BAB 3

Romance Completed 954

“Amar jom kita main PSP sebelum gunung berapi ni meletup lagi teruk.Hahaha.”

“Pak ngah ni merepek apa.Mana ada gunung berapi dekat sini.”

“Tak pa la jom ikut pak ngah masuk.” “Ok.”

Abang Aidil sempat mengucap good luck kepada abang Adam sambil menepuk bahunya.Aku yang tengok ni pun tak faham.

“Alia,abang nak cakap dengan Alia sedikit.”

“Abang Adam nak cakap pasal apa?”

“Alia duduk la dulu.Bukannya rumah ni nak runtuh pun.”

Aku yang mendengarnya terus duduk.Aku berasa gementar saat ini kerana abang Adam jarang cakap dengan aku.Dah la berdua-duaan macam ni pula.

“Alia dah duduk.A bang Adam nak cakap apa? Pasal Amar ke?”

“Pasal kita berdua dan Amar.Abang dah hantar rombongan meminang untuk meminang Alia jadi isteri abang. Amar semakin besar dan dia perlu kasih sayang dari seorang ibu. Abang rasa Alia seorang saja yang sesuai untuk jadi ibu kepada Amar.Amar tak rapat dengan perempuan lain kecuali mak, mama dengan Alia.”

“Abang Adam sedar tak apa yang abang Adam cakap ni.Abang Adam nak nikah dengan Alia kerana Amar. Abang Adam tak fikir ke pasal hati abang? Kalau abang nak nikah dengan Alia kerana Amar baik abang Adam lupakan niat abang Adam tu. Kita kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk selamanya.Alia percaya suatu hari nanti abang Adam akan jumpa seseorang yang sesuai untuk jadi isteri abang dan ibu kepada Amar.Alia minta maaf.”luah aku dengan penuh kesal.Dia nak kahwin dengan aku kerana Amar.

“Yang mana Amar suka yang tu la yang abang akan suka.Abang bagi Alia masa untuk fikir.Mungkin perkara ni mengejutkan Alia.Lepas abang balik dari Paris, Alia bagi la jawapan Alia.Abang akan terima jawapan Alia dengan hati terbuka pada waktu tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience