Bab 12

True Story Series 4563

Nadia tekun mengulangkaji pelajarannya di perpustakaan. Suasana yang sunyi dimanfaatkan sehabis baik untuknya fokus mengulangkaji pelajaran.

"Hai tengah study ke tu?". Soal Hafiz yang tiba-tiba saja entah dari mana duduk di hadapan Nadia. Nadia juga agak terkejut juga dengan kehadiran Hafiz di situ.

"Taklah. Tengah nak bakar ikan ni". Jawab Nadia loyar buruk. Dah soalan pun cenggitu, itulah jawapan yang sesuai. "Ish kau ni. Tak baik tau. Aku tanya elok-elok kan?". Jawab Hafiz.

"Macam yang kau nampaklah, aku memang tengah study pun. Dah tau asal tanya lagi? Dahlah jangan bising". Jawab Nadia lantas matanya dihalakan semula ke buku rujukan yang berada di hadapannya.

"Ala kau ni tak rileklah. Kan masih awal sem. Lek dulu". Ujar Hafiz. "Suka hati akulah nak study awal pun. Lagi pun ni aku sambil siapkan assignment juga. Nak balik pun tak tahu nak buat apa". Jawab Nadia.

Hafiz pula hanya membatukan dirinya sahaja. Dia menatap lama wajah Nadia. Bibirnya sedikit tersenyum. Kalau dipandang lama sebenarnya Nadia ini cantik juga. Kulit cerah, bibir agak kemerahan ditambah pula dengan penampilannya yang menutup aurat itu.

Nadia yang merasakan dirinya dipandang segera memandang Hafiz dengan pandangan tajam. Hafiz pula terkantoi dengan Nadia sedang memandangnya. "Kau asal pandang aku? Cari gaduh ke?". Soal Nadia dengan nada suara perlahan. Kalau dekat luar perpustakaan memang dah kena mamat ni.

"Perasan! Siapa pandang kau? Dah kau duk diam-diam study. Jangan nak perasantan sangat". Jawab Hafiz cuba menutup malunya. Nadia tidak membalas sebaliknya mengemas barangannya yang ada di atas meja.

Dia lantas bangun meninggalkan Hafiz keseorangan. Moodnya hilang dek kerana kehadiran Hafiz di situ.

Hafiz pula tidak menunggu lama segera bangun dan mengejar Nadia. "Nad tunggulah!". Jerit Hafiz dari belakang apabila mereka sudah keluar daripada pepustakaan.

"Apa lagi?". Soal Nadia dengan nada malasnya. Malas layan Hafiz.

"Kenapa tiba-tiba pergi? Aku baru nak tanya something dengan kau". Jawab Hafiz sambil berdiri di hadapan Nadia. Dia memandang wajah Nadia lagi sekali.

"Cepatlah. Nak tanya apa?".

"Hadiah hari tu....kau dah buka ke...?". Soal Hafiz.

"Dah. Cantik. Thankyou". Sepatah sepatah sahaja respon daripada Nadia.

"Jap..aku nak tanya sikit. Kenapa kau tiba bagi aku hadiah tudung tu?". Soal Nadia. "Kenapa? Kau tak suka ke?". Soal Hafiz perlahan. "Tak, maksud aku..aku just pelik je. Sebab yelah sebelum ni kita tak pernah rapat. But tiba kau bagi aku hadiah. Motif?". Soal Nadia lagi.

" Aku bagi saja je. Sebagai tanda perdamaian. Yelah kita kan dah masuk U, tak payah bawak perangai masa sekolah dulu. Sebab tu aku bagi hadiah tu, aku nak kita berkawan. Boleh kan?". Jelas Hafiz panjang lebar.

"Berdamai? Apa-apa jelah". Jawab Nadia dan mula berkira-kira untuk pergi dari situ. "Nad, tunggulah jap. Kau nak kan jadi kawan aku? Kita saling ada bila memerlukan. Kau nak kan?". Soal Hafiz lagi. Dia tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan daripada Nadia.

Nadia melepaskan nafas sebelum berkata. "Bukam ke memang dah dari dulu kita kawan? Kenapa sekarang tiba nak berkawan berdamai bagai ni?". Soal Nadia yang masih tidak faham dengan permintaan Hafiz itu.

"Dulu kita memang dah kawan tapi macam yang kau taulah, kita selalu gaduh kan dulu. So now aku nak kita kawan dengan lebih rapat. Kita saling ada bila memerlukan. Boleh kan?". Rayu Hafiz lagi.

Nadia pula masih membatukan dirinya dan melepaskan pandangan matanya ke arah pokok bunga yang berada berdekatan di situ. Tak tahu hendak beri jawapan apa kepada Hafiz.

"Okey". Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Nadia. Hafiz tersenyum sedikit. "Maksudnya kau naklah ni?". Soal Hafiz sedikit teruja. "Kawan je kan? Aku okey je". Jawab Nadia lagi. Hafiz pula sudah tersenyum lebar.

"Thank you Nad, aku sayang kau". Tanpa sengaja Hafiz berkata begitu menyebabkan Nadia juga terkejut. "Apa kau cakap?". Soal Nadia bingung. Betul ke apa yang dia dengar atau dia salah dengar?

"Er..tak.. Thank you Nad sebab nak jadi kawan aku. Aku hargai sangat". Jawab Hafiz cuba coverline. Malu sangatt sebab terlepas cakap.

"Okeyy. Emm okeylah aku nak balik dah ni. Bye". Pamit Nadia lantas berlalu meninggalkan Hafiz. Dia yakin dia tidak salah dengar. Tapi kalau betul ke kenapa Hafiz cakap begitu? Sangka baik jelah, mungkin sayang sebagai kawan kan?

Hafiz pula hanya menghantar kelibat Nadia yang berjalan menjauh darinya dengan pandangan matanya. Jujur sahaja, dia memang menyimpan perasaan kepada Nadia. Bahkan sebelum Nadia bersama Azmi lagi.

Namun dia hanya mampu memendam perasaam itu sahaja memandangkan Azmi itu sahabat baiknya. Tidak mungkin dia ingin mengambil Nadia daripada Azmi. Jadi dia rasa walaupun dengan berkawan rapat sudah mencukupi untuk membuatkan dirinya dekat dengan Nadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience