Bab 10

True Story Series 4563

Nadia menyematkan pin tudungnya dengan elok. Lipbalm diletak sedikit di bibirnya sebagai penyeri wajah. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Nadia mengambil sling begnya dan keluar dari biliknya. Hari ini dia akan berjalan berjumpa dengan Wada setelah hampir 7 bulan tidak berjumpa.

Mereka memang sudah merancang untuk keluar bersama daripada Nadia menduduki peperiksaan akhir semesternya. Bukan main susah lagi dia cuba menyakinkan mamanya untuk keluar dengan Wada. Akhirnya setelah beberapa kali pujukan akhirnya Puan Rahimah memberi kebenaran tetapi Nadia hanya dibenarkan keluar selama 4 jam sahaja dan hanya bersama Wada, bukan dengan orang lain.

Nadia terpaksa akur dengan kehendak mamanya itu yang penting dia boleh keluar dan bertemu dengan kawan baiknya satu itu. Azmi? Ikutkan hati ingin sahaja dia ajak Azmi sekali tetapi dia fikir dosa. Dosa sekiranya dia menipu dengan mamanya. Kata keluar dengan Wada sahaja, kenapa ada Azmi pula kan?

Jadi dia terpaksa mematikan niatnya itu dan hanya keluar dengan Wada sahaja.

Nadia pula sekarang hanya berseorangan sahaja di rumah memandangkan mama dan abahnya bekerja. Jadi Nadia hanya meminta izin melalui WhatsApp sahaja.

Nadia menaiki Grab sahaja untuk ke Mytown. Sebenarnya dia boleh saja naik motor memandangkan dia sudah ada lesen motor tapi agak takut juga kerana jaraknya yang agak jauh.

Seperti yang dijanjikan Wada sudah menunggu di pintu masuk utama gedung beli belah itu. Nadia apalagi, memang teruja habis tatkala berjumpa kawan yang tersayang. Sempat lagi mereka berpelukan. Namun belum sempat Nadia berborak panjang dengan Wada, tiba-tiba Azmi muncul dari belakang Wada.

"Azmi? Awak buat apa dekat sini?". Soal Nadia bingung. Rasanya dia hanya mengajak Wada saja tapi bagaimana Azmi juga boleh berada di sini?

"Nad,actually benda ni tak sengaja pun. Aku memang datang sorang tadi, then tetiba Azmi datang. Aku pun pelik macam mana dia tahu". Jawab Wada. Memang itu pun kenyataannya.

"Sorry kalau saya interrupt. Actually saya tengah tunggu order masuk. Tiba-tiba saya nampak Wada. So saya tanyalah dia buat apa dekat sini". Jelas Azmi. Nadia pula sekadar mengangguk.

"Tunggu order? Awak sekarang kerja rider ke?". Soal Nadia lagi. Pelik juga kerana setahunya Azmi hanya bekerja di restoran sahaja.

"Ya. Panjang ceritanya. Kalau saya nak join korang dua boleh? Ada benda saya nak cerita dengan awak". Azmi meminta izin. "Boleh je. Kau okey kan Wada?". Jawab Nadia sambil cuba meminta kepastian daripada Wada. "Aku on je. Alang-alang korang boleh dating". Jawab Wada sambil mengusik. Nadia pula sudah tersipu jadinya.

Akhirnya mereka bertiga masuk ke Mytown sambil berborak. Mereka sebenarnya bukan hendak shopping sangat pun melainkan hendak window shopping sahaja sambil berborak. Maklumlah masing-masing sudah lama tidak berjumpa.

Setelah penat tawaf satu bangunan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk makan di foodcourt berhampiran.

"Kenapa awak tak pernah cerita benda ni kat saya selama ni?". Soal Nadia seusai mereka habis makan. Azmi baru sahaja menceritakan mengenai masalah yang dia hadapi kepada mereka berdua.

"Saya tak ready lagi masa tu. Sorry sebab saya sekarang dah jarang bagi attention dekat awak". Jawab Azmi lembut. Wada pula sekadar menjadi pendengar. "Pasal tu saya tak kisah. Saya faham awak penat. Tapi atleast awak kenalah rest. Jangan ikutkan sangat keinginan tu". Pesan Nadia.

"Betul kata Nad tu. Aku setuju sangat. Aku tahu kau tengah struggle sekarang ni tapi kau still kena fikir kesihatan kau. Buat dua kerja, susah tu". Sokong Wada. "Ya saya faham. Tapi saya tetap kena buat ni. Lagipun saya tengah kumpul duit jugak". Jawab Azmi. "Kumpul duit untuk apa?". Soal Nadia.

"Untuk menghalalkan awak". Jawapan Azmi itu membuatkan Nadia terkelu dan wajahnya mulai memerah. "Cia cia ada bau nasi minyaklah!". Usik Wada lagi sambil ketawa. Nadia pula menepuk bahu Wada yang berada di sebelahnya.

"Aku sokong kau weh. Cepat-cepat kumpul duit tu, takut melepas kang, ups!". Usik Wada semakin galak. Nadia pula sudah menjeling kepada Wada. Memang ada yang kena pelangkung ni!

"Sebab tu saya harap awak boleh faham saya dan tetap setia dengan saya". Jawab Azmi lagi. "Saya akan selalu faham dengan awak. Saya harap awak bertabah dengan semua ujian ni. Saya tahu awak kuat. Andd paling penting is, of course saya akan tetap setia pada awak". Jawab Nadia bersama senyuman.

Wada yang berada di sebelah Nadia sudah tersengih sengih macam kerang busuk. Sweet tak boleh bawak bincang. Nasiblah diri masih single hmm..

"Weh, aku pergi toilet kejap eh". Pamit Wada dan dibalas anggukan oleh Nadia. Sekarang hanya tinggal mereka berdua.

"Awak saya nak tanya sikit, tapi awak jangan marah eh". Ujar Azmi memecah kesunyian. "Tanyalah". Jawab Nadia. Dia memberi sepenuh perhatian kepada Azmi.

"Awak sama U dengan Hafiz kan?". Soal Azmi. "Ya..kenapa?". Soal Nadia pula. "Awak tak rapat kan dengan dia?". Soal Azmi penuh berhati-hati. Bimbang jika Nadia terasa hati.

"Taklah rapat sangat. Lagipun kita orang bukan sama course. Jarang jumpa". Jawab Nadia jujur. "Oh baguslah kalau macam tu". Jawab Azmi. "Kenapa? Awak takut kalau saya ada affair dengan dia?". Soal Nadia pula. Azmi terdiam seketika. Sepertinya Nadia boleh meneka pula apa yang bermain dalam kepalanya.

"Awak jangan risau. Saya masih tahu batas saya. Saya akan selalu jaga hati dan diri saya. Saya juga harap awak tak hancurkan kepercayaan saya juga. Saya sayang awak je Azmi. Saya harap awak tak ada prasangka buruk terhadap saya dengan Hafiz ya". Jawab Nadia lagi.

"Saya yakin dan percaya dengan awak. Thankyou". Jawab Azmi sambil tersenyum. Begitu juga Nadia yang turut tersenyum kepada Azmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience