berapa sihatkan. Kalau jadi apa-apa susah,"kata Puan Kay perlahan. Sebenarnya dia juga ingin lari dari kemelut itu. Tinggal di apartmen memang tidaklah sesuatu yang diinginkannya.

"Ok, mom baliklah. I will take your words Atuk is giving me a test and I will show him I am more than capable to be his heir,"ucap Jefri memegang tangan ibunya yang masih cantik dan bergaya.

"Mesti! Don't ever give up. Even kalau kena kawin dengan Fazreen,"balas ibunya.

"Mom!" Terjerit Jefri mendengar pernyataan itu. "I can't bring myself to even think about it."

"Well,kalau itu yang atuk mintak dan ia bernilai 50 bilion dolar he can ask you to marry a goat i will still give you my blessing," kata Puan Kay bergurau.

"Mom...it's not funny!"

"Come to think of it, kalau orang tak tahu umur Fazreen ramai yang akan menyangka she is no less than 30 years old. She perserves herself quite well," sambung Puan Kay. "Hari tu mommy naik ke bilik Fazreen penuh medals. Triathlon, marathon macam-macamlah. No wonder she looks young."

"Mom are you taking her side?"

"What side? Kalau tak silap mommy, Fazreen pun tak berkenan dengan idea kawin tu. So you should cooperate with her."

"Wow, hari tu mommy macam tak suka. Baru jumpa sekali dah berubah fikiran?" Sindir Jefri. Puan Kay tertawa.

"I was just joking. Janganlah merajuk,"pujuk ibunya. "Oklah mommy nak start packing. I will help you pack all your stuff too,"kata Puan Kay perlahan. Jefri hanya mengangguk dan terus termenung di jendela.

Laju Fazreen melangkah hingga Remy terpaksa berlari anak mengejarnya.

"Cik Fazreen,"tegurnya lembut. Fazreen memberhentikan langkahnya. "I know you are pretty mad right now but we haven't had our dinner," tambah Remy lagi. Fazreen menghela nafas panjang. Dia tertawa kecil.

"Baru sehari mengenali dan pertama kali berbicara belum pernah darah saya menyirap beberapa kali," bicara Fazreen memegang dahinya. Remy tertawa.

"You handled it quite well. I am impressed," kata Remy habis sisa ketawanya.

"Ok. Nak makan apa?"

"Semalam cakap dah lama tak makan Laksa Penang."

"Good choice," balas Fazreen pantas. "Jom. Tiba-tiba rasa kebuluran," ajak Fazreen terus bergerak. Remy terpaksa berkejaran lagi sekali untuk beriringan.

Keesokan harinya tepat 8 pagi Remy dan beberapa pembantu menunggu Puan Kay dan Jefri di lobi.

"Puan, ini Mahesh. He will escort you to the airport,"terang Remy sopan.

Puan Kay memandang Jefri yang segak bertshirt polo hijau dan seluar putih. Dia memegang kedua lengan anaknya.

"I guess we say goodbye here my son," ucap Puan Kay perlahan. Jefri mengangguk dan memeluk erat wanita itu.

"Have a safe flight mom,"ucapnya seraya melepas ibunya dari pelukan.

"Remember what we talked about yesterday. Jangan cepat putus asa. I am just a phone call away,"kata Puan Kay mengelus lengan anaknya.

"I will mom. I promised,"janji Jefri.

"Puan,kita mesti bertolak sekarang,"tegur Remy sambil dia mengisyaratkan Mahesh mengangkat beg-beg Puan Kay. Puan mengangguk dan melambai selamat tinggal kepada anaknya. Kereta yang dinaiki Puan Kay hilang dari pandangan barulah Remy meneruskan bicaranya.

"Ini Devan. Dia akan tunjukkan kau rumah dan kereta yang disediakan oleh syarikat," kata Remy tegas.

"Kau? Eh aku ni tak setaraf kau," kata Jefri tinggi nadanya.

"I am your boss starting last night. I can fire you and you won't see a dime of your grandfather's money," kata Remy keras bunyinya.

"Are you threatening me?"tanya Jefri berdiri lebih rapat.

"Consider that my first and last warning and I don't like your attitude now. Suka atau tidak dalam 3 bulan ini. Kalau aku suruh kau masuk cuci longkang. You'd better do it because I am your boss!" Tajam tenungan Remy membalas jelingan Jefri. Jefri menarik nafas menenangkan dirinya sendiri. Remy betul.

"I am sorry sir," kata Jefri.

"Accepted. Ikut Devan sekarang. Esok tepat 9 pagi sila lapor diri ke front desk dan anda akan dibawa untuk prosedur seterusnya. Pesan dari Cik Fazreen. Keep your identity hidden,"terang Remy yakin. Tanpa menunggu respon dari Jefri dia terus pergi meninggalkannya.

"Encik Jefri, mari ikut saya. Kereta ada di seberang jalan," ajak Devan mesra. Jefri mengangguk.

Setibanya dalam kereta, telefon yang diberikan oleh Fazreen berbunyi. Jefri mengambil panggilan itu.

"Assalamualaikum,"Fazreen memberi salam.

"Wa..waalaikumsalam," kekok Jefri hendak menjawab salam. Fazreen tergelak di hujung talian.

"Jarang memberi dan menjawab salam sudahnya tergagap-gagap,"perli Fazreen.

"What do you want?"keras nada Jefri.

"What do you want boss," Fazreen membetulkan ayat itu.

"I am sorry. What can I help you with?" Jefri menyedari kesilapannya.

"Do not let me catch you doing drugs or alcohol or every deal will be off," Fazreen memberi amaran. Jefri yang tidak biasa diarah menahan kesabaran yang tidak terhingga.

"No drugs, no alcohol but I can sleep around?"tanya Jefri menguji.

"If you want to do that, go ahead. I will personally make sure you will marry that unlucky bitch if you make her pregnant and your inheritance will go to your unborn child,"pantas jawapan Fazreen. "And that is not a promise but a pledge. Let me remind you again. Bukan saya yang rugi tapi awak. So...dah tua kan fikirlah sendiri," sambung Fazreen dia terus mematikan panggilan.

Merah wajah Jefri mendengar kata-kata Fazreen yang penuh keyakinan itu. 'Kau belum kenal aku siapa,'bisik hatinya.

"Encik Jefri, kita pergi sekarang," tegur Devan menghentikan lamunannya.

"Ya,ya. Let's go," jawab Jefri tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience