Bab 17

True Story Series 4563

Azmi membuka pintu rumah seperti biasanya. Dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan jam 11 malam. Begitulah rutinnya setiap hari. Balik kerja sehingga lewat malam.

Baru sahaja Azmi hendak meletakkan topi keledarnya di sebelah rak kasut, Ell keluar dari dapur sambil di tangannya membawa sebuah pinggan besar yang berisi nasi goreng di dalamnya.

"Azmi, kau dah balik? Jom makan dulu. Malam ni aku masak special untuk kau". Pelawa Ell dengan senyuman manis. Azmi mengerutkan dahinya. Jarang Ell masak. Tiba-tiba sahaja hari ini dia rajin pulak.

"Kau tak kerja ke hari ni?". Soal Azmi. "Tak hari ni off day aku. So aku tiba-tiba rasa rajin, tu yang aku masak tu even just a simple dish. Nah makanlah". Ujar Ell sambil menghulurkan pinggan kepada Azmi yang berdiri di tepi meja makan itu.

"Aku tadi dah makan sebenarnya. Masih kenyang lagi. Kau makan jelah ye. Sorry tau". Sedaya upaya Azmi cuba menolak pelawaan Ell untuk mengajaknya makan.

"Ala tak sportinglah kau ni Azmi! Aku dah penat masak, takkan sikit pun kau taknak jamah?". Soal Ell berbaur nada kecewa. "Bukan aku taknak, tapi dekat luar tadi aku dah makan". Jawab Azmi. Ell hanya diam membatu di situ. Jelas terpancar wajah kecewanya tatkala Azmi kelihatan begitu menolak pelawaan Ell itu.

"Okeylah, aku makan sekali". Akhirnya Azmi memutuskan untuk makan sekali. Keputusan Azmi itu nyatanya membuatkan wajah Ell menjadi ceria kembali. Dia begitu ralit mencedokkan nasi goreng ke pinggan Azmi.

Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di hadapan Azmi. "Ell, aku nak tanya sikit boleh tak?". Soal Azmi sambil mulutnya mengunyah nasi goreng. "Tanyalah". "Kau kata dulu, ada suami isteri nak masuk sewa sini kan? Ni dah dekat dua bulan aku duduk sini, tak ada lagi. Mana dia orang?". Soal Azmi mengenai keraguannya.

"Ala, dia orang tak jadi duduk sini". Berderau darah Azmi apabila mendengar pernyataan Ell itu.

"Apa? Tak jadi?! Tapi kenapa?". Soal Azmi bertalu-talu. Nasi goreng di hadapannya juga tadi sudah tidak lagi dimakan. Seleranya sudah hilang mendengar kata-kata Ell tadi. " Dia orang ada hal lah tu. Takpelah, kita duduk berdua pun boleh. Tak ada apa akan jadi". Jawab Ell selamba sambil dia memberikan senyuman penuh makna. Dia lantas menyambung suapan nasi gorengnya tadi.

Azmi mulai tidak sedap hati. Maknanya dia harus tinggal berdua dengan Ell untuk tempoh masa yang lebih lama ke? Dia tidak sanggup lagi untuk menghadapi ini. Ini kalau Nadia tahu, maunya dia minta putus ni.

"Aku masuk bilik dululah, Ell. Kau habiskan jelah sorang ye". Selesai mencuci pinggannya Azmi lantas meminta izin untuk masuk ke biliknya. Dia sudah mulai tidak selesa untuk terus tinggal di situ. Dia tahu memang tidak boleh tinggal berduaan bersama yang bukan mahram. Maka dari itu dia perlu berusaha untuk mencari bilik sewa yang lainnya.

Tapi dia tahu, kalau dia nak cari di kawasan itu memang tiadalah jawabnya. Kalau ada, dari dulu lagi dia takkan duduk serumah dengan si Ell ini. Dia melepaskan keluhan berat.

Tempoh hari, maknya ada menelefon dirinya dan memberitahu yang dia akan menikah lagi dengan seorang duda setelah habis tempoh idahnya nanti. Kalau diikutkan hati, Azmi tidak bersetuju namun apakan dayanya untuk menolak.

Dia cuma berharap agar, maknya dilimpahkan kebahagian selepas perkahwinan barunya nanti. Dia berharap bakal bapa tirinya nanti meeupakan lelaki yang baik dan akan menjaga maknya dengan baik.

Tok! Tok! Tok!

Azmi mendengar pintu biliknya diketuk beberapa kali. Dia yakin itu pasti Ell. Nak apa pulak dia kali ini?

Azmi lambat-lambat bangun untuk membuka pintu biliknya. Terasa tiada moodnya untuk berbual bersama Ell selepas apa yang dikatakan oleh Ell tadi.

"Nak apa Ell?". Soal Azmi ringkas. Ell yang tadinya berdiri di hadapan pintu kini mendekatkan dirinya kepada Azmi yang berdiri di muka pintu. Seperti tiada jarak antara mereka berdua kini. Azmi pula seperti patung cendana, yang hanya diam tidak berganjak.

"Kenapa kau cepat masuk bilik? Kau takut dengan aku ke?". Soal Ell sambil matanya memandang wajah Azmi dengan maksud tersirat. Azmi hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Jantungnya berdegup laju seperti baru lepas lari marathon.

Tanpa semena-mena tiba-tiba satu ciuman singgah di bibir Azmi tanpa disedarinya. Ell terus berlalu pergi meninggalkannya seusai mencium Azmi. Ell juga terus masuk ke biliknya dan menutup pintunya.

Manakala Azmi pula masih terpempan dengan kejadian tadi. Dia mimpi ke? Ell menciumnya? Itu pun tanpa kerelaannya? Jantungnya terasa ingin meletup saat ini. Apa yang sudah jadi ini? Ell semakin dibiar semakin melampau terhadap dirinya.

Maaf lama sangat menyepi .. Insha Allah lepasni akan active semula .. tata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience