BAB 2

Romance Completed 954

“Mak ni merancang macam abang Adam tu dah hantar rombongan meminang saja.Mak ni pandai-pandai saja jodoh Alia dengan abang Adam tu,tengok-tengok dia dah ada pilihan hati.”

“Mak tak akan cakap kalau....”kata-kata Puan Aisyah terhenti apabila cucu kesayangannya Amar datang ke rumah mereka.

“Oh Amar my superhero.Ni mak su sayang Amar ni.”

“Amar bukannya pakai baju superhero yang mak su nak kata Amar ni superhero.Mak su,pak ngah suruh mak su buat air untuk dia dengan papa.Pak ngah pesan suruh mak su letak ketul ais banyak-banyak baru sejuk. Pak ngah pesan lagi suruh hantar dengan kadar segera.”

“Tak guna punya abang. Bagi arahan macam aku ni orang gaji dia pulak.”

Amboi seronok dia orang sembang Amar tu gelak sampai satu taman boleh dengar.Ingatkan nak tolong aku buat air tapi boleh dia lesap macam tu saja lepas sampaikan arahan abang kesayangan aku tu.Tapi boleh ke Amar tu buat air?

“Nah air.Alia letak ketul ais dekat setengah bekas.Cukup dak?Kalau tak cukup,Alia nak beli lori ais terus.”luah aku kepada abang.

“Amboi,garangnya adik abang yang seorang ni.Patut la umur 26 pun tak ada buah hati lagi.Hahaha.”

Adam yang mendengarnya pun turut tergelak tapi ditahannya kerana takut Alia semakin marah. “Hello!!Abang ni cakap depan cermin ke?Abang tu lagi tua daripada Alia.Dah nak masuk kategori bujang terlajak dah.”

“Laki ni lagi tua lagi naik saham dia.Betul dak abang Adam?”

“Abang tak nak masuk campur.”kata Adam sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

Cis tak nak masuk campur konon. Kenapa la dia ni datang selepas mak aku cakap nak suruh aku nikah dengan dia.Meluat aku tengok muka dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience