BAB 9

Romance Completed 2862

“ Rul, kalau aku tanya, kau jangan marah.. aku teringin nak tahu pasal perubahan kamu yang mendadak hari tu… ye la..dulu kau anti betul dengan Bakri.. tapi sekarang aku tengok kau berdua ni bukan main rapat lagi.. pelik pun ada kalau difikir-fikirkan” tiba-tiba Borhan membuka mulut bertanyakan soalan yang sudah sekian lama ingin ditanya tetapi kesempatan dan peluang seringkali membatutkan niatnya. Rakan-rakan yang lain terdiam. Tidak menyangka persoalan itu akan keluara daripada mulut Borhan. Bakri tiba-tiba mencelah.

“ Aku pun sama, Rul.. dulu aku ingat nak tanya kau tapi takut pulak kau salah faham.. papa kau bagi warning ke? Tapikan..jujur aku cakap, aku bahagia sangat sekarang ni. Ada korang yang jadi kawan aku. Aku sayang korang semua. Aku nak pesahabatan kita ni tidak berakhir di sini saja… kalau boleh, insyaallah sehingga ke akhir hayat..” kata-kata Bakri di sambut anggukan dari yang lain. Menyetujui kata-kata Bakri. Fezrul terdiam seketika. dia memerhati wajah kawannya satu persatu.

“ Betul korang nak tahu ni??” Fezrul bertanya menginginkan kepastian. Bagaikan burung belatuk, laju sahaja empat rakannya itu menggangukkan kepala mereka. serentak !!

“Urrmmm…macam ni..selepas aku kena paksa mengaku kesalahan pada papa aku…opssss…Pada pengetua kita yang garang tu..emm..kalau papa kat rumah baik je tau.. ok… lepas je keluar dari bilik pengetua, Cikgu Suliya mintak aku jumpa dia. Mula tu malas jugak aku nak pergi tapi bila fikir balik, dah sah-sah cikgu akan cari aku punya.. then, Aku pergi la… hampir dekat sejam cikgu bagi ceramah kat aku. Korang tau lah aku ni.. kalau bab dengar ceramah ni memang fail. Tapi kata-kata cikgu Suliya memang terasa… zappp!!!... meremang bulu roma aku tau… aku rasa berdosa sangat pada Bakri. pertama kali dalam hidup aku, aku terkesan dengan kata-kata orang. Kalau korang pun..aku tak sure pulak… tapi yang pasti cikgu Suliya membuka mata aku tentang perkara yang selama ini aku ambil mudah.. tentang apa yang cikgu bagitau aku..biar aku aje yang tahu, biar aku keep the secret… tapi yang pasti hati aku terkesan dengan kata-kata itu. Terasa meresap ke hati aku “ ucap Fezrul sambil mengankat tangan kanannya lalu diletakkan di dadanya sambil matanya dipejam. Bakri terdiam. Borhan termanggu. Mahmood pula ligat memikirkan kata-kata Fezrul. Borhan pula bolehkan pula tersengih. Menanyang barisan giginya bagaikan dirinya model bagi iklan ubat gigi colgate. Dia menepuk bahu Fezrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience