5

Mystery & Detective Series 486

Nyaris saja ditangkap.

"Hm?Rumah aku bersih sekali?Padahal semalam bersepah?"Aku mengosok rambut panjang dengan tuala.Aku menutupi pintu bilik dan terus ke dapur.Aku melihat semuanya di susun atur.

"Harus aku menelefon mak cik..mungkin dia singgah ke sini sebelum ke klinik"Aku mengambil telefon dan mencari nama mak cik di aplikasi call.Aku hubungi mak cik.

*beep *beep aku kertak gigi.

"Hello?Lya?"Aku mengambil nafas lega.

"Hello,mak cik..mujur kamu angkat"

"Ya?ada apa-apa berlaku?"Mak cik bertanya dengan nada risau.

"Tidak,aku ingin bertanya..mak cik ada singgah ke rumah saya sebelum ke klinik?"
"huh?Aku terus ke bandar,aku tidak mahu menganggu kau tidur"Jantung aku seolah-olah gugur.

"Mengapa kau bertanya"

"T-tidak aku cuma..aku cuma teringin berjumpa mak cik"aku tidak mahu dia risau.

"Apa kau masih kecil,hari-hari saja kita boleh berbual di atas talian"

"Y..ya haha aku letak dahulu!"Aku mengucapkan selamat tinggal.

..INI GILA..PASTI ADA SESEORANG TINGGAL DI RUMAH INI!Aku tidak berbicara kuat.Mungkin ada kamera di dalam rumah ini.Mungkin aku sedang diperhatikan.Tarik nafas dalam-dalam Lya.Bertenang.

"Pertama sekali,lihat cctz di luar"Aku mengambil coat dan memakaiannya untuk menutupi bahu.Aku keluar bersama telefon di tanganku.

*klank pintu di tutup.

Aku sudah tertangkap

"Selamat pagi,Pak cik boleh saya melihat CCTZ blok D"Aku bertanyakan  kepada pengawal keselamatan di kaunter blok utama.

"Sebentar ya.."Pak cik itu mengetepikan akhbar yang dibacanya.Halaman hadapan bertuliskan "Pembunuhan bersiri semakin meliar,'Death angel' sang anti-hero yang masih diburu."

"Maaf ya cik,tapi..."Bodoh kau bicara apa?jangan bergurau ini situasi serius.

"Kamera ini telah rosak 4 bulan yang lalu"Dia menunjukkan rakaman hitam.

Memang ini tidak dapat membantu aku.

"Boleh encik tunjukkan saya rakaman terakhir"Aku berkata dengan nada serius.

"Jika anda bernasib baik mungkin...saya boleh tunjukkan..."Tangannya mengetik mouse.

"Ya ini dia"Aku mendekatkan mataku ke skrin.

Seorang budak membalingkan arrow dart ke arah CCTV.Anak ini...YA ANAK DARI JIRAN SEBELAH RUMAH!AKU HARUS BERJUMPA DENGANNYA!

"Oh ya,kau jangan bekerja bergoyang kaki pak cik,pastikan kau betulkan kamera itu secepat yang mungkin"Aku memberi pandangan yang dingin.

"Anak itu-"

"Tugas seorang pengawal menjaga keselamatan penduduk,jadi jangan marah anak itu kerana merosakkannya,sebelum aku melaporkan kepada pihak atasan untuk memecat kau"Aku pergi meninggalkan blok utama.

*Ding *Dong

"Hello puan,Saya jiran sebelah ingin bertanya boleh anda keluar sekejap"

"Ya..memang anak saya suka main dart,tapi saya tidak mengetahui pula dia baling ke arah CCTZ"

"Ya,tidak mengapa,saya cuma ingin berbicara dengan anak anda sebentar"

"Oh,baiklah,Andy kemari..akak sebelah ingin bertemu dengan kamu"

"Ya,ibu!"Seorang kanak datang dari biliknya.

"Adik,aku ingin bertanya,siapa ajar kamu bermain dart?"Aku memegang kedua bahunya.

"Oh,ada seorang lelaki ajar aku bermain!Saat itu aku bermain di luar blok,akak tahu..lelaki itu baik sekali!"

Ini membantu untuk siasatan aku!

"Dia mengajar aku melontar  dart dengan tepat!Hebat sekali abang itu!"Dia berkata dengan nada teruja.

"Dia kata,dia tinggal di sebelah rumah aku!"Bermaksud di rumah aku

"Lalu mengapa kau melontarkan arrow nya di CCTV"Muka aku menjadi ketat.

"Itu..."Dia memandang ke tepi

Aku menghentak bahunya.

"Siapa menyuruhi kau melontarkan di situ"aku melihat ke matanya.

"Abang yang mengajari aku..."dia berkata dengan nada kecil.

Jantung aku gugur.

"Sudah ibu bilang,jangan berkenal dengan orang yang tidak dikenali"Ibu mencubit pipi Andy

"Abang itu memberi aku cookies,jadi aku ikut saja perintahnya"kata andy.

"Maaf ya,Lya..anak aku ini menyusahkan kamu saja"

"Oh ya,akak!Abang itu juga kata dia adalah teman lelaki mu"Andy kata dengan nada teruja.

"Apa kau ingat wajahnya!"Aku bertanya sambil mengenggam tanganya.

"Dia..tampan..ermm tinggi seperti ibu..ahhh..dia ada tahi lalat di lehernya!"

Tak guna,ianya Carol..

"Ya,pagi tadi semasa subuh,aku juga melihat seorang lelaki keluar dari rumah kamu,mak cik sedang mencuci pingan ketika Andy masih tidur"Ibu Andy berkata bersama senyuman.

"Dia kelihatan gembira sekali,kamu berdua pasti berseronok ya hehe"beliau tertawa kecil

"Berseronok..apa maksud ibu?"

"Diam,kamu masih muda lagi untuk mengetahuinya"Dia cepuk kepala Andy.

"Haha"Aku tertawa kecil.Namun semuanya telah terbongkar.

Aku semakin takut ingin duduk di rumah.Soalnya,aku belum menghubungi Carol lagi harini.Semakin difikir entah apa yang dilakukan oleh Carol kepada badanku.Aku memeluk badanku dengan erat.Aku takut mungkin ini kerana perkara lalu..

di mana kami berdua saja tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience