Aku melorek buku yang disimpan di dalam laci.
"////" Sudah 3 bulan aku berada disini.Aku merasakan badan ini semakin lemah.Aku berasa was-was dengan apa bakal terjadi padaku jika aku terus berada di sini.
Aku turun dari tangga dan melihat ke arah tingkap utama.Aku melihat ke arah langit.Awan berwarna biru gelap.Hujan akan tiba.Aku teringat pakaian Carol sidai dibelakang rumah.Aku berlari ke dapur untuk menggunakan pintu dapur.Aku cuba memulas."Tolonglah!Aku harap pintu ini tidak berkunci"Aku mohon di dalam hati.
*Clank Pintu itu terbuka.Aku melihat sekeliling.Tiada sesiapa di sini.Carol mungkin tiada di sekitar sini."Aku berjalan perlahan-lahan untuk keluar.Aku menuruni tangga.Aku akhirnya dapat bernafas dengan udara luar.Air mata dingin jatuh ke pipi.Entah sudah berapa lama aku tidak merasai angin luar.Aku berlari ke hadapan rumah.Aku cuba melalui belungkar.Jika aku lalu jalan kereta itu,pasti aku bakal ditangkap!
Aku terus lari dan lari tanpa melihat ke belakang.Rumah itu lama-lama hilang dari pandangan.Aku duduk di batang pokok yang sudah tumbang.Aku mengambil nafas.Mataku meliar melihat keadaan sekeliling.Hujan akan tiba,jika aku teruskan perjalanan,pasti bahaya kerana pohon-pohon tinggi ini akan disambar petir.Aku juga boleh mati kerana itu.Dari pandangan aku,perjalanan ke bandar atau petempatan orang ramai masih jauh kerana hutan ini masih tebal lagi.Terus,lebih baik saja....
"Puas aku mencari kau N-o-o-n-a" Bunyi nada suara yang membuat badan aku terasa seperti ditusuk pisau dengan sangat dalam.
Mata kasar ini tidak menipu,aku melihat apa yang sedang dilihat.Badan Carol dibanjiri darah.Kepalanya penuh dengan darah.Aku mendengar bunyi titisan darah yang jatuh satu per satu.Merinding...aku takut.Carol kelihatan seperti seekor serigala yang cuba untuk membunuhku.Sedikit pergerakkan dan aku mati.Lelaki inikah yng menjaga aku dengan baik?Aku tidak mengecamnya..
Dia memberikan senyuman kepadaku.Kaki aku menjadi lemah,aku terjatuh di atas tanah.Ini ketakutan.Aku tidak boleh kawal,badan aku tidak berhenti mengiggil.
"Ayo kita pulang.."Dia menarik tangan aku.
"..Ke rumah kita"
"Aku sudah kata,jangan lari"Dia menarik bajuku ke atas.Mengambil pisau ukiran itu.Bilah halus itu ditarik.Sakit sekali.Dia mengukir garis yang sama seperti parut aku yang lalu.Dia meletakkan tisu setelah selesai.Dia menurunkan baju yang ditarik tadi.Tangannya di balut pada pinggangku.Aku merasakan tangannya yang hangat.Dagunya diletakkan pada bahuku,aku mendengar keluhannya dan panas nafasnya.
"Aku benar-benar mencintai kau,aku tidak mahu kehilangan kau lagi"Dia meletakkan kepalanya pada bahu aku sambil menghembuskan nafas yang hangat.
Aku tidak berbalas.Dia mengalihkan wajahnya kepada bibirku.Aku menoleh ke arahnya.Matanya yang berwarna hazel itu menatap padaku.Matanya melihat ke arah bibirku dengan lebih mendalam.Aku merasai,bibirnya yang lembut.Hati aku berdebar.Dia meneruskannya dengan lebih lagi.Ciumannya menjadi agresif seperti dia mahu sesuatu daripadaku.
"Janji ya,jangan menipu aku lagi"Dia melepaskan bibirnya bersama nafas yang hangat.Dia menatap aku yang sedang terbaring seperti badan yang kehilangan roh."Ya.."
"Aku berjanji"
Mataku terbuka.Aku merasai tangan memeluk pinggangku.Aku pusing kearah Carol yang sedang tidur.Badannya,banyak sekali parut.Aku memegang dadanya.Aku tidak tahu apa yang dia lalui,tapi parut ini kelihatan sakit sekali."Lelaki ini..pasti ada kena mengena dengan masa laluku,dia sering panggil aku Noona."Aku menyentuhi pipinya.
"Terus aku ini orang bagaimana ya dahulu?"Aku mengalihkan badan ke tengah."Siapakah aku kepada Carol?Apakah yang aku lakukan kepadanya sehinggakan dia mencintai aku?" Aku termenung sambil melihat siling.
Bila difikirkan balik...aku berpusing semula ke arah Carol.Bukankah dia berlumuran darah saat dia menjumpai aku di hutan!Mungkin orang yang tidur disebelah aku adalah
Pembunuh.
Sekarang ini aku harus lari dari sini.Tapi,jika aku lari,dia akan kejar aku seperti binatang mengejar mangsanya.*sigh Usaha itu semuanya akan sia-sia saja.Aku akan cuba cari jalan yang lain.
"Aku masakkan gyeran mari!"Carol meletakkan pinggan di hadapanku.Baunya enak sekali.Aku mengambil chopstik.Masukkan makanan itu ke dalam mulut.Mmmm enak sekali.'Sememangnya Carol ini pandai memasak.'Aku melihat Carol yang menikmati Gyeran mari.Seperti kanak-kanak dia mengunyahnya.Pantas sekali kami cuba melupakan situasi semalam dan cuba untuk lupakannya.
Setelah beberapa kali aku berfikir,aku cuba membuat simulasi.Aku selalu perasan,Carol sentiasa keluar saat waktu petang.Katanya ada kerja di bengkel sebelah rumah ini.Tetapi,dia masih tidak memberikan kebenaran kepada aku untuk keluar.Aku harus memujuknya untuk bawa aku berjalan ke bandar.
Share this novel