BAB 1

Romance Completed 14712

Aku cuma punya cebisan hati ini yang telah terluka untuk ku berikan pada siapa yang sudi. Aku letih untuk mencuba dan memenangi hati sesiapa lagi. Jika kau menaruh hati padaku, terima aku apa adanya dan cintai aku dari segenap hatimu. Hidupkanlah hati ini kembali. – Mimi

"Kau nak apa lagi ha? Belum puas ke hati kau untuk hancurkan hidup aku. Buat aku merana sekarang. Belum puas ke? Kau memang lelaki tak guna! Tak guna! Aku benci kau Nasrul!"

Syamimi bagai dirasuk ketika itu. Perasaannya ketika itu amat bercelaru.
Yang dia tahu dia sangat marah dan bencikan lelaki bernama Nasrul.

"Mimi..." Nasrul cuba untuk menghampiri Syamimi tapi sempat dihalang Nadiya iaitu kakanya.

"Biarkan dia Nas.Biar dia tenangkan fikiran dia dulu." ujar kak Nadiya.

"Pergi Nas. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Walaupun aku sudah jadi isteri kau tapi tak bermakna aku cintakan kau. Dan kau yang menyebabkan aku terpaksa kahwin dengan kau. Atau kau yang telah merancang segalanya pada malam semalam?" tuduh Syamimi dengan keras.

Nasrul tersentak.

"Tak Mimi. Nas langsung tak tahu yang pihak Jais akan datang ke rumah masa tu. Nas tidak merancang semua itu. Percayalah."

Nasrul cuba meredakan kemarahan Syamimi tapi masih tidak berhasil. Semua ini salah dia juga. Kalaulah dia tidak memaksa Syamimi masuk ke dalam rumahnya semalam. Lagipun kak Nadiya tiada di rumah. Dia sungguh menyesal.

"Percaya? Kau nak aku percaya? Hei! Lepas apa yang terjadi ni kau nak aku percayakan kau. Dahlah kau hanya mendiamkan diri tanpa memberikan apa-apa alasan lepas tu kau minta kahwin dengan aku. Apa ni Nas? Apa yang kau lakukan? Ha?"

Air mata Syamimi semakin galak menurun. Dia sudah tidak kira sama ada Nasrul ini suamianya atau bukan. Yang pasti dia sudah tak tahan dengan semua ini. Masa depannya bagaikan telah hancur.

"Mimi..."

"Nas...Pergilah! Aku tak mahu tengok muka kau lagi selepas ini walaupun kau sudah sah menjadi suami aku. Tapi kau tahu kan aku tidak rela. Jadi mulai hari ini tolong jangan muncul lagi dihadapan mata aku. Please." suara Syamimi kembali kendur.

Nasrul memandang sayu ke arah Syamimi.Gadis itu sudah berubah sepenuhnya. Dia bagaikan sudah hilang kewarasan.

"Nas...jom kita balik. Biar Mimi tenang dulu." ajak kak Nadiya.

"maafkan Nas, Mimi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience