past 1

Mystery & Detective Series 486

"Kau tahu Noona,pewangi lilin itu"Carol berbicara

"Aku yang menghantarnya"Aku merendahkan kepalaku.

"Apa yang kau cuba cakap?Bukan mak cik yang hantar kepadaku!?"Air mataku mengalir.

"Kau bicara apa ini?Noona tidak ingat?Mak cik telah lama mati"

Badan aku tersentak.Nafas aku menjadi pendek.

"*Huff ...kau bunuh..wanita..itu?.."Suaraku menjadi serak

"Tidak"Dia menolak badanku ke atas katil.Badannya berada di atas ku.

"Kau yang bunuh dia...Noona"Dia menunding jarinya ke dahiku.

"Apa yang kau mengarut-"bibirnya menyentuhi bibirku.Dia melepaskan bibirnya setelah mengigit bibirku.

"Lihat,sudah aku cakap ubat itu berkesan"Dia tertawa kecil.

"Bunga Rhododendron dan Azaleas,bau yang sering kau hidu melalui lilin pewangi itu"

"Sudah terlalu lama kau menghidunya"Jarinya yang berada dibibirku perlahan-lahan turun ke bahagian perutku.

"Ianya perlahan-lahan menghancurkan usus kau"jarinya diputar bulat pada bahagian perut.

Badan aku menjadi kejung. Carol baring di atas dadaku.

"Begitu juga jantung kau,semakin lama kau menghidunya..semakin perlahan degupan jantung kerana toksik dari bunga itu"

"Ianya juga menyebabkan kau kerap sekali lupa banyak perkara.Maksud aku memori kau menjadi pudar,segala yang telah berlaku perlahan-lahan hilang ibarat abu yang berterbangan ditiup angin"

"Mengapa..kau lakukan ini kepadaku?"Aku bertanya bersama air mata mengalir di pipiku.

"Hm?Supaya kau tidak menjadi agresif..Sudah kau lupa,kau itu pembunuh.

Tidak,kita berdua adalah pembunuh"Dia duduk di atas badanku.

"Tapi situasi kita berbeda,aku lebih terkawal daripada kau Noona"

"Mahu aku menceritakan segalanya daripada awal?hehe"

Musim sejuk[28/12/1999]

"Ayah pasti tidak akan memberi aku menyertainya." Kim Jin-young tingkatan 1.

"Belum tanya lagi sudah putus asa" Bae Eun-Sook tingkatan 4.

"Kutip saja batu ini,harini salji tidak turun"Noona mengutip batu di tepi sungai sementara aku berdiri seperti patung kerana malu dengan diri sendiri.

"Batu ini cantik juga"Dia tunjukkan aku batu sungai dengan corak yang unik.

"Ya,bagus juga untuk mengukir tembikar"Aku balas sementara cuba mencari batu untuk menghilangkan kesedihan.

"Semuanya sudah lengkap,ayuh kita pulang."Dia berjalan dan menarik tanganku.

"Aku hantar kau ya,jae-un!"

[jae-un =budak kecil}

"Sudah aku cakap,jangan panggil aku begitu Noona!"Aku menjadi malu.Kami berjalan bersama.

Aku gembira pada saat itu.Aku berharap masa berhenti saja.

"Selamat tinggal Eun-Sook!"Noona melambai setelah aku sampai ke rumah.

"Nanti aku akan cuba berbicara dengan bapa kau,jadi usahlah terlalu risau!"Dia berbisik ke telingaku.Telingaku terasa panas sekali,terlalu merah.Mungkin kerana musim sejuk..

"Ibu,aku sudah pulang"Aku,Bae Eun-Sook memasuki rumah.Ianya tidak terlalu besar.Muat saja untuk aku bersama ibu tinggal.Aku membuka scarf yang dililit di leher.

Aku melihat seorang lelaki keluar dari dapur."Oh,sudah pulang ya,Eun-Sook"ianya bapa Jin-young.

"Pak cik buat apa di sini?"Aku bertanya.

"Aku ada urusan dengan ibu mu"Dia tertawa kecil.

Aku melihat ke bilik ibu.

"Anak lelaki akusudah pulang?"Dia tanya tentang Jin-young.

"Sudah,aku menghantarnya tadi"Aku balas.

"Bagus"Dia menepuk bahuku.

"Pak cik?"

"ya?"

"Ku mohon..jangan terlalu keras dengan Jin-Young"Aku cakap dengan melihat ke dalam matanya.

"haha..tentu saja.Bapa mana yang menyakiti anaknya sendiri."Dia tertawa.Pak cik itu keluar dari rumah.

"Ibu?"Aku menolak pintu biliknya dengan perlahan.Aku melihat ibu menangis.Biliknya bersepah sekali.

Aku mengangkat barang yang jatuh.Aku berjalan memeluk ibu."Semuanya akan baik-baik saja selepas ini"Aku bisik ke telinga ibu.

Jam 12.00 malam

Aku berada di dalam kandang ayam.Ruangan di sini besar kerana dicampur bersama tempat simpanan makanan untuk lembu.Aku terbaring di atas rumput yang sudah diikat.Ianya makanan untuk lembu tapi selesa juga baring di sini.Aku mendengar pintu kandang dibuka.

Aku berdiri dengan nada teruja."Pak cik sudah sampai"

"Maaf aku terlambat"Pak cik memasuki ke dalam kandang.

"Maaf memanggil pak cik pada waktu lewat begini,hehe"Aku menggaru kepala.

"Tidak mengapa.Jadi,apa yang kau mahu bertanyakan?"

"Ya,ini dia"Aku menunjukkan poster.

Ianya poster berkaitan pertandingan mengukir tembikar.Pihak sekolah mengajurkan dan hadiahnya lumayan sekali!Boleh mendapat wang banyak!.

"Jadi urmm aku ingin bertanyakan jika,Jin-young boleh sertai"Aku memutarkan jari.

"Jin-young itu berbakat!Kami berdua jagoh dalam ukiran-"

"Pak cik?"

"......."

"...Apa yang pak cik renungkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience