Bab 7
Kerana bosan didalam bilik. Aku melangkah keluar ingin kepondok kecil yang berada dihalaman rumah....
Belum sempat kaki turun tangga , aku terhenti mendengar perbualan diruang tamu..
"Mama dengan Papa . Tak Sayang Ika ! Tak pernah nak bela Ika depan Akak.. balik-balik jaga hati Akak aje.. Akak ... Akak dan Akak ! Takkan handphone pon nak ambil ? Itu milik Ika bukannya Akak ! Dah seminggu Ika tak berhubung dengan Syam. Ika rindu dengan dia Maaa... Ika nak juga handphone Ika balik ! Titik!" Kata Syafiqah dengan nada yang kuat . Marah !
"Betul tue Maaa. Jangan laa layan sangat Akak tuu.. Akak pun dulu pernah remaja dan bercinta.. Ika dah besar dan pandai jaga diri dah.. Akak tue saja nak jadikan Ika macam budak-budak... Akak lagi teruk dulu kawen senyap-senyap. Dia lebih utamakan lelaki tue daripada keluarga dia. Tengok apa dah jadi ?? Lelaki yang dia utamakan dulu tak sampai bertahun pun , dah pergi tinggalkan dia. Ah , padan laa dengan muka dia ! " Kata Azrul membela adik Kesayangannya...
Nafas ku terasa berhenti sekejap mendengar perbualan itu...
'Ya Allah , Benar kenangan itu menyakitkan....
Sangat menyakitkan !
Tapi.....
Tegarkah aku meneruskan Kenyataan ??' Bisik hati kecil ku..
Air mata yang coba ditahan , akhirnya gugur juga...
"Azrul jaga mulut kau tue . Kau tak payah nak cakap dan ungkit kisah silam Akak ! Kau tiada hak atas semua tuu.. tahu tak ?!" Jerkah Azrie . Geram dan marah !
"Abang Azrie kau tak payah nak bela Akak la. Apa yang aku cakap tue semua betul bukan ?" Kata Azrul .
"Azrul kau kena sedar sikit . Rumah tempat kau tinggal nie , rumah siapa? Yang bayar kos untuk kau sekolah tinggi-tinggi tue , siapa ? Yang bagi kau duit untuk bawa perempuan sana sini , duit siapa ?
Ah , Siapa ??" Jerkah Azrie lagi. Sakit hatinya mendengar Akak Kesayangannya dia hina !
"Kau nie Kenapa ? Jerkah aku bagai. Semua tu mama dan papa yang bagi. Kau tak payah bela kakak Kesayangan kau tue. Dia bukan baik sangat pun. " kata Azrul dengan nada yang kuat. Marah !
Farhan dan Faris lajukan langkah masuk kedalam rumah setelah mendengar pergaduhan didalam rumah tersebut ....
Terkejut !
"Kamu dua kenapa ? Ah ? Jerit2 , tak malu ker dengan jiran-jiran dengar ?" Marah Farhan.
"Apa hal ? Kenapa sampai gaduh nie?soal Faris. Serius !
Faris memandang Mama dan papa. Ingin penjelasan. Mama hanya menangis tak bersuara , begitu juga Papa...
Aku masih setia mendengar setiap pergaduhan itu.. mahu tahu apa lagi yang akan berlaku..
"Abang Faris tanya la dengan budak tak tahu bersyukur tue ..." kata Azrie geram..
Faris memandang Azrul dan Ika...
"Kenapa Azrul ?" Soal Faris dengan muka yang menahan barannya. Marah sungguh !
When people let you down :
ISTIGHFAR
ISTIGHFAR
ISTIGHFAR
BECAUSE Allah will pick you up.
-Bersambung-
Share this novel