BAB 11

Romance Completed 2862

“ Ngarut betul kau ni, Rul. Tadi kata serius tapi kau pulak yang kacau mood kitaorang” marah Mahmood bagi pihak teman-teman yang lain.

“Hahaa.hahhaa… sian kawan aku. Okay, macam ni.. aku mimpi jumpa si Bakri ni…” terang Fezrul sambil menghabiskan sisa tawanya.

“Kau jumpa aku?? Lepas tu, apa yang berlaku?” penuh dengan keterujaan Bakri bertanya.Fezrul mengangguk kemudian bersuara kembali.

“ Masa aku sedar tu, aku Nampak suatu tempat yang aneh sangat. Semua tempat dipenuhi dengan api. Aku jalan ke kiri, api memnyambat di hadapan aku, aku lari pulak ke kanan. Masih juga api menyambar. Aku takut sangat saat tu. Tiba-tiba aku nampak kulit aku terbakar..pedih sangat. Bagai terasa kulit aku dilapah dengan pisau. Ya allah.. tak dapat aku gambarkan saat itu. Hanya allah yang tahu bagaimana perasaan takut. Aku lihat di sekeliling semuanya dipenuhi api yang marah. Badan aku sudah bergeletar waktu tu menahan rasa sakit. Aku buntu. Tiada pintu untuk aku keluar. Tiada jalan yang boleh aku lari.. aku panggil papa..aku mama,,, tapi hanya sia-sia sebab taka da sesiapa disitu. Aku menangis di situ tapi tiba-tiba aku Nampak wajah Cikgu Suliya yang muram. Aku panggil cikgu tetapi cikgu pergi begitu sahaja. Lepas tu, aku nampak Bakri. Aku panggil dia.. kau datang Bakri … kau datang dengan tersenyum kearah aku. Bila kau kata yang kau maafkan aku. Aku terasa yang rasa sakit di badan aku hilang serta –merta. Barulah aku tahu Bakri.. dosa aku pada kau begitu besar….dan aku kalau boleh tidak mahu untuk melakukan kesalahan yang saya. Aku tak mahu lagi merasa sakitnya kulit aku dibakar. Aku takut… maafkan aku Bakri !!! maafkan aku..!!” sebak Fezrul berkata-kata. Tanpa di duga, Fezrul menitiskan air mata lelakinya. Yang lain turut merasainya kesedihan itu. Bakri bangun dan melangkah mendapatkan Fezrul yang tunduk ke bumi menahan rasa sebak yang bertamu di dada.

Bakri menepuk lembut bahu Fezrul. Dia rasa terharu melihat air mata sahabatnya itu tumpah ke pipi..

“ Aku dah lama maafkan kau,rul…. Aku dah lama lupakan perbuatan kau pada aku. Aku bahagia dapat kawan macam kau. Kau ajar aku erti kesabaran.. walaupun dulu aku berdendam dengan kau, tapi sekarang tidak lagi.. aku nak biar kita berlima terus kekal bersahabat. Janji ya..” Bakri cuba menahan sendu. Haikal,Mahmood dan Borhan turut bangun dan menghampiri mereka berdua.

“ Kami janji!!” kata-kata yang lahir daripada sahabatnya membuatkan Bakri tersenyum bahagia.Alhamdulillah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience