BAB 13

Romance Completed 2863

“ Ya allah…kenapa ni.. Rul, Rul!!! Kimi!!! Fik!!! Kal !!! Cikgu pengsan!! “tempik Bakri kuat. Terkocoh –kocoh Borhan, Mahmood,Haikal dan Fezrul keluar dari kereta. Panik wajah mereka melihatkan Cikgu Suliya yang sudah sedarkan dirinya. Bakri dan Mahmood mengusung Cikgu Suliya ke tempat duduk belakang. Bakri merasa tubuhnya menggigil. Apa yang sedang berlaku? Fikirannya menyoal lagi.

“ Rul, kau ada lessen, kan? Cepat bawak cikgu ke hospital!! Cepat, Rul…. She’s dying!!! Cepat rul!!!! Cepat!!!” arah Bakri dengan suara yang terasa sesak. Terasa lemah tubuhnya melihatkan wajah Cikgu Suliya yang beku. Tiada lagi senyuman menghiasi raut wajah ayu itu.

Fezrul cepat- cepat ke tempat pemandu. Haikal bagaikan hilang punca. Tiba-tiba mindanya terbayang seraut wajah ramah Cikgu Fatmi.ya… suami Cikgu Suliya.

“ Bakri, biar aku maklumkan pada Cikgu Fatmi, korang bawak cikgu pergi hospital. Nanti aku menyusul korang.” Laju bicara Haikal lalu dengan pantas dia berlalu. Mendapatkan Cikgu Fatmi pastinya. Dadanya turut bergetar kerisauan.

Borhan memasuki kereta. Mahmood juga melakukan perkara yang sama. Lalu Fezrul menghidupkan kereta dan seketika kemudian, kereta itu meluncur laju membelah kesibukan jalan raya. Bakri yang memangku kepala cikgu Suliya terasa matanya berair. Fikirannya sudah mula memikirkan perkara buruk. Bimbang perkara yang tidak diingini menimpa cikgunya yang disayangi.

“ Bertahanlah cikgu…. Kami akan sentiasa ada di samping cikgu… bertahanlah!!! Laju lagi, Rul… cepat!! Ya allah..” fikiran Bakri sudah terasa bercelaru. Haikal hanya diam ditempatnya. Tidak disangka matanya turut berair. Wajah Borhan di sebelah Fezrul yang sedang memandu juga kelihatan mendung. Selelah beberapa minit berlalu, kereta itu memasuki perkarangan hospital. Terkocoh-kocoh Bakri keluar sambil mendukung Cikgu Suliya yang masih tidak bergerak. Seorang doktor datang kearahnya. Laju docktor itu memanggilkan jururawat yang kemudiannya datang bersama kerusi roda.

Setelah doctor dan jururawat itu berlalu, Bakri terduduk di atas lantai. Tubuhnya menjadi lemah tidak bermaya. Cepat-cepat Mahmood dan Borhan membantunya untuk berdiri lalu mereka memapahnya ke kerusi. Bakri masih begitu. Matanya merah berair. Borhan menepuk bahu sahabatnya itu. dia tahu, pasti Bakri lebih terkesan dengan kejadian itu kerana dikalangan mereka, Bakri yang paling rapat dengan Cikgu Suliya.

“ Sabarlah Bakri … aku yakin tiada yang buruk berlaku pada cikgu.. kau janganlah jadi lemah sampai macam ni sekali. Cikgu kita kan kuat orangnya..” Borhan cuba menceriakan suasana tetapi Bakri hanya membeku.

Waktu berlalu, muncul cikgu Fatmi dan disaat itulah rahsia dibongkarkan. Rupanya selama ini Cikgu Suliya menghidap penyakit barah otak yang kronik.

"Kerana Allah lebih sayangkannya. Doakan moga rohnya aman disana"

Ucapan Cikgu Fatmi membuatkan Bakri termanggu. Laju air matanya mengalir.

" Duhai Cikgu Suliya. tenanglah dikau disana. Aku akan mendoakanmu agar kita akan berjumpa kelak di Syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience