Perpisahan

Drama Completed 4496

Bab3

'Nyamannya udara pagi nie, hehehehe jauh beza dengan Negri orang..'kata hati kecil ku.

"Sya... tak keluar ke hari nie?." Soal Papa.

Aku terkejut dari lamunan ku. Aku memandang Papa lalu tersenyum...

"Tak Paaa.. Sya nak duduk rumah jer.."jawab ku lembut..

Setelah siap sarapan , Aku naik ketingkat atas dan masuk kebilik..

Aku berkurung dalam bilik . Kotak warna pink diatas almari aku capai. Kotak yang menyimpan banyak kenangan lalu...

Aku membuka kotak itu . Terukir senyuman melihat beberapa keping gambar bersama sahabat...

Yang disebelah kiri Wawa, Lina , Zirah, Midah, Kak pinknye , Kak Sofia , Umi dan liana.. gambar semasa cuti di kundasang bersama mereka.. masing-masing dengan gaya sendiri... tanpa aku sedar gugurnya air mata. Terasa rindu yang teramat..

'Dimana mereka semua ?'

Bibir ku mengukir senyuman lagi melihat gambar kedua.. gambar bersama kakak Lieysa. Rindu dengan kakak Kesayangan nie. Walaupn jarang jumpa tapi saling memahami... penyayang orang nya..

'Akak. .. kat mana sekarang?'

------

Hanya dua keping gambar saja. Aku rasa air mata aku dah satu baldi dah...

Sebak. Hati dan jantung terasa sakit dek menahan rasa itu..

Gambar itu aku peluk kerana terlalu rindukan mereka...

"SAHABAT. .. dimana kamu semua ? Sya dah balik nie.." kata ku sebak.

Aku melayan emosi.. aku biarkan air mata mengalir dengan sendirinya , dan telinga ku asyik mendengar lagu 'TUHAN BERIKAN AKU CINTA'. aku hayati setiap baris lagu itu , hingga bibir ku juga ikut menyanyi bersama....

Walau aku senyum bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari

Ada yang tak ada dihati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam disamping hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup seakan aku hina
Tuhan berikan aku cinta untuk temani ku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
biarkan aku punya cinta
Tuhan berikan aku cinta , aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalmu
Tuhan berikan aku cinta...

"Sya...Sya..."kedengaran suara memanggil dari luar.

Aku malas nak bangun lalu aku biarkan saja penggilan itu. Aku meletakkan semula gambar tadi dalam kotak. Tidak mampu lagi untuk melihat semua kenangan dalam kotak itu. Buat masa ini Cukup dulu dua keping gambar itu mengimbas kenangan....

Suasana rumah menjadi sejuk , kerana hujan turun dengan lebatnya. Aku tersenyum , teringat kata-kata itu....

_jangan benci hujan_

Hujan yang berpanjangan akan membuatkan kita lebih menghargai kehadiran matahari.

Ujian yang berterusan akan membuatkan kita semakin kuat dan mengerti hakikat hidup ini.

_Cik Pink_

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience