BAB 1

Romance Completed 954

“Alia,kamu ni dah masuk 26 tahun tapi bakal suami pun tak ada lagi.Mak suruh kamu nikah dengan Adam kamu tak nak.”bebal Puan Aisyah kepada anak bongsunya itu.

“Mak,Alia baru nak masuk 26 tahun tu pun lambat lagi.Ada lagi lima bulan baru Alia nak genap 26 tahun.Alia ni bukannya terpaksa sangat nak nikah sampai dengan abang Adam tu pun nak dijadikan suami.Lagipun Alia dah anggap dia macam abang Alia sendiri.”

“Kalau mak cakap tu ada la nak dibalasnya.Adam tu abang ipar kamu bukannya abang kandung kamu. Kamu tak kesian dekat anak saudara kamu tu kecil-kecil lagi dah kehilangan mak. Amar tu perlukan kasih sayang seorang mak untuk membesar dengan sempurna. Lagipun Amar tu dah anggap kamu ni macam mak kandung dia sendiri.”

Amar anak kakak aku,Atilia dengan abang Adam. Kak Atilia meninggal ketika melahirkan Amar kerana mengalami pendarahan yang teruk.Sejak dari itu,Amar dibesarkan oleh abang Adam.Sudah lima tahun kakak aku meninggal tapi abang Adam tak pernah mencari pengganti kak Atilia.

“Orang cakap dengan dia boleh dia berangan. Alia dah sampai langit ke kamu berangan tu.”t egur Puan Aisyah kepada Alia apabila melihat anaknya itu tak memberi sebarang reaksi pun.

“Mak,Alia memang kesian dengan Amar tapi takkan la sampai kena nikah dengan papanya tu. Mak tak kesian dekat Alia ke ?Alia tak sayang pun dengan abang Adam tu dengan anak dia Alia sayang la.”

“Sayang,cinta boleh kamu pupuk lepas kamu nikah nanti.Mak dengan ayah dulu pun bercinta lepas nikah tapi bahagia saja.Kamu sendiri yang kata bercinta lepas nikah tu lagi sweet.”

“Memang la sweet tapi kalau nikah dengan abang ipar sendiri apa yang sweetnya.Pahit lagi ada la.”omel Alia dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience