Aku mengintai dari tingkap atas.Aku melihat banyak pokok-pokok tinggi mengelilingi rumah ini.Seperti tiada jalan untuk lari.Mungkin hanya jalan di hadapan saja jalan untuk terus ke bandar.Jika aku cuba lari menggunakan jalan itu,stamina aku tidak cukup untuk bertahan.Jika aku cuba lari,mungkin lelaki itu akan melukakan aku.Keadaan aku di rumah ini masih baik,lelaki itu tidak mencederakan aku malahan dia menjaga aku dengan penuh kasih sayang.
Lebih baik aku terus tinggal di sini,sehingga masa yang tepat tiba.*Crack bunyi tangga kayu itu berbunyi.Carol dalam perjalanan ke bilik aku.*knock *knock"Noona kau sudah bangun?"Aku menjatuhkan badan aku ke katil secepat mungkin.Pura-pura baru bangun saja."Ah..ya "Aku balas dengan suara serak.
"Ini,aku mahu berikan ubat sebelum kau makan"Dia membawa dulang.Ada 2 pil ubat di dalam piring kecil dan segelas air."Letak saja di meja itu" Aku tunjuk ke arah meja kecil.
"Aku akan makan sebelum turun"Aku balas dengan senyuman.Dia angguk dan menutupi pintu.Aku melihat ke arah ubat itu.Aku baling pil itu ke luar tingkap.
'Aku tidak yakin ini ubat ini'
Aku turun ke bawah.Carol sedang menunggu di meja makan bersama roti bakar.Sejujurnya,tidak teruk sangat tinggal di sini.Aku tidak perlu masak,tidak perlu kemas,tidak perlu mencuci baju dan hanya tinggal di dalam.Aman juga begini.Maaf ya,Carol aku menggunakan kau.
"Boleh belikan aku sesuatu di bandar?"Aku bertanya sambil mengunyah roti.
"Noona mahukan apa?"Dia bertanyakan bersama senyuman.
"Tuala wanita,aku rasa seperti mahu datang bulan"Aku balas
"Aku beli selepas kita makan"Katanya.
Aku sekarang berseorangan.Aku berjalan di atas lantai kayu yang keras di ruang tamu.Aku berjalan dan aku perasan.Ada lantai yang teksturnya rasa lain.Aku rendahkan badan.Aku mengetuk lantai itu satu per satu dan dengar bunyinya.
*Tap *Tap Bunyi ini normal.Aku terus mengetuk ke tempat yang berbeza.
*Clank aku sudah jumpa.
Aku cuba menarik lantai itu dengan kuku.Aku tarik dengan kuat.Ianya terbuka.Aku menarik nafas.Di dalam itu ada kotak kecil.Bekasnya masih elok,tidak berhabuk.Aku cuba membukannya. "Mmph mmph,ketat sekali bekas ini"
Akhirnya aku berhasil membukannya.Di dalam itu ada....
pisau ukiran?
Aku menekan pisau itu dijari.Ianya masih tajam.Dan bersih sekali.
"Noona.."Aku melihat ke arah pintu utama.
Dia melihat aku membuka kotak itu.Wajahnya berkerut dan baling barang di dalam plastik yang dibawanya.Dia berjalan laju kepadaku.Dia mengambil bekas itu dari tangan aku dengan kuat sekali.Dia menarik rambutku.Terus aku berdiri.Dia menarik tangan aku ke sofa.
"Sudah aku cakap,jangan menyentuhi barang-barang di sini"Dia cakap dengan suara lantang.Aku terdiam dan tergamam.Aku menundukkan wajahku.Rambut aku telah serabai kerana ditarik tadi.
Dia menghembuskan nafas."Maaf,Noona..aku terbawa emosi"Dia merendahkan badannya untuk melihat wajah aku."Aku benar-benar minta maaf.."Dia mengenggam tanganku.
Dia pergi meninggalkan aku dan mengambil salah satu pisau ukiran itu.Bilah yang sehalus kertas.Dia kembali dan duduk disebelah aku.Dia menolak rambut aku yang panjang ke belah kiri.Dia meletakkan pisau itu dibelakang tengkuk aku.Aku dapat merasai,pergerakkan pisau itu.
"Ah"Aku mengerang kesakitan.Aku rasa apa yang dia ukirkan.Ianya garis lurus panjng yang sengit,ada garis lurus yang pendek di bahagian tengah garis senget itu.Aku menutupi mata.Dia mengambil tisu dan lap kesan darah yang mengalir.
"Mengapa kau lakukan perkara ini?"Aku bertanya dengan nada kecil dan ketakutan.
"Ini adalah sumpah kita"Dia menurunkan rambutku dari bahu kanan,melihat ke wajah aku.
"Jika salah seorang daripada kita melanggar sumpah ini,jadi orang itu harus dihukum dengan tanda ini."Dia berbicara.Lalu,dia menghulurkan pisau itu kepadaku."Terus,Noona buat juga garis itu di mana Noona mahu."Dia membuka tangannya.
Aku menarik tangannya.Aku ukir garis lurus yang senget pada tapak tangan kirinya.Darah mengalir keluar dengan banyak.Mungkin aku tekan pisau itu dengan kuat.Dia mengerang sedikit.Mengambil tisu dan menekankan tangan itu."Pendarahan ini akan terhenti"Dia cakap sambil menekan tisu itu.Aku cuma melihat saja tanpa berbalas apa-apa.
Sumpah kita.
Share this novel