Bab 3

True Story Series 4563

Azmi menutup pintu biliknya. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 10 malam. Beginilah rutinnya hampir setiap hari. Dia akan bertolak ke tempat kerja seawal jam 9 pagi dan akan balik ke rumah apabila jam sudah 10 malam.

Penat? Itu sudah pasti.

Azmi meletakkan kunci motornya di atas meja belajarnya lantas dia baring di atas tilamnya. Terasa lenguh badannya. Tambah pula sudah seminggu ini dia tak dapat cuti disebabkam kekurangan staf.

Azmi merenung siling putih di biliknya. Tiba-tiba dia teringat Nadia. Sudah hampir seminggu juga dia tidak telefon Nadia seperti kebiasaaanya. Nadia pun sama, tidak pernah menelefonnya. Ada hari itu dia mesej Nadia, tapi pelik kerana Nadia hanya membalas sepatah demi sepatah sahaja. Gaya macam orang merajuk.

Dia terfikir mungkin Nadia ada masalah jadi sebab itu dia bersikap begitu.

"Saya tak kira, saya tetap nak awak ceraikan saya!". Azmi mendengar suara ibunya itu sepertinya sedang bergaduh dengan ayahnya. " Kau nak aku ceraikan aku sebab kau nak menggatal dengan jantan tu kan?". Kini giliran ayahnya pula bersuara.

Azmi mengeluh, nampaknya malam ini terjadi lagi.

"Dia tak ada kena mengena dalam hal ni. Saya nak awak ceraikan saya sebab saya dah tak mampu nak hidup dengan awak". Jawab Puan Siti sambil menangis.

Azmi menekup telinganya. Sejak dia di tingkatan 5 lagi, telinganya sudah sering dijamu dengan pertengkaran ibu dan ayahnya. Dia sendiri tidak pasti punca mereka boleh bergaduh sehingga ibunya meminta cerai begitu.

Ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala ibunya pula hanya bekerja sebagai pembantu di gerai makan berhampiran rumah mereka. Azmi juga mempunyai seorang adik perempuan berusia 15 tahun.

Ayahnya juga sebenarnya mempunyai lagi seorang isteri. Ibu Azmi ini pula isteri kedua. Isteri pertama Encik Hassan ada di kampungnya dan hanya dijenguk sebulan sekali.

Azmi ada juga terfikir, bagaimana ayahnya itu boleh berpoligami sedangkan ayahnya itu bukanlah mampu sangat dari segi kewangan. Wang gaji ayahnya hanya cukup-cukup makan sahaja dan Azmi tahu ayahnya sebenarnya tidak begitu adil kepada kedua-dua isterinya.

Pernah sekali Encik Hassan berbual dengannya dan meluahkan rasa bahawa mereka berdua mungkin akan bercerai dalam masa terdekat ini. Azmi mula teringat perbualan mereka tempoh hari.

"Azmi, ayah nak cakap sikit ni". Ujar Encik Hassan tatkala Azmi baru hendak ke dapur untuk minum air. Encik Hassan melabuhkan punggung di sofa ruang tamu rumah itu.

Azmi diam tidak berkata apa sebaliknya kakinya dihala menuju ke ruang tamu. "Kamu anak ayah kan, Azmi?". Tiba-tiba Encik Hassan bertanya soalan begitu kepada anaknya sambil matanya tepat menatap ke arah mata Azmi.

" Ya, Azmi anak ayah. Kenapa ni ayah?". Soal Azmi bingung. Dari riak wajah ayahnya jelas terpancar wajah kesedihan.

"Ayah tahu apa yang ayah nak cakap ni mungkin akan buat kamu terkejut dan sedih tapi kamu anak pertama dan kamu juga lelaki jadi ayah yakin kamu mesti kuat". Sambung Encik Hassan. Jantung Azmi mula berdebar-debar. Azmi sekadar mengangguk.

" Mungkin tak lama lagi, ayah dengan mak akan bercerai". Jawapan yang keluar dari mulut Encik Hassan nyatanya mengejutkan Azmi. Nampaknya mimpi buruk itu akan terjadi.

"Tapi...kenapa ayah?". Tak boleh ke bincang baik-baik?". Soal Azmi dengan nada bergetar. Hampir saja air mata jantannya hendak keluar. Tapi dia cuba sehabis baik untuk tahan.

"Ayah dah tak boleh tahan tengok mak kamu rapat dengan Pakcik J tu. Ayah tahu dia orang dua mesti ada apa-apa hubungan". Jelas Encik Hassan. Dia masih ingat lagi bagaimana dia melihat isterinya berbual mesra dengan J itu di gerai. Bila ditanya katanya J itu adalah kawan masa sekolahnya dulu dan mereka hanya sekadar berkawan.

Azmi membatukan dirinya. Tidak tahu untuk beri respon apa.

" Jadi lepas ayah cerai dengan mak, ayah nak bagi balik rumah ni dekat tuan rumah". Lagi sekali Azmi terpempan dengan kata-kata Encik Hassan itu. "Tapi kenapa ayah? Tak boleh ke kita duduk je sini terus? Habis tu nanti kita nak tinggal mana?". Soal Azmi bertubi-tubi.

" Ayah, Azmi dengan adik akan tinggal kat kampung ayah ye. Kita tinggal dengan mama, boleh kan?". Jawab Encik Hassan. Azmi mengerutkan dahinya. Tinggal dekat kampung? Itu pun dengan ibu tirinya itu? Jawapannya memang tak!

"Seriouslah ayah? Habis tu macam mana dengan study Azmi? Azmi nak sambung belajar tambah lagi nak kerja juga. Kalau dekat kampung, apa yang Azmi boleh buat?". Soal Azmi lagi.

Bukannya dia tidak suka tinggal di kampung tapi sebenarnya lebih tepat bahawa dia tidak suka tinggal dengan ibu tirinya itu. Ibu tirinya tidak jahat tetapi dia cuma tidak selesa. Tambah pula, kampungnya itu berada agak di pedalaman. Bagaimana dia hendak sambung belajar nanti. Apa kerja yang dia boleh buat.

" Pasal sambung belajar tu, Azmi tangguh dulu ye. Dekat sana Azmi boleh kerja jugak". Jawab Encik Hassan cuba menyakinkan anaknya itu. Azmi mengeluh perlahan. Nampaknya tak dapatlah dia nak sambung belajar.

"Nantilah Azmi fikirkan macam mana". Jawab Azmi. "Kalau boleh jangan lama-lama. Ayah dah tak sanggup duduk sini lepas ayah cerai dengan ibu. Ayah tak sanggup tengok ibu makin mesra dengan lelaki tu". Jawab Encik Hassan.

Azmi mengeluh lagi. Kedengaran di luar pertengkaran masih berlaku. Kenapalah hidupnya harus jadi begini?

Azmi ada merancang untuk mencari bilik sewa berdekatan sini. Dia sebolehnya memang tak nak ikut ayahnya balik kampung. Tapi dengan gaji yang ada belum mencukupi untuk dia menyara dirinya sendiri di Kuala Lumpur di tambah dengan kos sara hidup yang tinggi.

Jika begitulah rancangannya, dia perlu membuat dua kerja. Jadi terpaksalah dia melupakan niatnya untuk sambung belajar.

Azmi meraup wajahnya. Betul-betul berat ujian yang dirasainya sekarang. Dia juga kesian dengan adiknya yang masih sekolah itu. Dia yakin adiknya itu juga pasti sedih dan rasa tertekan dengan keadaan keluarga mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience