Bab 15

True Story Series 4563

Nadia dan Hafiz berjalan beriringan keluar dari kafetaria. Sesekali sepanjang jalan, mereka ada bergelak tawa.

Jujur Nadia tidak mempunyai ramai kawan di universiti ini. Dia hanya rapat dengan beberapa orang classmatenya termasuklah Hafiz.

Peperiksaaan akhir semester sudah semakin menghampiri. Jadi kebanyakkan pelajar mulai study habis-habisan termasuklah Nadia dan Hafiz. Mereka berdua sering meluangkan masa untuk belajar bersama.

Sejak detik Hafiz memberi hadiah kepada Nadia sebagai tanda perdamaian, mereka semakin rapat. Bolehlah dikatakan mereka selalu juga bersama kemana pun. Walaupun ada acara khas universiti, mereka bersama-sama terlibat.

Bagi Nadia, Hafiz itu baik. Hafiz selalu ada untuknya ketika Nadia dalam masalah. Hafiz juga selalu menjadi pendengar setia, memberi nasihat kepadanya tanpa jemu. Jujur Nadia selesa sangat berada dekat dengan Hafiz.

Walaupun begitu, Azmi tetap tidak dilupakan. Walaupun sekarang mereka jarang berkomunikasi apatah lagi berjumpa, tetapi rasa sayang Nadia terhadap Azmi masih lagi tinggi.

"Thank you teman aku balik". Ucap Nadia ketika mereka berdua sudah sampai di lobi asrama. Hafiz hanya tersenyum sahaja sambil memandang Nadia.

"Goodluck esok. Do the best k". Ucap Hafiz pula. Esok Nadia akan menduduki peperiksaan akhir semesternya. Berdebar itu sudah pasti. Tapi dia yakin dia boleh lakukan yang terbaik memamdangkan dia juga sudah membuat persediaan awal.

"Thank you. You too". Balas Nadia pula. "Okeylah aku balik dulu". Pamit Nadia. "Nad..". Belum sempat Nadia berjalan, Hafiz telah menahannya. Nadia sekadar mengangkat keningnya.

"Aku nak tanya sikit ni". Soal Hafiz bernada serius. "Apa?". Soal Nadia. "Kau still okey kan dengan...".

"Azmi?". Potong Nadia. Dia sudah boleh mengagak apa butir bicara yang akan keluar dari mulut Hafiz.

"Hafiz, sekarang ni aku nak tanya something dengan kau". Kini giliran Nadia pula bertanya tanpa menjawab persoalan Hafiz tadi. "Aku pelik, kenapa kau selalu tanya about aku dengan Azmi? Bukan ke rumah korang tu dekat je, tak silap aku lah kan?".

"Bukanlah dekat sangat tapi bolehlah dikatakan dekat. Aku beza blok dengan dia. Dia duduk blok A aku block D. Jauh kan?". Jelas Hafiz. "Whatever. Just aku pelik je. Kau tak pernah jumpa Azmi ke? Or..you know something?". Soal Nadia dengan nada meleret.

"Tau apa? Aku memang tak pernah jumpa dia pun. Aku bukan rajin nak datang rumah dia segala". Jawab Hafiz lagi. Rasa seriau apabila Nadia tiba-tiba bertanya begitu.

"Nad..kau janganlah risau. Azmi tu okey-okey je. Okeylah aku balik dulu ye. Kau pun balik tau". Ujar Hafiz. Nadia memandang wajah Hafiz lantas dia pun berlalu pergi dari situ menuju ke asramanya.

Dalam perjalanannya, dia tertanya juga motif Hafiz selalu bertanya begitu kepadanya. Mungkin Hafiz itu jenis simpati dan suka mendengar masalah orang tapi kalau dah terlalu kerap, rimas juga dibuatnya.

Memang dia dan Hafiz sekarang sedikit renggang. Jarang telefon, mahupun chat. Adakalanya dia overthinking tapi dia diamkan saja. Dia yakin, Azmi baik-baik sahaja di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience