"Adakan kau mengingatinya,Carol?"Aku menunjukkan gambar polaroid yang dijumpai di dalam stor bersama barangan membuat tembikar.
"Oh,ini...kita bersama-sama menyertai pertandingan mengukir tembikar"Balas Carol.
"Kita menang saat itu,kau dan aku.."Dia menunding jarinya ke pipiku dengan tangan halusnya.Sejuk sekali tangannya.
"Kita berdua jagoh dalam menggunakan pisau,sememangnya kombinasi dan chemistry kita bagus menyebabkan ukiran tembikar itu membuat kita menang"Carol balas bersama senyuman.Tapi matanya kelihatan menggerikan.
"Lalu apa terjadi kepada tembikar itu?"Aku bertanyakan.
"Ianya pecah,aku tidak sengaja jatuhkannya saat ingin menyerahankannya kepada guru"
"...Sayang sekali"
Carol meletakkan tangannya pada rambutku.Membelai halus bersama jari-jarinya."Tidak mengapa,Noona..ianya telah berlalu"Bisiknya.
"Sekarang ini,lebih baik kita buang peralatan itu,sudah terlalu lama...mungkin tanah liat yang kau simpan itu telah lama mengeras"Carol berdiri sambil merengangkan badan.
"Jika itu kemahuan kau,aku patuhi saja"Balasku.
'Aku lega kerana kau sudah mula melupakan segalanya secara perlahan-lahan,ubat itu sudah berkesan.'
Setelah aku mengasingkan barangan yang ingin dibuang,Carol membantu menangkatnya ke pusat sampah kerana barang yang terlalu banyak.Ada sesetengah pakaian yang boleh dipakai,aku menyuruhi Carol untuk beri saja kepada pusat pungutan baju terpakai.
Setelah itu,Carol katanya ada urusan.Aku berterima kasih dan mengucapakan selamat tinggal kepadanya sebelum beliau pergi.Dia melambai kepada aku sambil berjalan ke keretanya.
Malam datang setelah matahari tenggelam.Aku berjalan ke pasar malam untuk mengambil angin.Aku terlihat kawasan sunyi di simpang jalan.Aku makan Gamjajeon yang telah aku beli tadi.Aku berjalan ke jalan sunyi itu bersama Gamjajeon di tangan aku.Aku melihat jam di tangan."Sudah 1.30 pagi"Aku kembali jalan di lorong itu.Jalannya agak terbelit.Aku memasuki saja lorong yang aku ingin.
Jika sesat,sesat sajalah.Aku tidak risau akan hal itu.Tiba-tiba aku tiba di kawasan yang berderang dengan lampu.Aku mengunyah Gamjajeon yang terakhir.Aku berjalan memasuki kawasan berlampu itu.
Ianya terlalu banyak lelaki.Banyak kenderaan parkin di tepi lorong.Tempat ini seolah-olah tempat tersembunyi."Hai gadis manis,ini dia tolong ambil ya."Seorang wanita berpakaian ketat bersama bau yang sangat wangi memberikan aku risalah.Aku membaca risalah itu.
'3 jam untuk merasakan erti syurga,hanya xxxxx won sahaja'
....Lah,Ini tempat pelacur.
Pemberi risalah itu memberi tawaran kepada aku untuk menjadi pelacur.Lumayan juga jika sehari.Aku meneliti risalah itu.Aku menyimpan risalah itu di dalam beg.Aku berjalan di tempat pejalan kaki.Saat mataku meliar melihat kedai di sana, sebuah kedai menarik perhatianku.
Ianya sebuah kedai terbuka..apa yang aku cuba maksudkannya adalah kaca yang menutupi dalaman kedai ini,tiada dinding.Ramai wanita berdiri di hadapan kedai itu ibarat mereka itu patung sambil mempamer gaya yang seksi untuk menarik pelanggan.Mereka berdiri bersama pakaian yang ketat dan rupa yang sangat menawan.Kesemuannya tersenyum ibarat ada pisau dibelakang mereka..senyuman yang dipaksa.Aku tertanya jika mereka ini dipaksa...atau suka rela.Jika salah seorang mereka hilang,pasti tiada siapa yang kisah..kerana orang beranggapan mereka ini tiada harga diri.Mungkin tempat ini juga pasti tidak berdaftar kerana beroperasi pada tempat yang tertutup dan hanya buka pada tengah malam.
Aku sambung berjalan tiba-tiba ada seseorang berpaut padaku lututku."UNNIE TOLONG AKU"seorang gadis.Pakaian yang begitu ketat dan skirt yang pendek.Bibirnya...lipsticknya sudah comot.Dia merayu kepada aku."*hiks...tolong..bantu aku,ah *hiks "Dia berpaut pada aku seakan seekor anak kucing yang menggigil ketakutan.
"Hei,aku cuma merasai kau,kau sudah terus mahu lari"Seorang lelaki,kacamata.Anggaran 30-an.Bibirnya ada kesan lipstick,tali pinggangnya sudah terbuka.Gadis itu lagi peluk aku dengan erat."Hei,ayo kembali ke dalam"Lelaki itu datang dan ingin menarik rambut gadis yang berpaut padaku.
"hei,sialan"aku bersuara."Adakah kau buta?Aku telah menyewa wanita ini"Aku memegang pinggangnya dengan lebih erat."Apa kau yang bicara ini haa?!"Dia ingin melemparkan tangannya.
"Seorang lelaki,berpakaian suit,sudah memakai cincin"Aku cakap sambil meneliti lelaki ini."Kau sudah berkahwin ya?cincin kau di jari manis"
"Dasar sialan tidak tahu malu,sudah berkahwin malahan ingin memuaskan nafsu bersama gadis ini"Aku bercakap dengan lantang."Atau kau tidak begitu cukup bagus untuk memuaskan nafsu isteri kamu sendiri sehingga mempergunakan gadis ini?Mmm tak malu"Orang ramai memberi perhatian kepada kami.Ya,teruskan rasa malu.Dia terdiam.
"Aku sudah bayar untuk mengambil gadis ini,terus mengapa engkau memaksa aku untuk menyerahkannya"Aku bercakap dengan lebih lantang lagi.Orang ramai sudah mula bercakap tentang lelaki itu."Dasar sundal"Dia meninggalkan aku bersama gadis ini.
Pasti saja tempat seperti ini tiada resit,jika dia mahu cop yang aku mencuri gadis ini,dia tetap tiada bukti."Sudah selesai,adik"Aku melepaskan tangan dari pinggangnya.Dia melonggarkan pelukkan.Melihat ke wajah aku.
Air mata jatuh dari pipinya.Kelihatan..kasihan sekali."Terima kasih...terima kasih sangat-sangat unnie"Dia tunduk sambil melutut,air matanya jatuh lebih banyak."Jangan melututp padaku,adik"Aku menyapu wajahnya.
*hiks "Lihat,make up kau terus cair"Mascaranya sudah hancur akibat air mata itu.Aku melihat sekeliling.Orang ramai masih ada,ada banyak aksi tidaksenonoh.Aku harus bawanya jauh dari sini.Aku menariknya ke tempat yang lebih sunyi.
Aku mengeluarkan tisu dari beg.Dia duduk di atas kerusi,lap air matanya."Aku sudah membawa kau lari,terus pergi saja ke rumah kau"Aku berkata sambil lap air matanya.Mata aku melihat ke bawah.Lutunya terlalu menonjol kerana pakaian yang terlalu pendek.Aku menanggalkan coat aku."Adik berdiri dahulu,sini pakai coat aku,pasti kau sejuk"Dia berdiri dan menyarungkancoat itu.
Aku..tiada tempat tinggal"Dia berkata dengan suara kecilnya.Aku tersentak"Terus di mana kau tinggal selama ini?"Aku bertanyakan dengan lembut."Aku lari dari rumah...bapa aku pemabuk mama pula selalu menjadi mangsa pukul" "Akhirnya,mama juga sudah mula berlakuan seperti papa,dia terus memukul aku sehingga mama tersedar apa yang dia lakukan terhadap aku..dia menyuruhi aku meninggalkan rumah"Dia berkata bersama nada yang sedih
"Bagaimana kau boleh berada di sini?"Aku bertanya."...Aku mendapat tawaran kerja,saat aku membaca risalah ianya tertera yang aku hanya perlu berkerja sebagai pelayan..terus aku menerimanya" "tiba-tiba saat aku tiba di lokasi di mana kami seharusnya kami berjumpa,aku dibawa ke dalam van...sedar-sedar aku berada di sini,aku benar-benar takut" "Ada seorang wanita ini.. dia tegas sekali,dia menyuruhi aku memakai pakaian ini,terus menarik aku ke bilik" "Bila aku tiba di dalam bilik,lelaki tadi menarik aku ke atas katil..aku takut sekali"Tangannya menggigil.
"Sudah,jangan paksa diri kau untuk cerita hal itu"Aku gengam tangannya.Aku memeluknya supaya dia bertenang."Umur kau berapa?"Aku bertanya di telinganya."enam belas...16 tahun,unnie"Dia balas."Boleh aku tahu nombor siapa yang kau dail saat mendapat tawaran kerja ini"Aku bertanyakan sambil senyum
"Y..yaa,ianya ada tertera di dalam risalah itu,nombor yang paling pertama"
"baiklah..
..Terima kasih"
Share this novel