Perpisahan

Drama Completed 4496

Tajuk Cerpen : Perpisahan

Bab 1

Setelah lama aku membawa diri ke Negri orang , kini aku pulang ke tanah air. Dimana tempat aku dilahirkan dan di besarkan...

Terlalu lama hidup di Negri orang sehingga Negri sendiri pun tak tahu dah...

'Masyaa Allah , cantiknya ciptaan Allah. Banyak dah berubah KOTA KINABALU nie. Makin besar dan maju. Bangunan sana sini , hehehehe boleh sesat dan hilang aku dibuatnya. . Tak sangka lama juga aku kat AUSTRALIA..' menolong ku sendiri....

Aku melangkah keluar dari airport. Mencari teksi untuk pulang ke rumah..

"Pak cik. Boleh hantar saya tak ? Pergi puncak luyang.." soal ku pada pemandu teksi itu.

"Boleh.. boleh cik.." katanya...

Barang-barang aku yg lain di masukkan dalam bonnet dan yang lain dikerusi depan...

'Hehehehe. Banyak juga barang-barang aku nie.' Kata ku dalam hati.

-------

Dalam perjalanan menuju kerumah. Aku melihat suasana. Dulu masih ada pokok-pokok hijau ditepi jalan , kini ianya dipenuhi bangunan yang besar dan cantik..

Aku fokus pada satu tempat yang dulunya tempat itu punya kenangan bersama seseorg yang pernah aku sayang dan aku cinta.

Aku ukir senyuman , lalu tanpa sedar air mata itu mengalir sendirinya tanpa di pinta..

Ternyata aku masih ingat semua tue , walaupun semua tue dah lama . Bertahun lamanya aku pergi , tapi ianya masih segar dalam ingatan bila melihat dengan mata sendiri....

"Cik.... Cik... Cik kita dah sampai nie." Tegur pemandu itu.

"Eh, maaf Pak cik . Tak sedar pula." Kata ku sambil tersenyum malu..

'Alahai. .. termenung jauh aku ye.. hehehehe ... memalukan sungguh !!.' Kata ku dalam hati..

Akhirnya aku sudah didepan rumah...

Jejari ku lantas menekan lonceng. Setelah beberapa kali lonceng ditekan.

Kelihatan wanita tua keluar. Wajah yang telah melahirkan aku. Wajah itu yang dulunya muda , kini sudah tua. Senyuman nya dan air matannya buat aku turut menangis......

Pelukannya seakan-akan tidak mahu dilepaskan.

-bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience