BAB 4

Romance Completed 954

Aku terus lari masuk ke bilik.Patut la mak suruh aku kahwin dengan Abang Adam. Sanggup keluarga aku buat aku macam ni.Mereka lebih pentingkan abang Adam dari aku.

“Alia,buka pintu ni.Ni abang. Alia jangan la buat macam ni. Buka pintu ni. Dah tiga jam Alia duduk dalam bilik tu.”

Dah tiga jam.Aku tak sedar langsung kerana sibuk melayan perasaan aku.Aku terus buka pintu dan memeluk abang Aidil. Abang Aidil walaupun selalu cari pasal dengan aku tapi dia orang yang selalu disamping aku ketika aku sedih.

“Alia jangan la menangis macam ni.” “Alia tak nak nikah dengan abang Adam. Alia dah anggap abang Adam macam abang kandung. Alia tak cintakan dia.”

“Alia,cinta tu kan boleh dipupuk lepas kahwin nanti.Abang yakin abang Adam boleh bahagiakan Alia. Lagipun kita semua dah tahu perangai dia macam mana. Alia tak sayang dekat Amar ke?”

“Sayang.”jawab aku sepatah dengan tersedu-sedu.

“Alia tak kesian ke dekat Amar?Alia sanggup ke Amar jadi mangsa dera?Kalau nak diikutkan Abang Adam tu kalau dia nak kahwin bila-bila masa pun boleh.Ramai perempuan nak jadi isteri pilot yang handsome macam abang Adam tu.Tapi bukan semua yang mampu nak jadi ibu yang baik untuk Amar.Amar tu hanya rapat dengan Alia saja. Dari kecil lagi Alia la tempat dia tumpang kasih sayang seorang ibu.”

“Alia takut Alia tak mampu jadi seorang isteri yang baik untuk abang Adam. Alia takut Alia jadi isteri derhaka nanti.Alia takut nanti abang Adam tinggalkan Alia bila dia jumpa perempuan yang dia cinta. Nanti tak pasal-pasal Alia jadi janda.Alia tak nak abang jadi janda muda.”

“Alia boleh jadi isteri dan ibu yang baik.Alia percaya la cakap abang ni. Abang kenal Alia sejak dari kecil lagi.Abang juga percaya yang abang Adam tu tak akan cerai Alia. Kalau dia buat macam tu dekat adik abang.Abang tahu la nak ajar dia macam mana.Tak ada maknanya Alia nak jadi janda muda.Alia bukannya muda lagi.Dah tua dah pun.Hahaha.”

“Abang ni.Orang tengah sedih boleh dia buat lawak pulak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience