BAB 9

Romance Completed 954

“Abang agak-agak Alia nak ke kahwin dengan abang kalau Alia dah ada buah hati?Dah tentu tak kan.”

“Kira kalau Alia dah ada boyfriend,Alia tak akan kahwin dengan abang la.Kira Alia kahwin dengan abang sebab Alia terpaksa macam tu?”

“Nope.Alia tak rasa terpaksa.Alia kahwin dengan rela.Bukannya mak kena tarik Alia keluar dari bilik pun hari kita nikah tu.So istilah terpaksa tu tak ada dalam perkahwinan kita.”

“Kalau tak dak istilah terpaksa dalam perkahwinan kita,kenapa sampai sekarang Alia still tak boleh terima abang? Dah dekat lima bulan kita nikah bukannya lima hari.Lagipun,Alia dah kenal abang dah lama.Dah dekat lima tahun.”

“Alia nak naik atas.Alia ada kerja nak buat sikit.”

“No!!Sampai bila Alia nak larikan diri?Kalau macam ni perkahwinan kita ni tak akan ke mana-mana. Alia nak ke kita kahwin hanya atas kertas? Kahwin tapi buat hal masing-masing. Abang kahwin dengan Alia bukan hanya untuk jadikan Alia ibu kepada Amar tapi untuk jadi isteri kepada abang juga.Kalau setakat nak jadi ibu kepada Amar abang boleh cari wanita lain Alia tapi ini pasal soal hati dan perasaan.”

“Abang,Alia tak tahu nak kata macam mana.Alia pun tak nak kita kahwin hanya atas kertas tapi ini soal hati. Hati Alia ni tak boleh terima abang lebih dari seorang abang. Alia sayang abang macam mana Alia sayang Abang Aidil.Sayang seorang adik kepada seorang abang.Kalau abang rasa terbeban,Alia izinkan abang kahwin lagi satu tapi jangan cerai Alia.Alia tak sanggup pisah dengan Amar.”

“Alia memang tak faham abang kan?Abang tak harap Alia cinta abang tapi abang harap Alia boleh terima dan faham abang.Alia rasa dengan izinkan abang kahwin lagi satu tu masalah kita akan selesai ke? Masalah kita tak akan selesai Alia kalau Alia terus bersikap macam ni.”luah Adam dengan penuh sesalan.

Adam terus ambil kunci kereta dan keluar dari rumah.Dia takut pertengkaran antara dia dengan Alia akan semakin teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience