Bab 8

True Story Series 4448

Peperiksaan semester satu telah pun tamat. Di biliknya Nadia sibuk mengemas barangnya untuk dibawa balik. Akhirnya setelah hampir 6 bulan barulah Nadia dapat balik ke kediamannya. Rindu sangat kepada abah dan mamanya.

"Nad, awak balik naik apa?". Soal Farah sambil melabuhkan punggungnya di atas katilnya. "Abah dengan mama saya jemput. Awak pula naik apa?". Soal Nadia pula sambil khusyuk memasukkan barangan peribadinya ke dalam beg galasnya.

"Ayah saya jemput. Okeylah Nad, ni ayah saya dah sampai dekat bawah. Awak jaga diri, jumpa naik sem nanti. Assalamualaikum". Pamit Farah sambil tersenyum. Dia lantas mengangkat beg bajunya dan keluar dari bilik mereka.

"Waalaikumusalam. Awak pun hati-hati". Jawab Nadia. Dia melihat telefonnya. Ada satu mesej daripada mamanya.

'Mama dengan abah dah sampai ni. Mana Nadia?'

'Okeyy Nad turun'

Nadia juga pantas mengangkat beg galasnya. Dia juga menutup bilik mereka dan menguncinya. Memang hanya dia dan Farah sahaja yang tinggal di bilik tersebut. Kedua-duanya juga memegang kunci bilik tersebut.

Tiba-tiba sedang Nadia jalan menuju ke tempat menunggu, Hafiz juga berjalan menghampirinya. "Nad, tunggu jap". Tegur Hafiz. Nadia mengerutkan dahinya. Bingung juga kenapa Hafiz menyuruhnya berhenti.

"Nah". Kata Hafiz sambil tangannya menghulur sebuah beg kertas berona ungu cair itu. Nadia hanya memandang beg itu. "Apa ni?". Soalnya.

"Ambik jelah. Tapi..buka ni bila dah sampai rumah nanti. Okeylah, kau balik hati-hati. Ujar Hafiz sambil menyerahkan beg tadi kemudian berlalu pergi. Nadia memandang sepi sahaja beg yang sudah bertukar tangan itu. Dia sempat menghantar kelibat Hafiz dengan pandangan matanya.

Nadia mengangkat bahunya lantas dia menyambung perjalanannya menuju ke kereta abahnya. Sesampainya di sana, dia lantas memeluk Puan Rahimah. Akhirnya dapat jua dia meluahkan kerinduan kepada mamanya itu.

"Rindunya dengan mama. Mama sihat?". Soal Nadia. Dia juga tidak lupa menyalami tangan mama dan abahnya. "Sihat je. Mama dengan abah pun rindu dah dengan Nad. Selalu video call je, tak puas kan". Jawab Puan Rahimah sambil tersenyum.

"Itulah. Jomlah balik ma, abah. Nad pun rindu sangat dengan rumah tu dah hahaha". Ujar Nadia diiringi tawa. "Jom-jom". Jawab Encik Zainal sambil membuka bonet keretanya untuk menyimpan beg galas anaknya itu.

Sepanjang perjalanan ada sahaja cerita yang dikongsi oleh mereka bertiga. Sesekali mereka ada juga ketawa. Sambil berbual, Nadia asyik memeriksa telefon bimbitnya. Kot-kot ada mesej daripada Azmi. Namun hampa, kerana belum ada juga mesej daripada Azmi.

Setelah menempuh perjalanan hampir 5 jam, akhirnya mereka tiba juga di rumah. Sebelum balik tadi mereka juga sempat menjamu selera di restoran. Katanya Puan Rahimah belum masak lagi.

Sampai sahaja Nadia terus masuk ke biliknya. Dia terus baring di atas katilnya. Rindu dengan biliknya. Nadia mengambil semula telefonnya yang dicampak di sebelahnya tadi.

Kali terakhir dia mesej Azmi dua hari lepas. Nadia mengeluh lagi. Nampaknya dia kena mula dulu. Nama Azmi dicari dan didail. Lama dia menunggu panggilannya diangkat, namun hampa lagi sekali kerana tidak berjawab.

Hatinya mulai tidak sedap. Dia risau ada apa-apa jadi kepada Azmi. Lagi sekali dia mencuba memanggil Azmi. Lama juga dia menunggu. Akhirnya panggilannya dijawab juga.

"Assalamualaikum, awak. Kenapa saya call tadi awak tak angkat?". Nadia terus bertanya. Rasa ingin tahunya tinggi sekarang ini. "Waalaikumusalam. Sorry saya banyak kerja sekarang ni. Jap lagi kalau saya free saya call awak balik eh. Bye". Belum sempat Nadia menjawab panggilan sudah ditutup. Terkedu sekejap Nadia dibuatnya.

Nampaknya Nadia sudah menganggu Azmi pada masa yang salah. Takpelah, dia faham dan akan selalu faham dengan Azmi. Dia tahu Azmi sibuk dan penat bekerja. Apalah sangat nak dibanding dengan dia yang masih belajar ni kan.

Nadia terpandang beg kertas pemberian Hafiz tadi. Lantas tanpa membuang masa, dia mengambil beg tersebut dan mengeluarkan isinya. Ada sehelai tudung bawal di dalamnya. Tudung bawal bercorak floral berona ungu cair. Cantik juga.

Tapi dalam masa yang sama Nadia pelik juga. Apa motif Hafiz memberinya ini? Sedangkan memang sejak dulu lagi, mereka berdua bukannya rapat. Jarang bertegur. Kalau bertegur punesti gaduh. Tambah pula Hafiz itu kawan baik Azmi.

Nadia memasukkan kembali tudung tersebut. Sekarang dia perlu mengemas barangannya terlebih dahulu. Dia tidak boleh berlama-lama dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience