BAB 1

Romance Completed 2862

“Bakri !!! cikgu nak jumpa kamu kejap. Rasanya kamu tak ada hal lain kan? Nanti cikgu hantarkan kamu pulang. Ada perkara yang cikgu nak tanya daripada kamu.” Lembut suara Cikgu Suliya menerjah pendengaran Bakri. Pelajar itu mencebikkan bibirnya seolah-olah mengajuk bicara Cikgu Suliya. Mengucap panjang Cikgu Suliya di dalam hati moga-moga diberi kekuatan untuk terus bersabar dengan sikap pelajarnya itu.

“ Saya ada hak untuk menolaknya, kan cikgu?” selamba sahaja Bakri menuturkan kata-kata itu tanpa menghiraukan raut wajah Cikgu Suliya yang sudah sedikit berubah. Wajah guru muda itu tampak kemerah-merahan dipanah sinar mentari petang.

“ Memang kamu ada hak untuk menolak Bakri tetapi cikgu mintak sangat dengan jasa baik kamu tu sebab yang cikgu ingin tanyakan adalah masalah kamu sendiri. Kamu harus tahu itu, Bakri ?” suara Cikgu Suliya walau kedengaran lembut tetapi terselit ketegasan disebaliknya. “Masalah saya? Saya tak ada apa-apa masalah pun. Yang ada masalah tu, cikgu sendiri. Kalaupun saya ada masalah, itu bukannya hak cikgu untuk mencampurinya. Saya tak suka orang nak ambil tahu hal saya. Lebih baik cikgu uruskan saja hal cikgu. Saya tak mintak bantuan cikgu pun untuk selesaikan masalah saya.” Pedas lagi berkrim kata-kata Bakri kepada Cikgu Suliya.

Cikgu Suliya meletakkan buku-buku ditangannya di atas meja lalu pandangannya dihalakan ke arah anak muridnya yang masih lagi berdegil. Suasana kelas yang sudah kosong setelah murid –murid lain beransur pulang memudahkannya untuk bercakap secara terus-terang dengan pelajarnya yang dia tahu sedang memendamkan sesuatu.Cikgu Suliya merenung mata pelajarnya yang menghalakan pandangannya terus menembusi tingkap dan terus dihala ke padang. Hati guru muda itu seakan dapat membaca mata yang sarat menyimpan rahsia itu. Ingin sekali dia mencungkil dan cuba untuk menghulurkan bantuan. Akan tetapi sikap Bakri membuatkan dia ingin mengibarkan bendera putih.. Berserah pada ketentuan…

“ Apa masalah awak sebenarnya,Bakri ?? ” tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari bibir merah Cikgu Suliya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience