BAB 5

Romance Completed 2862

“ Apa hal cikgu cari saya sampai ke sini?” nada suara Bakri keras seperti selalu.Cikgu Suliya hanya mengukirkan senyumannya. Pelajarnya itu perlu dibantu,desis hati Cikgu Suliya.

“ Cikgu nak minta maaf sebab salahkan kamu atas semua perkara yang terjadi selama ini. Cikgu sedar yang cikgu dah salah kerana letakkan semua kesalahan di atas bahu kamu.”kata-kata Cikgu Suliya itu hanya disambut dengan ketawa sinis dari Bakri. Dia mengerling kearah cikgu muda itu.

“ Cikgu ni suka sangat nak berdrama tau, apa cikgu ingat saya kisah ke kalau cikgu nak letak kesalahan atas bahu saya sekalipun, selagi tak mendatangkan kesusahan pada saya, apalah sangat. Kalau cikgu nak tahu.. saya ni memang jahat,.. cikgu dah tahu kan? Heboh satu sekolah pasal saya pukul anak pengetua sekolah. Tu tak ditambah lagi kesalahan saya lawan kata-kata cikgu… jahat saya kan?” selamba Bakri menuturkannya dengan matanya yang masih focus pada air yang mengalir.

“Kamu tak jahat, Bakri.Cikgu tahu kamu pelajar yang baik. Cikgu nak bantu kamu Bakri. izinkan cikgu bantu kamu untuk atasi masalah yang sedang kamu hadapi. Kalau kamu tak benarkan cikgu tolong, macam mana cikgu nak tolong.”lembut kata-kata itu lebih kepada memujuk. Bakri berpaling kearah cikgu Suliya. Wajahnya masam mencuka.

“ Nak tolong? Apa yang cikgu boleh tolong? Tolong tengok aje la… kalau saya bagi keizinan untuk cikgu tolong saya sekalipun, bagitahu saya, apa yang cikgu akan buat?? Setakat cakap kat bibir aje, itu senang cikgu. Yang mengalas semua ini adalah saya. Saya tak mintak bantuan cikgu. Saya tak mintak bantuan sesiapa. Nak tahu kenapa? Sebab saya tahu ini takdir hidup saya. Saya dah ditakdirkan untuk menerima dugaan ini. Apa yang boleh saya buat. Meraung mengharapkan bantuan? Macam tu? Saya tak perlukan semua tu. Masalah saya, biar saya sendiri yang uruskan.. tak perlulah cikgu nak bebankan fikiran cikgu.” Bakri mula bangun. Berkira-kira untuk meninggalkan kawasan itu.

“Bakri. tolong cikgu. Katakan yang sebenarnya. Pasal pergaduhan itu… kenapa kamu pukul Fezrul ? Cikgu mahu kamu jawab dengan jujur. Cikgu tak mahu nama kamu akan terus tercemar kerana hal ini. Cikgu tahu kamu ada sebab kamu sendiri. Katakana, Bakri … cikgu akan bantu kamu. Kalau kamu didapati bersalah, pengetua tidak teragak-agak untuk memberhentikan kamu dari sekolah. Sekarang ni kes kamu masih tertangguh kerana pengetua ada kursus. Cikgu tak mahu nasib anak murid cikgu terabai. Pelajaran amat penting untuk merubah kehidupan kamu Bakri.” laju Cikgu Suliya menerangkan kepada Bakri yang sudah melangkah beberapa tapak ingin meninggalkannya. Langkah Bakri terhenti seketika sebelum dia menyambungnya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience