1

Mystery & Detective Series 486

Apa kau tahu,

Di dunia ini,ada juga sang makhluk yang lebih mengerikan daripada syaitan,

ianya Manusia.

Kepala ku terasa berat...adakah ini disebabkan alkohol aku minum?

Mengapa,ada cili sos di lantai?Atau ianya tembikai yang sudah pecah.

Aku terasa begitu berat,seperti aku akan jatuh jika aku berdiri.

Semuanya terlalu kabur untuk aku lihat.

Aku terasa seperti ada seorang lelaki mendukungku ke bilik.

Tanganya seperti pernah aku rasa.Apa kau terlalu laju sehingga memegang pinggangku!

Oh ya!Albert beritahuku dia pulang awal harini.Mungkin dia sedar aku mabuk.

ah!apa-apa sajalah aku ingin...

tidur sahaja.

"mimpi yang indah,Lya..."

Aneh sekali mimpi ini,aku mendengar bunyi aneh.Sejak dari awal,aku cuma berada di posisi yang sama,di dalam kegelapan yang tak terhingga.

Apakah perasaan ini,tubuhku terasa sejuk sekali..adakah ini kerana aku tidak berpakaian?

Tidak,ini adalah... sejuk ketakutan.

*ring *ring

Aku terjaga setelah  mendengar deringan telefon.Selimut hangat yang mebendung diriku.Bunyi siulan burung di tingkap...sepertinya aku terlambat pergi ke kerja.

"Hm?Pakaianku di lantai,apa ini bermaksud aku telanjang!"
"Albert ini,harusnya dia mengejutkan aku sebelum pergi."

Bunyi deringan noti dari telefon.Pantas aku mencapai telefon yang berada di meja sebelah katilku.Mataku sepertinya masih blur lagi.Pencahayaan telefon membuat mataku terasa sakit,mungkin ini kerana bilik terlalu gelap.

"UGH-"Telefon terjatuh,aku mengosok mataku.Tanpa berfikir aku cuba mencapai telefon yang terjatuh di bawah katil,cuba dan cuba...sepertinya terlalu besar ya ruangan katil ini..haha

Aku akhirnya menjatuhkan badanku.Aku terkejut,kerana terjumpa.. anak patung?Aku mengambil telefon dahulu,terus mengambil anak patung tersebut.Ini kan hadiah pertama Albert beri padaku.Padahal,aku sudah letak di meja bilik ku.Apa kami terlalu 'ekstrem' malam tadi.Sayangnya,mata sebelahnya telah hilang.Hm aku sedih sekali..tapi memang kawasan bawah katil ini besar sekali.

"Boleh muatkan seorang dewasa untuk menyorok di bawah ni"perkataan yang terlintas dalam mindaku.Stalker juga boleh duduk di sini...Memikirkan perkara ini hanya menakutkan diri sendiri.

Baju kemeja putih,bersama seluar slek.Segera aku mengambil blazer.Sudah sampai di pejabat baru aku pakai blezer.Aku pantas keluar dari pintu,bunyi deringan dari pintu bermaksud ia sudah berkunci.

"Kerap sekali aku merasa dingin saat pintu itu berbunyi"

"Maafkan saya,Tuan,kesilapan ini saya tidak akan ulangi lagii"Dengan badanku yang berbonggok memohon maaf,memang orang tua ini bersikap angkuh.

"Engkau ini perempuan,harus menepati masa,bangun awal,apa diri sendiri juga kau tidak mampu urus.Entah bagaimana kau menjadi seorang ibu nanti.Perempuan yang menyedihkan.Pergi kembali ke tempatmu"

Mulut orang tua itu,memang puaka tapi ya, memang salah aku sendiri,jadi abaikan saja kritikan itu.

Aku ini seorang pekerja di dalam pejabat.Kamu tahu syarikat di mana barang yang dijual secara talian,sebaliknya aku ini hanyalah pekerja khidmat pelangaan saja.

Memangnya bukan senang.Apa kau fikir semua di dunia ini senang?Jika berfikiran begitu,teruskanlah hidup di dalam mimpi.Hari ke hari memang aku mendapat panggilan dari pelanggan..cacian,makian.Semua itu aku hadapi hanya di dalam telefon.Memang harusnya aku senyum sambil menjawab soalan yang ditanya secara kasar.Itu la visi syarikat "ceria,dan senyum pada pelanggan".

"Hello,saya Lya dari Lonoa,apa yang saya boleh bantu?"

"Lya.."

Aneh sekali pemanggil ini.Aku kedengaran bunyi nafasnya.Apa ini panggilan dari lelaki miang  lagi.

"a..."

"Maaf,boleh encik ulang apa yang encik ingin katakan?"Patutkah aku meletakkan saja panggilan ini?

"Lya,apa kau ingat aku..Carol?"

Carol...Caro..oh!aku mengingatinya-

"pstt..Lya,boleh kau mengambil panggilan itu,aku terlalu sibuk menyelesaikan masalah pelanggan ini"kata pekerja di sebelahku .

"oh boleh saja,sebentar"

"Maaf ya Carol,aku tidak boleh menawab persoalan itu sekarang,tapi aku boleh menghubungimu semula!berikan nombor kamu."Aku mencatat nombornya di helaian kertas.

Sudah lama aku tidak mendengar khabarnya.Adakah budak itu sudah menjadi kacak dan tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience