Bab 18
Langkah kaki terhenti. Bila Papa memanggil namaku. aku menoleh memandang sang suara yang memanggil tadi..
"Sya... kenapa tak pernah ceritakan, pada Papa dan Mama tentang anak Sya?? kenapa sembunyikan cucu Papa? kenapa Sya tak bawa balik cucu² Papa??" Kata Papa.
Seakan diri ini ingin jatuh kebumi. lakonan apakah ini? baru nak mengaku cucu? baru nak sibuk nak tahu hidup aku? dulu nya aku dibuang seperti sampah, tanpa belas kasian. sekarang baru nak ambil kisah? dah terlambat. aku tak inginkannya.
"Baru Papa nak ambil tahu semua? baru nak mengaku itu cucu Papa? dah terlambat Paaa... Ingat tak paa? setelah Papa tahu Sya mengandung dulu. Apa Papa buat? Papa halau Sya dan tak mengaku yang dalam kandungan Sya tue cucu Papa? ingat lagi tak semua itu??
Papa nak tahu? Anak haram yang Papa maksudkan itu dah tak ada. Anak Sya dah xada. Allah lebih sayangkan anak Sya..
Papa tahu apa yang Sya lalui saat itu? pernah tak Papa fikirkan bagaimana kehidupan anak kesayangan dan anak kebanggaan Papa dulu, bagaimana anak Papa tue boleh hidup membesarkan cucu Papa dengan sendiri? Anak yang Papa banggakan dan sayang, Papa biarkan hanya kerana pernikahan tanpa pengetahuan Papa dan Mama.. pernah tak Papa fikiran perasaan Sya? sudah terlambat Papa tanya semua itu.. dah tak berguna Paaa.. " Kata ku dengan nada keras lalu cepat keluar meninggalkan Papa dan Mama menangis dirunag tamu.
Azrie, Azrul, Faris, farhan dan Syafiqah turut menangis..
"Kau puas Azrul.?" soal Azrie.
"kamu semua puas tengok akak macam tue? Kamu tahu hanya menghukum daripada kesalahannya yang kamu lihat sahaja? tapi kamu tak selidiki disebaliknya... " sambung Faris pula.
"Kasian Akak.." kata farhan sebak..
"Akak kuat sangat.. kalau semua tue kena dengan Farhan. tak tahu apa jadi. "katanya lagi.
******
Abang Nazrul dan Abang Nazrie datang ke rumah... Semua berkumpul di rumah, heran mendapat panggilan dari Mama dan Papa.
"Maa.. kenapa nie? apa yang berlaku? Sya mana? " soal Abang Nazrul.
Mama hanya mendiamkan diri.. begitu juga Papa... Nazrul memandang adik-adiknya satu persatu... inginkan jawabann disebalik panggilan.
bersambung
Share this novel