Bab 7

True Story Series 4563

Nadia meletakkan cawan berisi teh tarik suam di atas meja kafetaria itu. Petang itu, tiba-tiba tekaknya teringin nak minum teh tarik. Kelasnya pula sudah berakhir sejak jam 3 petang tadi lagi.

Nadia mengerling jam tangannya. Sekarang sudah jam 3:45 petang. Jam 4 nanti dia berniat hendak gerak balik ke asrama. Nadia menghirup teh tariknya. Sedap ditambah pula cuaca sedikit mendung.

Pejam celik sudah 2 bulan Nadia menuntut ilmu di situ. Banyak perkara baru yang dia pelajari. Walaupun pada awalnya agak sukar juga dia menyesuaikan diri belajar di situ tetapi lama kelamaan dia sudah biasa.

Nadia membuka telefonnya. Keluhan kecil keluar. Hampa hatinya tatkala dia tidak melihat notifikasi daripada Azmi. Memang sudah hampir seminggu mereka tidak berhubung. Mungkin disebabkan kesibukan masing-masing. Nadia sibuk dengan kelasnya, Azmi pula sibuk dengan kerjanya.

Ada kalanya Nadia overthinking juga. Risau sekiranya Azmi mungkin ada orang lain. Maklumlah mereka kini kan bercinta jarak jauh, jadi perkara begitu mungkin boleh terjadi.

Namun dalam masa yang sama, Nadia yakin Azmi takkan berbuat begitu. Dia tahu Azmi setia. Andai kata Azmi tidak setia pun, tak apalah, bukan jodoh mereka agaknya.

"Ha tulah kerja kau, melamun dan melanguk jerr". Tiba-tiba suara Hafiz kedengaran. Dia berjalan menghampiri meja Nadia dan mengambil tempat di hadapan Nadia. Nadia pula sekadar menjelingkan matanya ke arah Hafiz.

"Memang tak reti bagi salam ek?". Sindir Nadia. " Assalamualaikum Cik Nadia, bolehkah tuan hamba duduk di sini?". Balas Hafiz sambil diiringi tawanya. "Waalaikumusalam. Eh kau jangan poyo boleh tak? Kau nak apa?". Soal Nadia bengang.

"Laa takkan aku duduk sini tak boleh? Ni tempat umum kot". Jawab Hafiz selamba. " Memanglah tempat umum, tapi punyalah banyak tempat kat sini, kenapa depan aku juga kau nak duduk?".

"Sini dekat". Jawab Hafiz. Nadia mengerutkan dahinya. "Dekat mana?". Soal Nadia bingung. "Haihh lembablah kau ni". Balas Hafiz. Nadia menjeling lagi. Menyampah betul layan Hafiz ni.

"Aku nak tanya ni". Tiba-tiba nada suara Hafiz bertukar serius. "Apa dia?". Soal Nadia. Matanya tidak memandang Hafiz pun sebaliknya ke arah telefonnya sahaja.

"Azmi sekarang macam mana? Lepas habis sekolah tu aku ada try contact dia tapi dia selalu tak mesej aku. Aku pun tak faham asal dengan dia tu". Terang Hafiz. " Korang lost contact ke macam mana?". Soal Nadia lagi. Pelik juga sebabnya Hafiz dan Azmi memang rapat semasa sekolah dulu.

"Bukan. Just bila aku mesej tu dia selalu cakap dia busy. Kadang reply lambat. Yelah aku sajalah nak tahu dia masih kerja ke sekarang or dia belajar mana-mana ke?". Soal Hafiz.

"Dia kerja lagi. Dia kata dia tak nak sambung belajar. Aku pun tak tahu asal dia tak nak sambung belajar tu. Bila aku tanya, katanya ada sebab" Jelas Nadia. "Pelik. Sebab dulu sebelum SPM dia yang beria-ria nak masuk U, tup tup tak jadi". Luah Hafiz pula.

"Itulah kan. Aku pun pelik jugak. Tapi aku yakin dia mesti ada sebab tersendiri. Tapi aku sentiasa harap dia nak sambung belajar nanti". Jawab Nadia. "Aku pun harap macam tu". Jawab Hafiz pula.

"By the way, kau masih dengan dia kan?". Soal Hafiz lagi. "Masih. Tapi sama kes macam kau, jarang contact". Jawab Nadia lemah. Hampa bila mengenangkan Azmi. "Seriouslah weh. Korang ni kapal kot, takkan tak pernah contact". Soal Hafiz bingung.

"Contact je just lately ni jarang sikit. Fahamlah masing-masing busy kan. Aku okey jer". Jawab Nadia. "Kau serious kau okey? Perempuan ni biasanya cakap je okey tapi actually not okey". Soal Hafiz lagi.

"Betullah. Aku ni seorang yang memahami tau. Of course aku akan sentiasa faham dengan Azmi dan orang sekeliling aku". Jawab Nadia denga muka bangganya.

"Ye ye kau jelah memahami. Macamlah aku tak tahu kau dah overthinking kan sebenarnya? Satu je aku nak pesan, jangan overthinking. Azmi tu baik. Tak pandang perempuan lain punya". Jawab Hafiz yang seolah-olah tahu isi hati Nadia.

Nadia diam sejenak cuba untuk menghadam kata-kata Hafiz sebentar tadi. Ada betulnya juga kata Hafiz itu.

"Fine! Kau asal tak balik lagi eh? Bukan dah habis class ke?". Soal Nadia menukar topik perbualan. "Memang dah habis pun. Sajalah tadi aku nak meronda jap. Kau pun asal tak balik lagi?". Soal Hafiz pula.

"Aku craving teh tarik tetiba, tu yang singgah sekejap. Jap lagi nak baliklah ni". Jawab Nadia lantas teh tarik dihirup lagi.

Secara tiba-tiba hujan turun. Nadia mengeluh lagi. Macam manalah dia nak balik ni. Tulah ikit sangat rasa craving tu haih!

"Aduhh hujan pulak. Kau ada payung tak?". Soal Hafiz. Dia juga kelihatan risau. "Lupa bawak. Biasa ada je dalam beg ni. Haih nasib". Jawab Nadia pasrah. Terpaksalah dia tunggu sampai hujan reda ni.

"Takpe jap". Ujar Hafiz lantas dia bangun dan menuju ke tempat membeli makanan di mana ada seorang pekerja kafetaria berada di situ.

Hafiz datang semula kepada Nadia bersama dua kaki payung. Satu dihulurkan kepada Nadia. "Nah ambiklah. Dah cepat balik sana. Nanti lagi lebat, susah pulak". Arah Hafiz. Nadia mengambil payung tersebut.

"Tapi jangan lupa pulangkan. Jangan buat harta sendiri pulak". Sempat lagi Hafiz mengingatkan Nadia. Nadia sudah mencebik. "Ya tahulah! Thank you untuk payung ni, aku balik dulu". Pamit Nadia lantas dia bangun dari tempat duduknya dan keluar dari kafetaria. Nasib hujan belum begitu lebat, jadi payung itu sudah memadai untuk tidak membuatnya kebasahan.

Begitu juga dengan Hafiz yang segera melangkahkan kakinya menuju ke asramanya. Kawasan kafetaria juga semakin lenggang. Kebanyakan pelajar sudah berada di asrama masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience