"Boleh kau bawa aku berjalan-jalan ke bandar"Aku berbisik ke telinganya.Tangannya bermain dengan rambutku.Aku meletakkan tangan di atas dadanya.Aku merasakan setiap urat badannya di atas kulitku.Aku baring ke dadanya.Degupan jatungnya kedengaran.Aku menurunkan badanku untuk mencapai bibirnya.Aku mencium bibirnya...aku harus terus memujuknya.
"Aku teringin berjalan sekitar sini"Aku mengembuskan nafas setelah melepaskan bibirku.Tangannya membelai bibirku.Harus dipujuk lagi.Aku menyelak rambutnya."Lihat ke mataku,apa kau fikir aku akan lari"Aku menatap ke matanya.Pipinya merah sekali."Itu saja permintaanku."Aku mencium tangannya yang berparut itu.Dia membelai rambutku dengan lembut.
"Pastikan bangun awal."Dia balas dengan senyuman sins."Jika kau terus begini,aku risau yang aku tidak akan berhenti."Dia menarik tanganku ke bibirnya sambil mencium tanganku dengan dalam."Jangan jadi nakal ya,Noona"dia tersenggih.
Jam 7.45 pagi
Aku bangun.Aku melihat ke sebelah "Carol sudah bangun lebih awal dariku"Aku turun dari katil,Mengambil baju di bawah dan pergi ke bilik air.Setelah selesai mandi,aku turun ke bawah.Aku memakan sedikit roti yang Carol sudah bakar.Aku menghirup air suam.Selepas itu,aku memegang tombol pintu hadapan.Jantung rasa berdebar sekali.Aku memulasnya dan pintu itu terbuka.Aku melihat kereta yang enjinya sudah dibuka.
"Cepatlah masuk,Noona"Carol lambai dari tempat duduk pemandu.Aku tunduk dan berjalan ke kereta itu.Ini sajalah cara terakhir untuk aku mencari jalan keluar.
Jam 8.50 pagi
Kami tiba di bandar.Ini diluar jangkaan.Tiada sesiapa menetap di bandar ini.Tiada seorang pun.Mataku meliar.Ini hanyalah "Ghost town".Jadi cuma kami berdua saja...yang menetap di sini.
Sememangnya tiada harapan untuk aku.
Carol terus membawa kereta.Tangannya di sebelah memegang stereng kereta.Sebelah lagi memegang tanganku.Dia meneruskan perjalanan.Jalan memang sunyi sekali.Seolah-olah bandar ini dilupakan.Aku meletakkan kepala ke tingkap.Harapan sudah hancur.
"Mengapa monyok,Noona?"Tanya Carol.
"Aku berasa sedih"
"Mengapa?"
"Bandar ini kelihatan sunyi sekali"
"Inilah bandar yang kita tinggal saat kecil."Dia memegang erat tanganku sambil menciumnya.
"Penduduk di sini ramai berpindah kerana serangan daripada binatang buas yang meragut banyak nyawa.Bahkan tiada seorang pun yang berani tinggal di sini kerana tidak mahu ditimpa bala.Dahulu,bandar ini meriah sekali..tetapi kegembiraan tidak akan sentiasa kekal"
"Sungai di sana"Dia tunjuk ke arah sungai kecil.
"Itulah tempat yang kita selalu berbual"Dia kata dengan nada teruja.
"Ya?..aku tidak ingat"
"Sudah terlalu lama,pasti kau sudah lupa"
"mmm.."Aku angguk
Mungkin jika aku lihat sekeliling,akan ada perkara yang bakal aku ingati.Tapi sayangnya tiada satu pun yang aku ingat.
Kami pulang setelah tiba di rumah.Aku pergi mandi untuk tenangkan diri.Aku menegakkan kepala ke arah air..entah mengapa kepalaku menjadi sakit sekali.Aku keluar dari bilik air setelah selesai.
"Carol?"Aku melihat sekeliling sementara mengeringkan rambutku menggunakan tuala.Dia tiada di sini.
Aku cuba membuka pintu dapur.Aku memulaskannya dan ia terbuka.
"Carol?"Aku turun ke bawah.Aku berjalan melihat sekeliling.Tiada sesiapa,hanya angin yang membelai tubuhku.Hatiku terdetak untuk melihat bengkel.Aku melihat lampu bengkel terbuka.Pintunya juga terbuka.Tanpa berfikiran panjang,aku memasuki bengkel itu.Aku berjalan masuk.Aku melihat,banyak pisau ukiran,alatan untuk membuat tembikar dan piring penyek.Banyak soalan timbul di dalam mindaku.Mengapa dia menyimpan peralatan ini?Untuk apa?Sementara aku berjalan melihat tempat ini,aku berasa dingin saat melihat satu almari besar.
"....h-huh?"
Aku tergamam.Almari itu almari kaca.Aku melihat,banyak tembikar dengan pelbagai corak dan warna.Aku nampak,ada gambar orang di sebelah tembikar itu."Huh"Aku menutupi mulutku.Ianya..ianya abu mayat mereka.Aku mengambil nafas yang dalam.Aku melihat wajah di dalam gambar itu.Kepalaku rasa sakit.Arghhh!Seorang lelaki.A-aku mengenalnya.Itukan..
itukan Arthur!
Tiba-tiba ada sesuatu menarik aku dan menutupi kain pada hidung dan mulutku.Aku terasa ....berat.Aku..tertidur.
'Sukar sekali kau mahu meraih kepercayaan daripada ku Noona'
'Aku fikir segala janji dan sumpah yang kita lakukan,kau akan tetap mendengar cakap aku..*fuh Selepas segala perkara yang aku lakukan..kau hanyalah seorang perempuan.Degil dan pentingkan diri.'
"mhmm.."Mataku terbuka.Aku terasa berat.
"shhh,jangan gerakkan badanmu"Suara yang aku kenali.Suara yang aku takuti.
Tangannya memeluk pinggangku.Badanku tidak menghadapnya.Aku melihat ada Iv drip.Tanganku disuntik lagi!"shhh perlahan-lahan ya"Dia memeluk aku dari belakang.Aku cuba melawan tapi badannya terlalu kuat.
"*huff *huff"pernafasan aku menjadi lemah.
"*sniff apa yang kau lakukan..kepada Arthur!"Air mata jatuh ke pipiku.Suara aku menjadi serak.
"Lah,aku ingatkan Noona membencinya."Dia melihat aku dengan tatapan yang tajam.
"JAWAB SAJA PERSOALAN KU!APA YANG KAU LAKUKAN KEPADANYA?!"
Air wajahnya berubah,dia kelihatan marah.
"Sudah tentu aku bunuh sialan itu"Dia menjawab sambil bermain rambutku.
"Terus,apa yang arghh..kepala aku rasa sakit"Aku memegang kepalaku
"Apa kau tahu Noona..."Dia menarik tanganku sambil meletakkan tapak tanganku di bibirnya bersama ciuman.
"...sudah lama" Matanya melirik ke wajahku.
"..aku meletakkan ubat,supaya jangka hayat kau...
dipendekkan."
Share this novel