Bab 12
Setelah satu bulan bersama suami bercinta . kini datang ujian melanda rumah tangga.
ujian yang seakan-akan aku rasakan menghimpit diri ini.
seakan-akan nafas ku terhenti sekejap. jantung tak berdenyut dek terkejut mendengar berita tersebut..
Aku lupa sesuatu bahawa sang suami mempunyai TUNANG iaitu sahabat ku sendiri. kini Aku kembali kedunia nyata . Setelah kebahagian sebulan aku rasakan yang membuat aku lupa pada dunia yang nyata..
fikiran ku mula serabut bila Tunang si suami menghubungi ku...
"Sya.. kau boleh tak jangan kacau tunang aku ?" Katanya lembut.
"Tunang ? Cik salah orang kot.." jawab ku. masih tidak mengenali suara tersebut
"Terima laa kenyataan , yang dia tu tunang aku !" kata nya lagi dengan nada yang tegas.
lalu aku matikan saja penggilan itu. mula ingat siapa si pemanggil.. jantung ku berdenyut kencang.
'dap....dup....dap...dup..'
sang suami juga mula berubah sejak kebelakangan ini.. Hati ku di landa ombak gelisah. jarang pulang rumah.. call juga jarang apatah lagi msg. di Fac aku di block juga di watsapp.
'Ada apa sebenarnya ?' Soal hati kecil ku...
malam itu aku gelisah teramat gelisah. lalu handphone dicapai dan menghubungi si suami..
"bie.. buat apa dan kat mana?" soal ku.
"bie tengah makan. kat rumah Mama nie. jap lg bie call ." katanya lalu memutuskan talian.
Aku tidak sedap hati.. rasanya ada yang berlaku.. Air mata ku gugur sendirinya.. gelisah
**************
jam menunjukkan pukul 10 malam tepat. Handphone berbunyi tanda ada orang memanggil. lalu aku segera menjawab bila melihat no sang suami.
"Sayang. maafkan bie , sampai sini saja kita bersama. " katanya.
Aku terkejut . aku susah mencuri nafas mendengar apa yang baru saja dia katakan sebentar tadi.
"Tapi bie. kenapa ?" Soal ku .
"selama kita bersama , banyak betul masalah melanda. sampai Kadang2 aku rasa nak bunuh diri. maafkan aku. lupakan aku mulai saat ini. cari orang lain .." katanya lalu memutuskan talian.
Aku menangis . Aku tak boleh Berfikir . badan terasa lemah tak bermaya.
mana perginya janji mu ?
mana perginya semua kata-kata manis mu ?
Adakah selama ini Aku pembawa masalah dalam hidup mu ??
aku memeluk tubuh. menangis semahunya. seakan-akan tidak percaya apa yang terjadi. Kenyataan tidak bisa aku terima..
kerana terlalu letih berfikir , akhirnya aku terlena dibuai mimpi ngeri ..
'Aku harap apa yang berlaku malam ini cuma mimpi , bila esok aku bangun Semua nya kembali seperti selalu' bisik sang hati.
-Bersambung-
Share this novel