BAB 10

Romance Completed 954

Sebulan selepas itu.

“Abang kenapa? Bergaduh dengan Alia ke? Aidil tengok muka abang dengan Alia macam ayam berak kapur saja. Ada apa-apa Aidil boleh bantu ke?”

“Alia masih tak boleh terima abang sebagai suami dia lagi.Dia still anggap abang ni abang ipar dia. Abang dah tak tahu nak buat apa lagi.”

“Teruk juga tu. Alia tahu tak yang abang ni dah jatuh cinta dekat dia?”

Adam hanya sekadar menggelengkan kepalanya sahaja.

“Abang kena luah dekat dia.Alia tu lembab sikit kalau bab-bab perasaan ni. Dia tu kalau sekadar bagi hint saja mana la dia faham. Kalau abang luah perasaan abang dekat dia,insyaallah dia akan faham kot.Kalau tak faham juga,abang bagi tahu dekat Aidil. Biar Aidil ni brainwash dia sikit.”

“Kalau dia reject abang macam mana.”

“Abang nak takut apa.Alia tu dah jadi isteri abang.Kalau dia reject pun,abang still suami dia yang sah.Kalau dia reject,abang buat la sampai dia terima abang.Takkan la pilot yang kacak macam abang ni pun Alia tu nak reject.Kalau dia reject memang dia tu buta la.Suami punya la handsome,baik pun dia boleh tolak.”

“Abang dah buat macam-macam.Abang bagi bunga,teddy bear,coklat,hantar mesej jiwang-jiwang tapi dia buat bodoh saja.Abang ni tinggal tak bagi Menara Eiffel tu saja nak bagi dekat dia.”

“Hantar ayat jiwang?Tak akan la selama ni ayat-ayat jiwang yang Alia dapat tu abang yang hantar??”

“Yup,abang yang hantar tapi still macam tu juga.”

“Abang hantar mesej tu bukan pakai nomber abang mana la dia nak terpikat.Nanti kalau dia terpikat dengan tukang yang hantar mesej tu,nanti kata dia curang pula.Kalau dia tahu tu abang,sah dia dah terima abang lama dah.Aidil nasihat abang luah perasaan abang tu dekat dia sebelum keadaan jadi lagi buruk.Malam ni biar Amar tidur sini,abang dengan Alia saja yang balik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience