Rate

5

Romance Series 5458

Fazreen menghela nafas panjang kerana cuba meredakan kemarahannya.

"Dia ni kan melampau," bicaranya sendiri. Matanya melirik kepada gambar besar di hadapannya. Zainal, insan yang hampir menjadi suaminya 20 tahun dulu. Dia menyentuh wajah yang tersenyum manis kepadanya.

Kejadian hari itu tak pernah terpadam di kotak fikirannya. Semua persiapan perkahwinan selesai, tok kadi dan saksi juga sudah menunggu di ruang tamu pada hari bersejarah itu. Malang tidak berbau, Zainal bakal pengantin lelaki menemui kemalangan yang tragis yang meragut nyawanya. Kenduri perkahwinan Fazreen bertukar menjadi kenduri arwah.

Hampir gila Fazreen berbulan-bulan lamanya. Dia dirawat oleh pakar psikiatri sehingga sembuh begitulah terkesannya Fazreen.

"Abang, dah dua puluh tahun abang pergi. But I have never stopped loving you," katanya perlahan.

Permintaan ibubapanya membuatnya lebih mengingati Zainal. Dia menyentuh wajah Zainal dengan penuh kasih sayang.

"Jika kau bukan jodohku sekarang, aku berdoa kita dijodohkan di syurga,"katanya perlahan seolah-olah berbicara dengan potret itu.

Jefri tiba di Orkid Villa bersama Devan. Penuh sesak kereta di tempat letak kereta.

"Betul ke ini alamatnya?"tanya Jefri ragu-ragu.Bangunan masih nampak baru cuma tempat itu terlalu sibuk dengan manusia.

"Betul encik. Mari saya tunjuk kereta encik." Devan meletakkan keretanya berhampiran dengan pintu blok 3. "Encik itu kereta encik," tunjuk Devan.

"Kereta apa tu?"tanya Jefri. Devan tersenyum.

"Oh, itu Proton Axia. Tan Sri belikan. Sudah 3 tahun digunakan." Terpempan Jefri melihat 'kebiasaan' kereta itu. "Ini kuncinya bersama kunci apartmen."

"Apartmen nombor berapa?"tanya Jefri yang masih terkejut dengan segala yang berlaku sejak pagi tadi.

"Apartmen ni ada lif. Rumah encik tingkat 3 rumah corner nombor 15. I hope you like staying here. Ramai orang pejabat tinggal di sini. Orked Villa ada kolam mandi dan juga gym di tepi kafe kat belakang tu."

"Are you trying to make me feel better?"tanya Jefri mendatar. Devan tersenyum.

"Rumah ni rumah Encik Malek. Tan Sri jaga rumah ni dah lebih 20 tahun,"jelas Devan lagi.

Jefri terdiam. Tak sangka arwah ayahnya ada sebuah apartmen.

"Encik Jefri hendak saya tunjukkan rumahnya? Mari,"ajak Devan.

"Tunggu. Kereta tu?"

"Itu kereta Tan Sri baru beli. Kadang-kadang bila Tan Sri tak mahu tinggal di hotel dia akan balik ke sini,"terang Devan lagi. "Ini kad saya,kalau rumah ada kerosakan atau kereta tak boleh start,beritahu saya ok?" Kata Devan dengan panjang lebar. "Mari, saya tunjukkan rumah Encik Jefri," ajak Devan bergerak sambil menunjuk arah. Jefri membimbit dua beg besar mengikuti Devan.

Fazreen berada di bilik study masih merenung wajah Zainal di meja. Tiada yang lebih indah dari senyuman berlesung pipit. Berkulit sawo matang berkacamata. Segalanya sempurna di mata Fazreen. Lamunannya dikejutkan dengan ketukan di pintu.

"Aduhai cik CEO hari  hujung minggu macam ni usahlah bermuram durja. Marilah bermain dengan hamba," usik Syatilla atau Tilla Pengarah Komunikasi Korporat SCC yang juga teman akrab Fazreen. Mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak tadika. Fazreen terketawa.

"Hoi, tetiba je di depan pintu. Baru balik?" Tegur Fazreen bangun dari tempat duduk menuju ke sofa. "Duduklah. Nak makan?"

"Nak tapi aku nak makan kat luar. Aku rindu nak makan Nasi Lemak Cik Jah Damansara."

"Kau baru balik dari Bali ni beb. Betul ni?"

"Sebab aku baru balik dari Bali aku nak makan sambal tumis Cik Jah buat," jawab Tilla sambil duduk di sofa.

"Susah apa kau hello jelah suruh Cik Jah hantarkan ke rumah,"balas Fazreen.

"Masalahnya aku dah hello dia kata dia tak ada masa nak hantar suruh aku datang sendiri," terang Tilla.

"Canggih Cik Jah kan?" Sambut Fazreen ketawa.

"Cik Jah marah sebab aku tolak pinangan kawan dia,"kata Tilla ketawa.

"Biar benar. Ada orang datang meminang ke?"

"Semalam masa aku nak habis meeting. Aku penat kot aku reject tanpa berfikir."

"Kau ni apahal. Cik Jah tu bapak garang. Bukan macam mak aku,"tegur Fazreen.

"Sebab dia mak aku berani reject. Kau marilah teman aku..."

"Tau takut ha?"tanya Fazreen. Tilla tersenyum kambing.

"Mak aku suka kau,dia takkan menyumpah seranah bila kau ada,"jawab Tilla tergelak. "Aku dengar Jefri dah ada kat sini."

"So?"balas Fazreen.

"Aku pernah stalk fb dia. HANDSOME kot,"kata Tilla dengan serius.

"HANDSOME pun tapi perangai macam haromz tak ada maknanya. Kau tak payah risau esok lusa kau jumpa dia."

"Jomlah aku lapar ni. Lagipun aku tak mau Cik Jah marah aku lama-lama."

"Yalah, tunggu kat bawah aku pergi bersiap," kata Fazreen seraya bangun bergerak ke biliknya.

Devan membukakan pintu untuk Jefri. "Encik Jefri, saya terpaksa pergi dulu. Saya hendak ke Pandan Indah sebab ada simposium dan saya perlu mengambil bos saya di situ," kata Devan memberi segugus kunci.

"Terima kasih Devan,"ucap Jefri sambil melihat Devan berlalu. Dia menanggalkan kasut dan meletakkannya ke dalam rumah yang kecil itu. Arwah bapanya meninggal waktu dia sekolah rendah. Segala kenangan bersamanya tidaklah begitu banyak.

Rumah itu ibarat kisah hidup ayahnya yang dia tidak pernah kenali. Kertas dinding yang berwarna lembut. Gambar-gambar berbingkai cantik tersusun.

"Mom, you were so beautiful," bisiknya melihat gambar perkahwinan ibubapanya. "Dad..." Dia melihat lelaki yang berkulit putih merah itu tersenyum segak berbaju melayu di sisi ibunya. Dia meneliti kesemua yang berada di situ. Secara perlahan dia merasa rindu kepada arwah bapanya. Dia membuka bilik tidur dan meletakkan begnya di tepi almari. Dia pergi melihat bilik air dan ruang dapur.

"What is he thinking?" Soalan yang ditujukam kepada atuknya. Atuknya yang membesarkannya dan dia tahu dia banyak mengecewakan orang tua itu.
"Esok bermula fasa baru di dalam hidupku,'bisik hatinya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari maklumat tentang kawasan itu. Dia juga meneliti jalan yang paling mudah untuk pergi je SCC hari Isnin nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience