BAB 7

Romance Completed 2862

Sudah seminggu berlalu. Alhamdulillah, atas usaha Cikgu Suliya yang menerangkan peristiwa sebenar kepada pengetua, Bakri tidak dibuang sekolah. Pengetua pula yang angin satu badan apabila Fezrul mengakui perbuatannya apabila didesak dan lebih mengecutkan perutnya apabila Cikgu Suliya memanggil beberapa orang pelajar perempuan yang menjadi saksi kejadian itu.

Jauh disudut hati Bakri, dia mula menyenangi kehadiran Cikgu Suliya. Sewaktu dia pergi ke sekolah, Bakri bertembung dengan Fezrul di kaki lima. Aneh sekali bila pelajar yang menjadi musuhnya itu mengukirkan senyuman. Dan buat pertama kalinya, Bakri membalas senyuman itu. Fezrul menghampirinya.

“Aku mintak maaf” ikhlas kedengaran suara itu. Terasa segala rasa amarah dan dendam kesumat yang sesekali menyelinap dalam hatinya hilang sama sekali. Hati Bakri buat sekian kalinya berbunga. Bakri hanya mengganggukkan kepala. Mungkin sekali Fezrul sudah diberi amaran oleh ayahnya. Hati Bakri berdesis lagi.

Sejak hari itu, hubungan dia dan Fezrul tidak sedingin dahulu. Malahan mereka sudah mampu untuk duduk semeja untuk mengulangkaji bersama. Sampaika rakan-rakan yang lain berasa hairan melihatkan perubahan yang drastic itu. tapi apa yang mereka lakukan hanya sekadar mengukir senyuman.Benar!!! Bakri benar –benar menyenangi saat itu.Cikgu Suliya !! Fikiran Bakri tiba-tiba mengingati guru muda itu, setelah selesai waktu persekolahan, Bakri mengorak langkah pulang. Tiba- tiba matanya terpandangkan Cikgu Suliya sedang menyusun buku latihan yang bertingkat di tempat duduk belakang. Bakri termenung seketika. Pergi ke tak… urrmmm…. Hati Bakri berbelah bahagi. Namun entah kenapa kakinya kembali melangkah kearah guru itu.

“ Assalamualaikum, cikgu” teguran Bakri menyentakkan Cikgu Suliya yang sedang focus pada kerjanya. Cikgu Suliya berpaling. Kuntuman senyuman merekah di bibirnya yang merah bagaikan delima. Pertama kali dia mendengar ucapan salam daripada Bakri. Alhamdulillah… mungkin dia lebih tenang disaat itu, Cikgu Suliya berkata di dalam hati.

“ Terima kasih cikgu…terima kasih !!” hanya itu yang mampu di ucapkan oleh Bakri. Cikgu Suliya hanya mengangguk kecil.

“ Sekarang cikgu nak kamu tumpukan perhatian pada pelajaran kamu… kalau boleh cikgu tanya, bagaimana dengan ayah kamu?” soalan Cikgu Suliya membuatkan Bakri mengerutkan dahinya. Wajahnya jelas menampakkan yand dia kurang selesa dengan persoalan itu.

“ Entahlah cikgu.. dah lama dia tak pulang ke rumah. Entah kat mana dia sekarang taka da sesipa yang tahu. Kalau dia masih anggap dia ada keluarga, dia akan balik, tapi kalau tak, apa lagi yang boleh saya buat..”bersahaja Bakri menjawab bagaikan lelaki yang ditanya oleh gurunya itu tidak mendatangkan sebarang erti buat dirinya.

“ Jangan cakap macam tu Bakri. buruk atau baik dia, dia tetap ayah kandung kamu. Ha…lupa pulak cikgu nak bagitau kamu, petang ni Fezrul dan yang lain nak datang rumah cikgu… nak buat revision sikit pasal bab yang mereka belum faham. Kamu pun datanglah sama.. banyak bab yang kamu tertinggal.. cikgu tunggu kamu ya..” permintaan Cikgu Suliya disambut anggukan daripada Bakri. selepas bertukar salam. Cikgu Suliya mula memasuki kereta dan selepas beberapa ketika, keretanya mengaum kembali membelah jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience