BAB 11

Romance Completed 954

“Tapi kalau Amar tak nak macam mana?”

“Dia nak punya la.Ni pak ngah dia la.Sah dia nak punya.”

“Thank you Aidil.Kalau Aidil tak ada tak tahu la abang nak buat macam mana.Abang harap semua akan berjaya.”

“Alia,abang nak cakap sikit dengan Alia.Abang nak Alia dengan dulu apa yang abang nak cakap.”

Abang Adam ni nak minta kahwin lagi satu ke?Padan muka kau Alia!!Mulut tu cakap main lepas saja.Sekarang kau yang sengsara kalau Abang Adam kau ni nikah lagi satu.

“Abang kahwin dengan Alia bukan sebab Amar saja tapi sebab sini sama.”kata Adam sambil membawa tangan Alia ke dadanya.

“Abang cintakan Alia sejak sebelum kita kahwin lagi.Abang jatuh cinta dengan Alia sejak dua tahun yang lalu.Abang tertarik dengan sifat keibuaan,senyuman dan segalanya tentang Alia.Abang ingat selepas Kak Atilia meninggal tiada siapa lagi yang mampu membuka hati abang tapi rupanya abang salah.Alia telah membuat abang jatuh cinta buat kali kedua.”

Alia hanya mampu terdiam kerana dia terkelu dengan apa yang diluah oleh Adam.

“Abang tak harap Alia pun ada perasaan yang sama dengan abang tapi abang harap Alia boleh belajar untuk terima abang sebagai seorang suami.”luah Adam sambil memandang ke dalam mata Alia.

“Alia nak minta maaf kalau selama ni Alia banyak kecilkan hati abang dengan sikap Alia. Alia dah lama terima abang sebagai suami tapi kadang-kadang Alia keliru dengan perasaan Alia sendiri.Alia rasa macam Alia khianat arwah Kak Atilia tapi sekarang Alia dah sedar.Alia memang dah sayang abang bukan sebagai seorang abang tapi sebagai seorang suami.Alia pun dah jatuh cinta dengan abang tapi Alia malu nak luah dekat abang.”

Adam yang mendengar pengakuan Alia hanya mampu mengucapkan rasa penuh syukur dalam hatinya.

“Abang pun cinta Alia sangat-sangat.Kita buka buku baru.Kita mula semula tapi sebelum tu abang nak buat pengakuan.Selama ni abang yang hantar mesej dekat Alia untuk pikat Alia tapi salah abang sebab abang pakai nomber lain.”

“Alia dah tahu dah.Alia jumpa handphone abang yang abang guna untuk hantar mesej dekat Alia tu.Sejak dari tu Alia semakin sayang dekat abang dan Alia semakin yakin dengan perasaan Alia dekat abang.”

Adam memeluk Alia sambil mencium dah Alia.Adam berasa sangat gembira kerana akhirnya Alia dapat menerimanya sebagai seorang suami bukan sebagai seorang abang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience