BAB 2

Romance Completed 2862

Bakri hanya tersenyum sinis. Matanya masih tidak dialihkan pada padang bola yang kosong. Entah apa yang cuba untuk diterjemahkannnya. Dia sendiri tidak mengetahui.

“ Huh!! Cikgu kata saya ada masalah dan sekarang cikgu tanya pulak apa masalah saya?? Cikgu ni dah tak betul ke? Kalau cikgu bercita-cita nak jadi detective macam detective conan kat dalam TV tu, saya cadangkan cikgu pergi apply untuk post tu. Tak adalah sampai jadi macam ni. Semacam aje saya tengok. Maaf cikgu kalau kata-kata saya melampau tapi cikgu seharusnya tahu… saya tak akan pernah mintak bantuan sesiapa untuk selesaikan masalah saya apatah lagi mintak pertolongan cikgu. Saya harap cikgu faham maksud saya. Saya mintak diri dulu..” Bakri berpusing ke belakang kakinya sudah mengorak beberapa langkah.

“ Nanti dulu Bakri. Cikgu belum habis cakap lagi dengan kamu..” panggilan Cikgu Suliya mematilkan langkah Bakri yang laju diatur keluar kelas. Pelajar itu mendengus kemarahan. Namun dia tetap berpaling ke belakangnya semula.

“ Apa lagi yang cikgu nak saya cakapkan? Tak jelas lagikah kata-kata saya?” bengang Bakri dengan tindakan guru itu membuatkannya mengeraskan suara.

“ Cikgu selaku guru kelas kamu diberi tanggungjawab untuk jaga pelajar cikgu. Dan kamu salah seorang pelajar cikgu, Bakri … kalau betul kamu tak ada masalah, bagitau cikgu kenapa kamu kerap ponteng sekolah, keputusan kamu pulak paling tercorot dan yang paling membimbangkan cikgu bila kamu buat perangai sampaikan guru disiplin ambil tindakan. Pengetua pun dah tanya cikgu pasal kamu,Bakri dan kamu masih nak bohong cikgu? Cikgu nak cuba bantu kamu Bakri.. tiada niat lain dihati cikgu walau sekelumit pun. Kamu bantulah cikgu untuk bantu kamu..” Cikgu Suliya sudah diasak perasaan sebak. Namun ternyata Bakri masih beriak selama seolah-olah cikgu Suliya sedang memnbaca sajak dihadapannya.

“Cikgu ni tak faham bahasa betullah… dah saya kata tak ada tu maknanya tak adalah. Tak usah nak jaga tepi kain orang pulak. Ada baiknya kalau cikgu jaga aje tepi kain cikgu tu jangan sampai nanti terkoyak pulak. Macam perbahasa melayu tu.. kuman seberang laut nampak pulak tapi gajah depan mata yang tak nampak. Macam kes saya jugak.. cikgu hanya nampak kesalahan saya sahaja.. kalau saya cakap apa pun atau beri alasan yang munasabah sekalipun cikgu tak akan percayakan? So, tak ada gunanya jugak. Saya nasihatkan cikgu jangan masuk campur hal peribadi saya lagi.” Usai sahaja membidas cikgunya dengan kata-katanya yang pedas, Bakri melangkah keluar dari bilik darjah menuju ke destinasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience